Thursday, March 31, 2011

Mau Lawan ka??

Sape mau lawan lin dan.....leh la beli raket nie...

Aku ingat lin dan tengok reket nie pun da gerun...

Friday, March 25, 2011

Hobi - siling

Kumpul syiling lama dan syiling luar negara. Tu salah satu hobi aku. Koleksi syiling aku xde la banyak, ada la skit. Yang aku collect dulu pun ada lagi kat kampung aku. X ambil lagi.

Isnin ari tue aku baru simpan secara proper skit. Aku da beli coin album dan susun simpan syiling aku dalam tue. Kalo x dulu aku main simpan dalam plastik 'rokrak' (bahasa standardnya plastik bising).



Syiling 20 Sen Singapore 1985

Depan - Todak
 Belakang - 20 sen dan tahun



 Syiling 20 sen Singapore 1995

Depan - Gambar Singa Singapore (aku pun xtau ape korang panggil)

Belakang - 20 sen 



Syiling Hong Kong

Depan - Kepala Queen Elizabeth

Belakang - Singa Hong Kong

Thursday, March 24, 2011

Malam jumaat

Ini bukan iklan produk malam jumaat yang main sembur dalam mulut cam ridsect tue. Appatah lagi iklan racun perosak.


Jumaat nie banyak manafaat nya. Al maklumlah penghulu segala hari dan banyak ibadah sunat yang bleh dilakukan. Kan-kan???




Bak kata kawan aku. Malam jumaat nie sunat, tapi malam lain wajib....(Tapi hanya untuk yang sudah berkahwin sahaja)


Ok chow....bini sudah memanggil.

Wednesday, March 23, 2011

Bila Pak Mertua Bersuara

Aku ngan bini aku memang cam selalu kecoh. Sampaikan Mak dan Pak mertua aku pun selalu bising pasal kami. Pening pala diorang. Diorang penah cakap jaga budak berumur 8 tahun pun xsepening gelagat kami.

Semalam, aku usik bini aku time dok tengok tv. Bini aku melenting dan balas balik.

Mak mertua aku dok tengok tv diam je. Manakala bapak mertua aku dalam bilik. Tengok gelagat kami dia hanya tersenyum je.

'Abah tengok dia nie, ngacau je' kata bini aku kat bapak mertua aku.

'Aku dulu. Depan mak pak mertua cuit bini pun takut. Apatah lagi bergusti cam korang nie. Jauh sekali' jawab Bapak mertua aku. Tajam.



Diam aku.....Lelaju aku ke dapur goreng keropok. Amacam, suami solehah x aku???

Monday, March 21, 2011

misi kemanusiaan

Misi Kemanusiaan itu nama yang diberikan oleh mereka.

Mengorbankan 48 manusia tidak berdosa.

Apa mereka peduli, bukan rakyat mereka.

Hanya rakyat awam Libya menjadi mangsa.

Katanya mahu membebaskan rakyat dari pemerintah yang bermaharaja lela.

Tapi kenapa mesti insan tiada berdosa menjadi mangsa.

Wednesday, March 16, 2011

hidup

Dalam hidup ini kita adalah pelukis. Kita melukiskan jalan hidup kita. Merangka ke mana halatuju hidup kita. Jadilah pelukis yang bermakna, memberikan lukisan yang terbaik dari diri kita kepda orang lain.

Hidup ini hanya sementara. Jadi tinggalkan jasa yang berguna untuk generasi akan datang.

Thursday, March 10, 2011

Racing

Ada tiga orang sahabat. Abu, Yus dan Meon duduk kedai kopi. Sembang kosong. Order Teh-O ais segelas berharga RM1.20 tapi duduk nyembang ala YB dekat 3jam. Ketiga-tiga nie kawan lama, kongsi satu minat racing.


'Semalam aku gi merempit kat Shah Alam. Layang roundabout kayangan. Asah lutut beb.' cerita Yus beriya.

'Hebat la kau ye. Ade awek x??' tanya Abu.

'Ado. Montok-montok. Ade sorang minah kilang aku angkut semalam'  jawab Yus.

'Ade lebih x?? Past la kat aku sorang.' soal Abu yang banyak tanya.

'Member punye pasal xde hal la. HAh......Meon, ko nie pesal diam je dari tadi. Kata kaki racing. Ko xnak join aku ke Ahad malam nie.' tanya Yus pada Meon yang muka blur je sedari tadi.

