Friday, December 31, 2010

pengiraan bermula

tepat jam 12malam nie, tanggal baru akan bermula. Tsnggal 2O10 akan belalu dan bermulanya tanggal 2011.

Setiap kali tahun baru astinya azam baru akan dilaungkan. aku plak??? tiada azam baru, azam lama aku pun blom tercapai.


Azam aku mudah saja. lekeh saja. tapi agak sukar untuk aku lakukan. Azam aku hanay untuk menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari.

Menjadi anak yang baik. menjadi pekerja yang baik. dan menjadi pekerja yang baik. hanaya tue azam aku.


Mulai esok pengiraaan baru akan bermula. dari angka satu hingga capai 31/12.


Itu lah rutin. pengiraan itu jua manadakan bertambahnnya usia kita saban hari. berlalu tanpa amaran tanpa menunggu.


Selamt tahun baru 2011 buat semua.

Tahniah wat pasukan Malaysia yang berjaya dalam AFF. Moga sukan bola sepak malaysia akan lebih baik lepas ni. Tahniah.

Tuesday, December 28, 2010

Sebelum Dan Selepas

Sebelum kawen, awek kita la paling cantik. Paling lawa. Paling baik. Awek lain x pandang.


Selepas kawen, tengok je awek lain suma nak terkam.



Hakikatnya, laki mana pun, popuan mana pun. Semuanya sama. Aku ada kaki kamu ada kaki. Aku ada tangan kamu ada tangan. Dan dot dot dot lagi lah. Cuma yang membezakan kita iman dan hati.

Bak kata orang tua seblah umah aku, ikut hati mati, ikut jiwa kacau, ikut nafsu sasau.

Jangan amik ati atas kemerepekan aku ini. Bleh pakai amik xleh pakai buang. Sekian.

Monday, December 27, 2010

Fuhhh............Lega

Fuhh.....Lega aku kejap. Majlis Pelancaran medan selera telah selesai. Majlis tue berlangsung lebih kurang dalam jangka masa 2 jam 30 minit. Majlis bermula jam 10.30 pagi dan abes jam 1 tengahari.

Segala persiapan dan perancangan yang dilakukan selama seminggu menunjukkan hasil hari nie. Walaupun belum mendapat respon dari pegawai atasan aku. Komplen-komplen biasa lah. Memang la ada yang komplen. Salah orang lain semua nampak.

Apepun, pujian aku berikan pada team aku yang banyak beri kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Tanpa korang aku xmampu nak lakukan semua ini. Terima kasih gak pada korang yang sporting abes yang sanggup datang semalam untuk setelkan keje dan tinggalkan anak bini serta x tengok bola semalam.


Rupa Baru Medan Selera yang dilancarkan


Gambar majlis aku xamek...hehehehe

Satu beban dah lepas. Tapi ada lagi 3 beban yang belum setel. Esok baru aku mula menyetelkan beban-beban lain plak. Harap, sebelum tahun baru aku dapat setelkan 3 beban nie. Choww........

Friday, December 24, 2010

Pengalaman Pertama

Tadi aku ditugaskan la suh mengangkut beberapa barang untuk majlis perasmian pada Isnin nie. Jadi terpaksalah aku jadi pekerja am kejap.Seronok jugak bila bergotong royong menguruskan semua nie. Angkut turun, angkut naik.

Salah satu menda yang aku angkut ialah pentaas. Aku angkut berdua. Kami menggunakan lif nak naik ke tingkat 2. Jadi masa di level bawah aku masuk. Kedian ada la Mamat India ni nak join skali dia nak hantar barang niaga ke tingkat 1.

Sampai tingkat 1, pintu lif terbukak dan sorang makcik terus masuk ke dalam lif. Dan dok dpean pintu. Halang mamat india tu dari kuar.

"Makcik, ketepi jap. Ada orang nak keluar." cakap aku pada Makcik tue.

"Nape x tutup pintu nie?" tanya makcik tue pulak.

"Makcik ada orang nak keluar" aku ulang skali lagi.

"Ye ke.. Keluar la dik" cakap makcik tue. Tapi dia masih dok kat pintu lif tue. Mamat tue still xleh kuar.

"Makcik ada orang nak keluar. Tepi kejap" member aku plak sound. Tapi dia wat dek je jugak.

"Makcik nie orang belakang makcik nak kuar" aku ulang plak ngan nada kuat skit.

"La....Yeke? Nape x cakap dik??" cakap makcik tue dan terus beralih ke tepi.

