Friday, September 23, 2011

Cerita Kelmarin

'Macamana leh jadi camni, kat appointment tulis jam 10.15pagi. Saya datang dalam pukul 10.00pagi. Skang da pukul 12.15tghari tapi xleh nak masuk jumpa dokter lagi. Sampai bila nak tunggu???'

'Sabar ye encik. Ikut kita ikut no ye encik'


Dialog Brader 1 dengan Sister PPUM.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'Nape lambat sangat nie? Dari pukul 9 pagi saya datang. Skang da pukul 12.00tghari x leh masuk jumpa doktor lagi. Rugi masa saya camni tau x?? Nak kena gi kerja lagi'

'Sabar ye encik. Ada kesulitan skit. Kalau encik mau leh tunggu. Kalo x datang lain kali ye'

Dialog Brader 2 dengan Sister PPUM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku ingat mau je aku cubit gatal dua-dua brader sasa kat atas ni. Kalo ye pun lambat jangan la kecoh sangat. Kalo xleh tunggu buat la hospital sendiri dan bayar doktor sendiri.

Memang semalam kat Klinik Bersalin PPUM memang kelam kabut skit. Sebab kurang Doktor bertugas. Bini aku yang datang pukul 8pagi pun leh jumpa doktor pun jam 12.30tengahri. Siap ngan ilang lagi result CTG (kalo xsilap aku la), pasal ade assistant nurse tu cuai. Da la ilangkan result tue, leh lak x ngaku kesalahan dia dan kata bini aku x bagi kat dia result tue. Padahal mmg aku tgk bini aku bagi kat dia.


Minggu depan aku cuti seminggu, jadi driver bini aku.


Monday, September 19, 2011

Cari Tapak

Sabtu lepas saj meronda mencari tapak. Bukan cari tapak kedai. Tetapi tapak untuk menetap. Tapak rumah. Sebolehnya mau la umah teres. Yang dok atas tanah.

Pepaham je la. Umah atas tanah kat KL ni mmg xdapat la ngan gaji aku skang. So terpaksa la cari umah luar KL. Tumpuan aku area Sungai Buloh dan Rawang. Harga mmg toksah cakap suma RM250k dan ke atas.

Dan yang bestnya, bila tanya suma diorang cakap dalam masa 1minggu-1bulan suma umah yang dijual akan 'Sold Out'. Wow...........Memang orang Malaysia ni suma da kaya. Aku je masih terhegeh-hegeh.

Tapi kalo berjalan kat area umah yang da siap plak. Banyak pulak rumah yang masih tak duduk. Dan banyak jugak iklan haram yang bertempekan di sana-sini tulis 'Bank Lelong'.

Hurm......Kekadang kalau di tengok balik, harga rumah di Malaysia memang melambung gila-gila punya. Ni tahun 2011. Kalau zaman anak cucu aku nanti xtau la. Adakah Malaysia akan jadi cam Singapore?? Rumah akan menjadi sesuatu yang sukat untuk dimiliki??

Teringat masa aku kerja di Johor sekitar tahun 2008. Area Nusajaya, banyak rumah untuk dijual. Dan bila risik-risik ngan kekawan yang kerja kompeni developer yang terbabti. Almost, area Nusajaya di beli oleh Singaporean. Btol atau x? Waallahualam.


Bukan rumah yang aku tengok..ekekekek



Patutkah aku beli rumah di negeri lain sedangkan aku bekerja di KL?? Ke patut kah aku beli rumah di Rawang @ etc.....Dan berulang 100km sehari untuk ke tempat kerja??



Thursday, September 15, 2011

Jenis Xpaham Bahasa

Ni gambar aku amik masa gi anta anak buah bini aku nak gi PLKN. Kat wisma Zetro, Sabtu lepas.

Ni la sikap orang kita. Yang jenis pentingkan diri sendiri. Elok benar la tu, tempat parking moto gi letakan keta nya, takut sangat keta nya kena cahaya matahari dan hujan.




Yang ni plak hadiah besday aku dari Nuffnang dan TGV. Thanks Nuffnang dan TGV sebab bagi aku 4 tiket wayang free. Menda ni aku gi amik semalam. Tu pun sebab opis aku ngan opis Nuffnang ni dekat je. 1st time sebenarnya aku ke sana.

Bila nak tgk wayang pun aku xtau. Dalam keadaan bini aku yang menunggu hari nak bersalin. Mana mau nak gi tengok wayang lagi.


no komen









Memacam

Tuesday, September 13, 2011

Sehaluan



Kita sering mahukan orang lain memahami kita. Dan mengikut saja rentak dan irama kita.

Pabila mencari pasangan, kita mahu pasangan itu menghargai kita, menghormati kita. Tapi pernahkah kita menghargai orang lain, menghargai pasangan kita? Pernahkah kita cuba memmahami pasangan kita? Pernahkah kita menghormati pasangan kita? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Perhubungan memerlukan kedua-dua belah pihak. Perkataan 'SALING' adalah perlu. Baru dapat kita bentuk satu perhubungan yang harmoni dan sehaluan.

Dengan adanya perkataan 'Saling' juga insyallah kita akan dapat mengekalkan hubungan kita. Mempertahankan hubungan kita.

Masa bercinta, mungkin semua indah. Semua tampak sempurna. Semua tampak bagai di syurga. Ini kerana, jarang pasangan kekasih akan menonjolkan sikap sebenar mereka semasa bercinta. Bak kata orang tetua semasa bercinta 'Awek tersepak batu pun batu di marahnya'. Tapi sebaliknya pula terjadi bila isteri tersepak batu, dibilangnya isteri buta kerna xnampak batu di jalanan.

Menurut kajian, sifat sebenar suami dan isteri akan terserlah selepas 5 tahun berkahwin. Dan terpulang pada cara kita untuk mempertahankan perhubungan ini. Kalau ada kesabaran dan ketabahan berserta cinta yang ikhlas dari lubuk hati, insyallah semuanya akan dapat kita tempuhi. 

Itulah lumrah, tapi seandainya kita saling memahami, saling menghormati. Insyallah perhubungan yang terbina akan lebih bahagia. Serta tampak sehaluan.


PSP: Moga perkahwinan aku dan isiteri kekal bahgia selamanya.

Overload




















Monday, September 12, 2011

versi klasik

Ada kekawan skool dulu upload picture dalam pesbuk.

TQVM



Ni la gamba tue. 
Gamba masa Form 3 (3 Intan)
Amacam bebaik x suma muka. ekekek....

Friday, September 9, 2011

Jangan Tiru

Mungkin ni kaedah yang boleh para cikgu gunakan utk elakan para pelajar meniru.

Sekian.

Good Luck Pada para pelajar yang akan menghadapi UPSR x lama lagi.

Monday, September 5, 2011

Tutorial...Untuk lelaki sahaja


Tutorial di bawah adalah untuk lelaki sahaja. Dan aku xcampur kalo korang ikut tutorial nie....hahahha...



Selamat mencuba.....


-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-



&

Semoga cepat dibelasah orang kampung kalian...Sekian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...