Sunday, November 28, 2010

gigit hantu

Tido malam. Lena amat. Tanpa sedar. Tanpa mimpi.

Tapi bila bangun pepagi tengok lebam berbentuk bulat sana sini.

Apa pendapat korang pasal nie? Penah ke korang alami?

Thursday, November 25, 2010

Budak

\
 Cam Model x???

4 ketul anak buah ku yang buas amat.


 Cantik x??


 keseksian yang melampau




Nama Glamor : Haniff
Pekerjaan : Melepak je....

Inilah anak buah ku. Bleh dikatakan antara yang terbongsu. Ni dirumah time raya itu hari. Inilah kerjanya, Bising nenek dia. Abes satu rumah di wangikan dengan bedak baby. Be a good boy

Wednesday, November 24, 2010

Jika Aku Sorang Robot - Monoloque





Pepagi masuk opis ari nie. Aku bukak Youtube. Bukan Redtube ye adik-adik sekalian alam. Saje layan lagu nie. Memang sempai dan mendalam maksudnya. MEh layan.......Sambil bermain lelayang...Sekiang.

Sunday, November 21, 2010

fesyen

Suatu ketika yang lama dulu, sebelum zaman kegemilangan indie. Zaman underground atau lebih saintifik nya zaman skinhead sedang meraja. Ada jugak la beberapa ketul kekawan sekolah yang join menda nie.

Jalan mendada. Dengan kepala botak. T-shirt FredPerry yang ketat dan di butangkan abes. Cam budak skima. Dikenakan pulak ngan suar berkaki kecil dan koyak-koyak skit. Dan kasut boot hi-cut.

Satu malam ketika berjalan ke kelas malam. Kawanku, Yuti cam biasa berpakaian skinhead kebanggaannya ke kelas. Dua tiga ketul budak skin pun pakaianb cam sama. Cam boria pun ada.

Lalu je depan budak popuan Yuti tetiba mendada lagi tinggi. Bangga ngan fesyen dia.

Tetiba budak popuan junior yang dok depan tue ada yang menjerit cam histeria. Ada gak yang tentunnduk malu.

'Ko tengok suma awek da tergilakan aku' kata Yuti.

'Ye la kau, budak tue segan tue. Pasal suar koyak kau tue' Balas aku.

'Segan nape?memang fesyen skin la nie'

'Fesyen kalo koyak kat paha. Ni kalo da sampai bontot kau yang hitam legam pum nampak pehal?'

'Erk....'

Thursday, November 18, 2010

Zaman dulu dulu

Bila dok syok main PS2 (masih gagal memiliki PS3) sesorang dalam bilik. Teringat aku zaman dok kat asrama sekolah. Sekolah aku kat pekan kecil je. Nak ke Kota Bharu pun dalam 30 minit naik bas. Zaman aku bukan zaman mat rempit, kami naik beskal tua je.

Tapi aku lebih suke ke Takbai, Thailand dari ke KB. Dekat dan lebih best. Best bukan sebab dia cam kat Danok tue. Yang ada pasar yang jual ayam banyak. Kat Takbai mmg ada, tidak dinafikan tapi aku ke sana bukan untuk ayam untuk main game je. Masa tue PlayStation je. Xde lagi PS2.

Walaupun gambar PS tue bukan lah dalam format HD. Aku dan kekawan tetap layan je. Memikirkan kebosanan yang amat. Jadi melepaskanlah gian kat game tue. Dengan bayaran RM2 sejam. Nak kata puas xde la puas sangat. Bukan la cam PS kat umah. Tapi lepas la layan gamTekken dan Winning eleven. Main pun stok main berkawan. sebab RM2 tue pun bayar Half-half. Nak bayar sorang xmampu.

Pasal kena budget skit. Balik kang nak beli Pulut Ayam @ Nasi Gomok lagi yang berharga RM1.50. Tue je la yang mampu dibeli. Nak beli KFc pun xde kat sana. KFC pun aku kenal time tingkat 4 je. Kelaskan??

Tapi tue dulu, nak ke Takbai tu xde gentarnya. Naik bas naik perahu wat selamba je. Xde pasport maupun border pass. Main reddah je. Sekarang jangan harap.

Bila teringatkan zaman tue, xde la cam zaman skang. Masa yang pantas berlalu pergi.

Monday, November 15, 2010

cuti

Ramai yg da mula cuti utk sambut hari raya Aidiladha. Aku tahun nie xdpt nak beraya ngan keluarga aku di Kelate. Bukan jugak aku balik kampong bini aku di Perak. Tapi aku lgsung xblik kampung pun. Beraya kat KL la tahun nie. Xmerasa la makan daging bakar tahun nie.

Aku sebenarnya xdpt cuti sebab baru je kerja. Tue sebab kau xblik kg. Kalo dlu semasa kerja kontraktor cuti xde limit minta je. Kalo bos kasi cuti mknanya dpt la cuti. Tp sejak keje gomen nie da len dia main pro-rate. So dpt lg la aku nak cuti. Lgpun bln disember ni mgkin aku blik kg psal ada kenduri kawen abg aku.

Kan best kalo dpt cuti. Hishhh...

Friday, November 12, 2010

Ragam

Sedih....Kecewa...Hanya itu yang dapat aku luahkan. Bila kemudahan yang diberikan kerajaan diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Banyak yang salah gunakan semua ini.

Bukan salah kerajaan. Bukan salah masyarakat. Tapi salah diri sendiri. Terutama kaum aku, Melayu. Banyak kemudahan kerajaan berikan. Tapi tamak. Hanya mau mendapat duit mudah.

