Monday, July 20, 2009

Kerja-kerja Kimpalan (Welding)

Ramai pekerja yang melakukan kerja kimpalan di luar sana memandang remeh kerja-kerja kimpalan ni. Bagi diorang kerja nie tidak merbahaya. Yup, kerja ni mungkin tidak merbahaya dalam masa terdekat kecuali la kalo selinder gas tue meletup cam gambar kat bawah nie.


Kalau itu yang berada dalam fikiran anda sekanrang. Bermakna anda telah salah. Sebernarnya kerja kimpalan nie banyak bahaya nya. Risiko untuk terbakar kulit jika terkena api, rosak mata akibat pencahayaan melampau dan kerosakan peparu.

Kulit terbakar adalah kesan segera yang dapat dilihat jika berlaku kemalangan tapi tidak untuk kerosakan mata dan kerosakan peparu. Ini kerana jangka masa yang lama untuk melihat kesan kerja kimpalan keatas peparu dan mata adalah lama. Mungkin anda akan merasa kesannya selepas 10 tahun.

Tapi mahukah anda kehilangan dua organ penting dalam badan kita ini? Jangan ambil mereka sebagai contoh

Tiada google, glove dan face mask.

Dengan cermin amta keselamatan tapi menggunakan 'paper' sebagai 'face mask' bermakna 'useless'

Risiko untuk peparu anda rosak adalah tinggi jika anda melakukan kerja kimpalan didalam ruang tertutup atau di tempat yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik (good ventilation system). Ini kerana 'fume' dan gas dari kerja kimpalan boleh merosakkan peparu. Gunakan topeng muka seperti contoh di bawah bagi melindungi peparu anda


Kerosakan mata yang biasa dihadapi oleh perkerja kimpalan adalah katarak. Penyakit ini berpunca dari pencahayaan melampau dari kerja-kerja kimpalan. Kanta mata akan diselubungi oleh selaput kelabu yang akan menjadikan penglihatan anda kabur.

Sebolehnya untuk kerja kimpalan pakaian keselamatan seperti gambar dibawah adalah disarankan
Untuk anda yang mempunyai majikan. Adalah tanggungjawab majikan untuk menyediakan pakaian keselamatan seperti yang termaktub dalam 'OSHA : Syeksyen 15'.

Jangan sesekali membahayakan nyawa anda. Tiada nilai ganti nyawa dengan wang.

Don't ever risk your life. Safety First.
Safety for Life!!!

5 Pandangan Kekawan:

azli said...

Bagus lah blog ni klu kat mana2 pun ade slogan utamakan keselamatan..
Nice blog ..kesedaran penting

Salam singgah ke blog kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

~0~ said...

azli
Xde la boh..biasa-biasa je..
budak baru belajar...

azli said...

Thanks kerana visit my blog..http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

tapi nape tutup pakai surat kabo lame & pakai cermin mata plak mcm-macam lah..

~0~ said...

azli
sesama boh..
ntah la. mungkin dia tutup pakai paper xnak percikan api membakar kulitnya yang licin dan gebu itu. tapi ini adalah contoh yang x baik. jangan ikut.

Anonymous said...

Adakah kesan ni sama sahaja untuk welding arka dan gas?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...