'Xnak aku. Buang masa. Xdapat duit pun' jawab Meon.

'Aih ....Kata racer?' sampuk Abu.

'Moto kapcai aku xlayan sangat la. Rempit-rempit i don't like la. Aku layan superbike dan keta je' jawab Meon.


'Aih...........Bila plak ko pakai keta ngan superbike. Sape punye? Aku tengok kau ade Honda C70 je.' sampuk Yus plak.

'Ade.....Baik punye aku make-up. Xtunjuk kat korang je. Siap dah beribu-ribu dollar da aku menang. Biasa aku pakai Mitsubishi Evo IIV je. Takat Supra, RX-8 ke, Impreza ke. Rilek je aku tinggal lima tiang. Malas la nak sembang' cerita Meon ngan kompidennya.

'Ko biar btol, Meon??? Ko bawa moto pun cam siput sedut je. Camne lak ko leh race keta plak?? Lesen pun xde.....Siap menang dollar lagi. Mana kau Race???' tanya Abu yang tak puas hati.


'Btol. Aku race kat PS2. Need For Speed Carbon.' jawab Meon ngan muka x bersalahnya.




PSP: Janganlah x merempit kalau rasa nyawa anda x berharga. sekian

Tuesday, March 8, 2011

ZaMan Gelap Aku: Curi Rokok CIkgu

Aku masa remaja dulu nak kata skema x jugak. Nak kata jahat pun x jugak. Nak kata alim x jugak. Bak kata Iwan Dangdut dalam lagu dangdut dia yang aku xhingat apakah tajuknya tapi bunyi liriknya lebih kurang camni la 'yang sedang-sedang saja'.


Masa aku form 4 dan 5. Kelas agak banyak presentation kena buat. Terutamanya kelas biologi. Cikgu bio aku Cikgu Anuar. Terima Kasih Cikgu.

Ada satu hari tue. Aku and da' geng kena la present satu topik xsilap aku pasal usus dalam bentuk peta minta. Dalam group aku nie ada la 4orang. Suma laki. Cam biasalah bila last time present tue ada la sesi soal jawab.

'Ada sebarang soalan' tanya Daus.

Sepi kelas. Diam. Cam xde soalan nak tanya. Mesti ni pasal kami terer present jadi semua paham. Tue yang xde soalan. (Walhal, kompem sorang pun xpaham apa yang kami present. Sebab kami pun xpaham)

Dalam dok tunggu soklan tue. Tetiba Apis cuit bahu aku. Sambil memuncungkan mulut.

'Apa dia?' Tanya aku.

'Kat lantai tue. Mild Seven' jawab Apis.

'Kau nak ke?? Menda free jangan ditolak nenek aku pesan.' sambung Apis lagi.

Mild Seven tue adalah rokok cikgu Nuar yang cicir. Tapi kompem cikgu Nuar xsedar.

'Ok. Aku akan ejaskan' jawab aku dengan kompiden.

Oleh sebab xde soalan. Aku pun tanggal la kertas presentation tue. Sambil melipat-lipat kertas tue ngan lembabnya. Aku rasa siput sedut pun xselembab aku lipat ketas pada hari tue.

'Ok x presentation kami cikgu??' tanyak aku pada cikgu Nuar sambil merapatkan diri ngan cikgu Nuar.

'Ok. Tapi x cukup padat lagi. Kurang ummppphhhh lagi.' jawab cikgu nuar.

Apis pulak datang ke belakang cikgu nuar. Bawa buku rujukan konon nak tanya soalan yang x paham. Manakala, aku pulak nyepak rokok cikgu dan menggunakan kertas presentation untuk cover kaki aku.

Sretttttttttttt.....Rokok menggelungsur ke tepi dinding. Misi utama da berjalan lancar.

Abes je kelas Bio. Cikgu Nuar keluar. Laju je Apis gi amik rokok dan mintak aku cover line. Ade dua tiga orang budak kelas aku join sama. Almaklum la. Kenduri rokok free. hahhahaah.....



Dan yang bestnya. Malam sebelum exam bio SPM. Kami berempat pegi ke rumah Cikgu Nuar. Dia adalah warden asrama. Untuk mintak maaf pasal curik rokok cikgu.

Alhamdullillah.....Result bio SPM kami berempat adalah cemerlang. Dan skang suma da berjaya. 