Korang bayangkan la. Bila nak mendapatkan premis perniagaan dari kerajaan datang merayu-rayu. Guna kan segala bapak kabel yang ada. Masa di temuduga sanggup apa saja. Terima apa saja. Kononnya berjiwa seorang peniaga berjiwa seorang usahawan yang sanggup terima segala cabaran.

Tapi bila sudah diberikan premis untuk berniaga. Diberikan pulak sewa kepada orang lain dengan harga sewa yang berlipat kali ganda. Yang dapat premis goyang kaki. Dok saja. Bebulan dapat duit sewa. Untung atas angin je.

Yang nak meniaga terpaksa la menyewa walaupun harga mahal. Ini lah yang terjadi sekarang.

Kalau itu premis sendiri x aku kisah. Tapi bila premis yang disediakan oleh pihak kerajaan disalah lakukan begini amat sedih. Patut nya bagi lah pada yang hak. Dan kalo xmahu jangan menyusahkan orang lain.

Aku menulis bukan untuk berlagak pandai. Bukan jugak untuk salahkan sesiapa. Aku hanya mahu berkongsi apa yang aku lihat didepan mata aku.

Tuesday, November 9, 2010

nak cari kayu

Skang nie aku dok mencari mahligai untuk aku dan wife dan DLL... Dok mencari rumah yang ada tanah. Xnak da umah yang tergantung-gantung nie. Senang aku nak gossok moto keta aku. Tapi harga rumah sekitar KL ni dah naik. Nak kena la cari sekitar selangor.

Skang nie area Puncak Alam dok tengah develop. Umah ada la yang murah skit tapi location dia makaih... Kebas bontot aku kalo berulang naik moto.

Kat Puchong pun banyak jugak rumah sedang naik. Ada yang murah ada jugak yang xterterjah dek akal aku. Xmampu den nak bayor bebulan nanti. Nak amik kat sana bini aku kata nanti mungkin dia kena keje arah utara. Tapi puchong arah selatan. Adeh.

Kat Rawang. Agak menarik. Harga murah. Jarak dia pun jauh. Hurm. Xtau la aku.

jarak untuk ke tempat keja aku xde la aku pikir sangat. Aku laki. Yang aku risaukan bini aku je. Korang ade idea ke??

Saturday, November 6, 2010

ucapan yang amat bermakna

Semalam tengah dok syok layan game FIFA'11. TreTttt....tretttt.... Henpon buruk akui berbunyi. SMs masuk da. SMs yg mmang pendek, ringkas tapi amat bermakna skali.

Korang nak tau ape dia tulis. Dan sape yg hantar.

Tulisan nya berbunyik ginie 'oi. Slmt tengah malam. Hepi depavali'

Mesej Tu aku dapat Dari si AhFatt. Aku agak time dia anta mesej tue mesti si AhFatt tengah sibuk cucuh pelita. Xpun tengah mandi minyak bijan. Hehehehheeheheh

Mmg si AhFatt ni perihatin orgnya. Mmg 1Malaysia beliau.

Sekian, trima kaseh.

Wednesday, November 3, 2010

lompat

Bila ada je pilihanraya pasti ada yamg terlompat-lompat. Lompat parti. Setiap kali ada pilihanraya kecil kita akan leh tengok orang lompat parti kat buliten di saluran perdana. Cam trend plak.

Parti apa pun. Ideologi apapun. Apapun janjinya. Jangan lah sampai kita semua berpecah belah. Bersatu hati dan sepakatlah agar kita tidak akan lemah dan ditindas. Ramai yang diluar sana menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh. Untuk menjatuhkan kita.

Kan bagus kalo sama lepak kat kedai kopi dan makan kuih Lompat Tikam dari dok bertikam lidah tue kan.

wow

TOKYO: Domino's Pizza di Jepun menawarkan gaji AS$31,000 (RM99,200) sejam bagi seorang pemohon bertuah diambil bekerja dengan syarikat berkenaan pada bulan Disember depan sempena ulang tahun ke-25 pelancarannya di negara Matahari Terbit itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka yang berminat perlu menghantar permohonan selewat-lewatnya 10 November, mesti berusia lebih 18 tahun dan orang yang berjaya akan diberi pakaian seragam percuma.

Upah bagi kerja separuh masa di Jepun secara puratanya adalah 1,000 yen (RM40). – Reuters 





Wow....cayalah. Seb baik kat jepun kalo kat Malaysia aku rasa ramai Manager pun amik cuti xbergaji gi keje ngan Dominos...

Monday, November 1, 2010

Kelate

Salam....Tahniah wat pasukan Kelantan yang menang Piala Malaysia 2010. Tahniah wat semua pemain yang berjuang sakan. Gol ke-2 pasukan Kelantan memang terbaik.

Tapi aku menulis kali ni bukan nak mengulas pasal kemenangan tersebut. Dan aku rasa lagi ramai yang lagi arif telah menulis pasal perlawan itu. Aku bukan tau sangat pun pasal teknikal bola sepak nie. Mengikuti bola sepak Malaysia pun jejarang je.

Ramai yang mengatakan aku bukan Kelantanian yang tulen. Ada yang kata aku lupa daratan. Lupa jati diri. Kerna aku lebih selasa berbahasa Melayu dari berbahasa Kelate. Ntah lah.....Aku sebenarnya tidak pernah lupa asal usul aku. Aku xpernah lupa kampung halaman ku. Aku pun xpernah lupa bau tanah bendang di kampung ku. Berkubang di bendang mencari ikan laga tidak pernah aku lupa.

Bagi aku jati diri bukan pada pertuturan tapi pada hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...