Tuesday, November 29, 2011

After Sales Services

After Sales Service adalah Khidmat Selepas Jualan. Sesetengah kompeni ada menyediakan perkhidmatan seperti ini selepas kita membeli barangan mereka.

Lebih kurang dalam bulan September 2011, aku beli la 'Breast Pump' berkuasa Bateri jenama Pureen di Sogo KL. Masa tu isteri aku belum lagi bersalin. Beli 'Breast Pum' sebagai persediaan awal pasal isteri aku bekerja.

Product yang dibeli.


'Breast Pump' yang dibeli xleh nak diuji pasal isteri aku belum bersalin lagi. Jadi hanya disimpan sahaja.

Lepas je isteri aku bersalin, aku suruh isteri aku untuk test. Bila di'test' didapati motor pump telah rosak.

Jadi aku pergi balik ke SOGO dan jumpa balik ngan salesgirl Pureen. Dan dia promise untuk bagitau supervisor dia hal itu dan jika rosak 'Breast Pump' akan diganti baru. Jadi aku dan isteri tunggu seminggu tapi tiada maklumbalas.Aku follow up skali lagi ngan salesgirl tu. Kali ini aku tunggu seminggu lebih tapi tiada maklumbalas lagi.

Isteri aku suruh pergi lagi ke SoGO untuk buat laporan kat Salesgirl tu lagi. Tapi aku x malas. Tambahan pula, mengenangkan da 2 kali aku buat report.

Aku search kat internet cari laman web Pureen Malaysia.Dan aku cuba buat aduan melalui emel, berdasarkan emel yang ada kat laman web tu. Dan ahamdulillah dalam masa 24jam emel aku dibalas.

Lepas 2hari diorang call balik minta alamat dan janji akan pos 'Breast Pump'  dalam masa seminggu.

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat la motor pump yang baru. 

Lagi pun diorang xnak pelanggan lari.




HeyKawan: Dalam berniaga biarlah ada keikhlasan. Jangan atas dasar nak kejar keuntungan semata-mata.  Ramai kekawan aku terkena, terutama yang mengiklankan produk dalam internet. Ada sesetengah tu sangat tidak bertanggung jawab. Bila duit di bayar, barang tidak di pos. Ada juga yang menjual barang yang telah rosak. Pakai dua tiga hari langsung buang.

Bebaru ni baru tolong sorang kawan, beli kamera dari seorang kawan Blogger (Puan Capa). Alhamdulillah urusniaga berjalan lancar.

4 Pandangan Kekawan:

dear anies said...

tu la bkn senang nk jumpa urusniaga yg benar2 jujur dan ikhlas...ada je chance nk kenakan pengguna

Masy said...

ada yang pos tp smpi sekarang tak dapat.

pengakuan mangsa T_T

Eye_nee said...

akk kurang percaya la perniagaan melalui tenet ni...tak mau ambil risiko...

knv said...

dik, kalao rajin boleh tengok website avent or medela. ini high end punya breast pump. kalau target nak breast feed in long run. pureen ok. tapinya memang masalah motor nanti. not as durable.

just my 2 cents.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...