Terima Kasih CIkgu


PSP: Aku bukan perokok.
PSP2: Buat salah dan mengaku kesalahan itu perlu. Jangan egois.

Monday, March 7, 2011

Entri ini adalah Entri 18sx...........Yang belum kahwin dan bawah umur silakan tidak membacanya...

Time minum teh. Biasa lah aku ngan kekawan aku dok sembang kosong. Saje je melegakan minda yang tepu sarat seharian melayan masalah dan bebanan kerja yang ditaruk di kepala kami. Di kepala unit kami. Senak.

'Aku ada petua nie.' kata kawan aku.

'Petua apa?' tanya aku.

'Petua mudah bersalin' cerita kawan aku.

'Camne??' tanya aku.

'Petua nya muedah je. Tiada ayat atau jampi yang syirik perlu diamalkan. Lelaki amat suka petua nie. Kau kena kerapkan main ngan bini kau je.' cerita kawan aku ngan kompidennya.

'Tapi ada satu pantang larang nya.' sambung kawan aku lagi.

'Pedia pantang nya??' Tanya aku.

'Kalo seminggu bini kau nak due tue. Kau jangan taruk lagi.' Jelas kawan aku.

'Kalo x nape??' tanya aku.

'Kalo tak, nanti anak kau yang keluar tue mesti pakai minyak rambut. Haahahhahahahha' terang member aku.

'Sial.....Petua kau memang xleh pakai'








PSP: Kisah ini hanya lah sekadar gurauan. Bukan ingin menyinggung perasaan sesiapa dan agama. Harap maaf.

Saturday, March 5, 2011

sabtu

xbanyak yang dapat aku buaat hari nie. Hujan turun mencurah dari tengahari.

Rancang nya nak gi umah abang aku. Nak jumpe anak buah aku. Da 3 minggu kot xjumpe diorang rinu plak.

Rancang jugak nak g ke syeksen 14 PJ. Nak gi bank dan nak gi dgtal mall. Nak cari DVD software lanun.

Tapi hujan  punya pasal. Suma xjadi. Tido je la kat umah...

Friday, March 4, 2011

Kitar Hidup

Cubaan dan Dugaan, Kesedihan dan Kegembiraan, Pahit dan Manis. Itulah mainan dalam kehidupan ini.

Hidup ini ada kitarannya. Lahirnya kedunia sebagai bayi. Dari hanya tangisan hingga kepada pandai bertutur dan menyanyi. Dari bujang hingga berkahwin. Dari jadi anak hingga mempunyai anak. Semua itu kembara hidup. Insyallah semua akan kita lalui. Kalau diberi peluang dan panjang umur. Semua telah tertulis.

Ramai juga kekawan aku. Menyalahkan bapa atau ibu mereka. Kononnya tidak memberikan kasih sayang. Dan mula nyimpan dendam. Berbaloi kah??? Kerna suatu masa kita akan jadi juga seorang ibu @ bapa. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada alasannya ada sebabnya. Cuma kita saja sedari atau tidak.

Tidak guna berdendam ngan ibu bapa. Kerna tanpa ibu dan bapa. Tiada kita. Mahu kah kita, melihat anak kita pula nanti berdendam ngan kita?? Hapuskanlah dendam itu. Tiada gunanya. Kan baik kalau dendam itu ditukarkan kepada kasih sayang.

Bagi aku, ibu bapa aku adalah kawan aku di hireaki tertinggi. Kawan yang aku sanjung, segan dan hormati. Dan dalam masa yang sama aku boleh bergurau senda dengan mereka. Dan Alhamdullillah aku dapat apa yang aku mahu. Ini pendekatan aku. Mungkin setiap insan ada beza cara nya.

Ibu bapa tiada gantinya. Hanya 1. Kekasihku yang utama. Moga kita semua akan dapat keluarga yang bahgia.

Ma Abah....Terima Kasih...Ku sayang kalian.


P/s: Kekasih pun boleh bertukar ganti bah....

Tuesday, March 1, 2011

Kegersangan

Sekarang nie aku terlalu kegersangan. Bukan kegersangan nafsu. Aku cuma kegersangan untuk berblog. Aku juga da xleh nak catch up isu-isu semasa dalam dunia blog nie. Mungkin kesibukan bekerja membuatkan aku begini.

Dulu aku keje penat badan je. Tapi skang otak aku lagi penat. Huhhhh......


Ok la...Aku chow dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...