Sunday, January 2, 2011

Muka Je Ganas

Tadi balik dari mencuci mata bersama Puan Besau. Aku singgah jap di pasar malam. Saja cari skit buah-buahan dan cicipan untuk dijamu bersama. Meronda dalam pasar malam lelaju. Pegi ke gerai yang mana patut. Pasal list yang mau di beli sudah ada di kepala. Lagi pun Puan Besau dok dalam kereta sesorang. Risau jugak woo.

Da siap beli apa yang patut. Air kelapa sejug memang x di tinggal. Wajib. Kalo kat kampung dulu time pokok kelapa rendang selalu je aku panjat kalo nak kelapa muda. Tapi bila da tinggi pokok kelapa cecah hampir 10m. Memang aku xpanjang. Gayat aku.

Dalam jalan nak ke parkir kereta tue aku da nampak dari jauh. Sekumpulan anak muda melayu kita. Badan tampak perkasa. Sembang bukan main kuat lagi. Aku yang dok lebih kurang 10m dari diorang da boleh dengar. Jelas perkataan 'bodoh','bangang', 'penyepak', 'penumbuk', dan yang sewaktu dengan nya. Mungkin diorang cakap kuat untuk bagitau suma orang yang diorang ada situ.

Dan bila aku lalu depan diorang lagi jelas la dengar diorang borak. Tampak mula sesorang tue bengis amat. Cam rimau lapar ade kot. Tapi.........................Lagu yang diorang main memang wat aku nak tergelak. Yang muka bengins dan sembang gaya rocker kental dok layan lagu yang lirik nya ada bunyi "SUNGGUH AKU TIDAK BERDAYA, MENGUNSUNG RINDU............."

Skali diorang dok layan lagu 'Mengusung Rindu'.   Adoiyai.............Pecah perut aku.



PSP: Teringat zaman lepak dulu, naik beskal lepak tepi longkang. Ada kawan bawa gitar. Main lagu 'Unforgiven' ngan 'Titian Perjalanan'. Melalak sakan.

7 Pandangan Kekawan:

Yuni Aisyah said...

hahaha...jgn ingt ganas tu kaku..gmuke ganas nie la hati sensitif...:P

Kuwe said...

hahaha. jolo ko diorang ni? depo depo demo sdiri


sungguh aku tidak berdaya.. mengusung rindu. ahhh

Cik Bee said...

dalam ganas ada jiwang die... hik hik hik

shamsiah shamsuddin said...

muke ganas..
tapi dalam hati ade taman...

redza said...

kahkahkah

Hamba Allah said...

haha
muka ganas tapi hati ada taman bunga2 sakura

Faaein Himura said...

hahahaha.. muka je ganas.. tapi dalam hati tetap ada taman.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...