"Da cakap makcik. Tadi lagi"

"Maaf la ye dik. Cakap kuat skit. Makcik pekak la dik" cakap makcik tue.

"Ye ke?? Maaf la makcik. Saya xtau."

Aku terus diam dan kuar dari lif bila sampai tingkat 2. Ni la pengalaman pertama aku ngan orang yang ada masalah sound trouble. Selami nie orang je cakap aku yg sound trouble.

Thursday, December 23, 2010

Sial

Panas....Serius hati aku panas ngan bos aku.

Pagi tadi dia cakap lain, skang nie dia cakap lain plak. Xtau la, brape lama aku leh layan kerenah bos camnie? Kekadang aku "yes bos" dan selalu jugak aku "NO BOSS". Kalau menda salah xnak aku joint venture ngan dia. Dia ak buat la sendiri dan tanggung la sendiri.

Aku terpikir jugak. Kalo org bawahan leh bertukar nape la orang atasan xtukarkan boss aku skali. Penat aku menanggung menda nie.

Dan kes yang aku tension nie. Ada satu kontraktor tue, kawan bos aku. Aku dah suh dia wat keje ikut spek yang aku sediakan. Tapi sampai skang menda tu xsiap. Aku da cakap. Dan sebelum nie aku komen kontraktor, boss aku backup dia. Sampai aku muak ngan kontraktor  dan boss aku. Dan skang nie payment dia aku xsetelkan. Dan yang best ari nie boss aku komen kerja tue kat orang lain. Dan cara dia komen Cam aku xleh uruskan keje ngan btol. Dan dia xplak komen depan aku. Memang hangin satu badan aku hari nie.

Wednesday, December 22, 2010

Premis baru tapi berpenunggu

 Ni cerita dua tiga minggu lepas, aku pegi la menerima kunci premis baru bagi pihak majikan aku. Premis ni memang baru siap. Dan penyewa pun baru dua tiga ketul je baru.

Tugasan aku adalah check la kalo ade kecacatan bangunan tue sebelum terima kunci. Dalam 11 premis tue suma ok la. Cuma crack tua ada la sesikit.

Tapi yang terbaik skali. 1premis nie. Ada penunggu. Brader kat gambar sebelah nie. Dia da masuk dulu sebelum kami masuk. Dan xtau la camna dia masuk dan kot mana dia masuk. Sebab premis nie di tingkat 3. Dan masa kami masuk tue, dia syok je tido. Kami masuk terus dia terjaga dan wat-wat main hanset dan keras kat situ. Bukan nak cabut ke ape pun. Buat keras je. Wakil pemaju pun terkejut camne brader nie leh masuk.

Jadi lepas nie aku xterkejut la kalo beli umah baru ade penunggu pasal da ada pengalaman. Jadi korang pun jangan la terperanjat ye. 

Tuesday, December 14, 2010

blog sudah kena blog

pengumuman! pengumuman!

Aku nak kasi tau yang aku da xleh lagi update blog. baca blog. intai blog. skodeng blog. Pasal nye opis aku yang bijak pandai sudah block blog. Dan aku xtau ape motifnya. Mungkin bebudak IT dengki kot pasal aku ade blog buruk nie dan aku ada hobi baca blog.

Yag best

Friday, December 10, 2010

ibu

Kita pernah mintak halal makan minum kita dari ibu bapa
Kita pernah mintak halal kita curi megi kawan kita
Kita pernah mintak halal kita amik mangga pakcik sebelah umah
Tapi pernahkah kita mintak halalkan yang kita minum susu ibu
Dari kita bayi hingga kita berumur setahun dua
Tanpa susu ibu itu mungkin kita tidak sebesar ini
Tanpa susu ibu itu mungkin kita tidak sesihat sekarang


Ibu, Terima Kasih kerna jasamu 
Xkan dapat ku balas, xkan dapat ku bayar
Tiada yang setanding dengan mu, Ibu
Tiada yang sekental jiwa mu, Ibu
Engkaulah satu-satunya Ibu...
Yang mengandungkan dan melahirkan daku
Yang membesarkan dan mendidik daku
Maafkan aku kerna menyingung perasaan mu, ibu
Aku amat menyayangi diri mu
Selamanya engkaulah ibu ku yang teristimewa

Thursday, December 9, 2010

Penat

Penat hari nie. Layan dua meeting skali gus. Pagi tadi meeting untuk pengurusan bangunan Medan MARA petangnya meeting untuk pengurusan kilang KIMAR. Lepas kuar meeting otak aku blurr. Kerja yang aku tinggal makin berlonggok. Masuk je kejenya. Planning keje untuk tahun depan pun xsetel lagi. Nak kayuh pelan-pelan xmampu, nak speed pun xmampu jadi buat je la takat aku mampu.

