Thursday, May 17, 2012

Pemilihan Pemain Sukan kementerian pun Ada Politik ke?

Minggu lepas aku hantar la bini aku ke tempat pemilihan untuk pemain badminton bagi mewakilli satu Kuala Lumpur untuk sukan suatu kementerian. Ramai la juga lah yang pergi untuk pemilihan tu. Bini aku salah sorang.

Yang bestnya, pemilihan adalah untuk regu sahaja. Bila ditanya tiada pemilihan yang single ke? Jawapannya mudah saja. Single sudah ada player.

Untuk pemilihan regu pun best juga, regu yang juara akan mewakili Kuala Lumpur. Mungkin diorang ni terllau hebat kot. Pasal setahu aku kalau pemilihan player sepatutnya base kepada kualiti dan skill player tu bukan base pada regu. Regu boleh dibentuk dari dua player yang mantap untuk jadi lebih hebat.

Dah la pemilihan macam tu. Kata pukul 8.00 pagi sharp mula terus. Lambat disqualify. Aku sampai 7.45 pagi. Tengok sorang un tak de lagi. Tepat jam 8.00pagi, urusetia baru kelihatan dua tiga ketul. Player pun tiada lagi. Hampeh..... Dekat pukul 9.00 pagi baru mula game.

Kiraan mata bukan 21mata dan dua set. Tapi kiraan adalah 30mata untuk 1set dan tukar court pada mata ke-15. Pelik tapi benar. Sepatutnya untuk pemilihan untuk tournament sepatutnya ikut la international punye rule. Baru kita boleh lihat kualiti sebenarnya player tu.

Memang menyakitkan hati. Rupanya bila di tenung-tenung, game sudah disusun. Dan yang layak pun adalah regu yang mereka nak. Kalau dah ada regu tak yah la wat pemilihan. Buang masa orang lain je. 

Kalau takat nak formaliti kan saja. Tak payah buat. Buang karan dan masa orang lain je. Bangang.





Please Respect Other, No Matter Who You Are.


Heykawan : Kalau ada kelapangan jemputlah ke daddydee.net

5 Pandangan Kekawan:

dear anies said...

sabo je la..

Dr K said...

Malaysia & politik sampah, tidak boleh dipisahkan...dalam sukan, dalam pejabat..sama sahaja.

Yuki Yusuf said...

tu la sebabnya sukan kat malaysia ni semua hancus..

Kakcik Seroja said...

Kalau gitu gayanya, memang kotorlah cara pemilihannya. :(

onlajer said...

Dari segi empatnya buang masa dgn duit,dari tiga segi nya ok lah dapat keluar2 peluh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...