Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Guru, terima kasih atas pengorbanan mu selama ini dalam mendidik aku sehingga aku berada di sini kini. Kamu cukup tabah mengajar aku, kekadang kenakalan aku membuatkan kamu hilang sabar.

Guru, terima kasih kerana mengajar aku, mendenda aku dan menegur silap aku. Guru, terima kasih juga sebab rotan aku, tampar aku, suruh aku berjalan itik sepanjang koridor, suruh aku berdiri atas kerusi/meja, menyuruh aku mengutip kemuncup/semalu dan menyuruh aku berlari tanpa kasut atas jalan tar. Ya, aku budak yang nakal. Ponteng kelas, fly, skodeng dan memacam lagi aku buat di zaman nakal dulu, tapi kamu tetap tabah mendidik.

Terima kasih atas semuanya.

Terima kasih aku tujukan pada semua yang mendidik aku secara langsung dan tidak langsung. Terutama pada cikgu-cikgu/pensyarah Taski Kg. Telaga Bata, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat 2, Sekolah Menegah Kebangsaan Tumpat, MRSM Kuala Terengganu, Kolej MARA Kulim dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Guru, kamu memang TERBAIK.

Selamat Hari Guru, selamat mendidik anak bangsa.

Thank You Very Much.

4 Pandangan Kekawan:

Anonymous said...

Artikel ini memberikan cahaya di mana kita dapat mengamati kenyataan.

Shukri Mohd Ali said...

terima kasih guru.

dear anies said...

time kasih cikgu onizuka... hehehe

ILA HonEyBuNNy said...

tanpa guru siapalah kita kan..

terima kasih cikgu....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...