Ni adalah gambar kenangan masa aku blaja dulu. Gambar nie masa aku 2nd year kalo xsilap. Tahun 2004 xsilap aku la. Ni pun terjumpe jasa godek-godek gambar lama dalam hardisk barai PC aku masa belajar dulu.





Memori lama tetap bersama
Akan ku kenang sampai bebila

Pen Merah Pen Biru
Terima kasih Kerna view.

Wednesday, December 8, 2010

pantun sengal

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suh makan aku telan
Suh ngaji aku berguru

Buah cempedak di luar pagar
Amik galah tolong jolokkan
Saya budak baru nak belajar
Tolonglah tunjuk jalan kebenaran

Friday, December 3, 2010

Aku Yang Hina

Aku di pandang hina kerna pakaian ku yang buruk
Aku di pandang hina kerna pakaian ku compang camping
Aku di pandang hina kerna kasut sekolah ku koyak rabak
Aku di pandang hina kerna tiada baju baru time raya
Aku di pandang hina kerna ku lambat bayar yuran sekolah
Aku di pandang hina kerna ku xmampu bayar duit rombongan ke KLCC
Aku di pandang hina kerna ku kata pokok kelapa banyak gunanya

Tapi itu dulu dan
aku xpernah amik peduli
aku wat bodo je
Aku pekakkan telinga, kentalkan jiwa
Aku kuatkan semangat
Aku berusaha terus
Untuk buktikan aku berguna

tapi aku mmg pun hina
Kerna aku hanya hamba yang kerdil
Hamba Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa
Di bumi ini yang hanya persinggahan
Menumpang sementara sebelum menuju akhirat yang kekal


Dan Aku bangga aku dilahirkan sebagai Islam

Thursday, December 2, 2010

Nasyid Rock

nasyid rock


Aku bukan nak cerita pasal White Metal. Aku bukan reti sangat pun pasal muzik metal metal nie. Dengar je aku tau.

Ni adalah lagu Amanat dari Al-Farabi Band. Sebuah band yang unik bagi aku. Bawa lagu ketuhanan dalam versi Rock. Dan yang agak menarik salah pemain gitar band ni adalah wanita dan juga isteri kepada salah seorang anggota band ini sendiri.

Untuk detail leh try click sini.


Aku xreti nak komen bab hukum hakam. Papehal pun kalo korang ada pendapat leh la share. Cuma pendapat personal aku, aku harap ngan banyak nya lagu ketuhanan yang berada di pasaran ni dapat la menarik diri masyarakat kita untuk lebih dekat dan minat untuk mendalami Islam serta mengurangkan masalah sosial yang kian ketara di negara kita

Wednesday, December 1, 2010

Gaji jaga



ni skim gaji baru utk jaga kat Malaysia yang dikemukakan oleh PPKKM. Kat situ tulis caj minimum jaga utk kawasan KL adalah RM7.50sejam. Bagi jaga tidak bersenjata.

Ok....Cuba kita kira. Kita amik kadar RM6.00sejam je la. 
RM6.00 x 12jam x 30.5 hari = RM2196 sebulan


Dan tadi aku ada jugak gi jumpa dengan pengurus bagi kompeni pengawal keselamatan di KL nie. Brader ni cakap gaji gaji minimum bagi jaga berkuatkuasa mula 1 Jan 2010 adalah RM700 sebulan tidak termasuk bayaran Overtime. Dan mengikut pegiraan dia cakap sebab biasa sorang jaga akan keje 12jam sehari. Maknanya 4jam OT sehari. Dan ini bermakna paling busuk pun jaga akan dapat gaji RM 1100 hingga RM 1400. Ni kira jaga yang paling koman. Jaga yang gagap la. Jaga yang Fluent BM, BI, Tamil dan Mandarin agaknya lain skit la gaji sebulan dia dapat.

Amacam ngam x gaji tue. Xyah nak pikir-pikir. Keje jaga bangunan je. Leh dapat gaji sama ngan orang yang ada sijil kemahiran. Keje kilang teruk-teruk pun dapat sama kan??

Mungkin lepas ni orang nak pakai jaga akan pikir berkali-kali untuk amik jaga lepas caj yang dikenakan dah dinaikkan leh kata 100% dari harga yang dulu.

Dan aku xtau nak cakap apa lah kalo lepas harga nie diperkenalkan. Jaga masih tido, buta huruf, xtau menulis dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...