Saturday, October 30, 2010

sempit

Dunia ini adalah cukup luas. Cukup luas bagi siapa yang pandai mengaut peluang yang ada.

Tapi dunia ku agak sempit. Terlalu rimas kerna terlalu banyak dinding sempadan yang menghalang. Bila amarah menguasai diri ku rasa mau saja ku runtuhkan tembok-tembok itu. Hurmmmmm... Tapi itu xbisa aku lakukan kerna orang tua ku selalu berpesan jangan di ikutkan perasaan marah itu.

Nampaknya terpaksa lah aku bersabar. Menunggu hari tiba untuk meloloskan diri dari tembok ini ala-ala cam dalam 'Prison Break'.

Ya allah, berikan aku kekuatan dan kesabaran. Amin.

Wednesday, October 27, 2010

Bila da lama x berblog.

Akibat terlalu lama tidak aktif berblog, aku rasa hampir 5 bulan aku tidak aktif berblog. Dan aku lihat banyak sudah berubah. Webpage blogspot pun da berubah. Blog aku je yang x ubah2 tahap tue jugak. Malas aku nak tukar layout-layout lagi. Aku hupdate blog pun kira bagus.

Aku tengok banyak blog yang selalu aku skodeng dulu da xde. Xtau la sama ade owner dia da tutup blog ke ape kan. Bila dah lama x berblog nie aku nak main sergah2 pun naik seram je. Da xcam dlu. Tetiba aku jadi pemalu. Siyes aku sedang bersipu-sipu dan pipi ku merah padam skang nie. Oh damn...hahahahahah

Aku punye status Glitterati kat nuffnang pun da ditarik balik. Xtau la nape. Dan ape sebabnya. Memang aku xtau. Agaknya diorang nyampah ngan aku kot. hahahahahaha..........Dapat invitation asyik wat bodo je. Mau x orang marah ye dop....

Siyes aku rindu bebrblog cam dlu. Pasni harap leh aktif balik. Tapi aku tetap ade kekangan sedikit ye la sejak jadi suami orang nie. Pepaham je la..... Aku chow dulu. Esok aku cite lagi.


PSP: Esok hari Khamis, Malam Jumaat. Huh.......Sungguh aku xsabar.

kerja

Semalam aku ke negeri tapi hari ni kena balik balik ke HQ. Dan minggu depan baru lah aku officially masuk ke negeri dan mula menjalankan tugas aku di bahagian senggaraan.

Semalam ade gak la 4 orang dalam bilik kecik aku. Tapi hari nie bila balik HQ aku berdua je kat bilik kecik nie. Kami 12orang semua nya, tapi yang lelain blom balik ke HQ lagi. Jadi tinggallah aku berdua. Memang bosan. Kau pandang aku, aku pandang kau je la. Seb baik ade tenet yang limited leh gak aku usha blog korang. Blog2 yang serius tahap gaban, blog2 yang sengal tahap kanggaroo lapar. Tapi yang nyata kembali baca blog korang memang amat best bagi aku. Habit lama aku kembali lagi. (Bukan habit baca blog sambil korek idung ye.)

Sebenarnya sejak keje kat tempat baru nie aku agak rimas skit. Xbiasa lagi kot. Lagi pun aku keje sini banyak kontrol skit. Berlakon jadi baik. Budak baru katakan. Xkan dah nak huha-huha sana sini kan. Hehehhhehe....

Tapi yang btol merimaskan aku ialah sebab aku lebih suke kerja kat tapak. Kerja kat tapak aku lebih bebas, melompat sana sini. Bertempik dan berteriak, bukan histeria ek. Mengular, tido dalam rumah kongsi. Memang best la. hehehehe.....

Tapi skang aku da xleh wat camtu aku kena jadi contoh yang baik utk anak2 buah aku nanti. Lagi pun keje sini terjamin skit masa depan. Aku ni baru nak mula hidup. Masih merangkak. Blom masih berlari. Hopefully, suatu hari aku leh terbang.

Tuesday, October 26, 2010

mati kutu

aku memang mati kutu. Nak men fesbua ke utube xleh. Apatah lagi redtube. Siyes bosan abes....

Bila on blog ni pun aku rasa kaget, almaklum lama aku x main blog n baca blog kekawan. insyallah lelama keje sini aku akan ligat kembali berblog. sekian trima kasih

Wednesday, October 20, 2010

perumpamaan

Jangan kerna angan ingin memiliki lamborgini yang laju, cantik dan power. Kita kehilangan motor Ex-5 yang banyak berbakti dan berjasa dalam hidup kita.


Kekawan, hargai apa yang kita milikki. Jangan sampai menyesal kerna kehilangan apa yang kita miliki.

Saturday, October 16, 2010

tunduk ke bumi

Setinggi mana pun kita, pasti masih ada yang tinggi. Setebal mana pun kita, pasti ada yang lebih tebal. Sepintar mana pun kita, pasti ada yang lebih pintar.

Segulung ijazah bukan penentu tinggi ilmu kita dan kecerdikan kita. Kekadang yang tiada ijazah tu lagi cerdik dari kita yang ada ijazah.

Ada ijazah bukanlah untuk kita mendabik dada.

Aku cukup xpaham bila ada ketua yang jenis menyombong diri. Kekadang umur baru setahun jagung, tapi masuk terus ketua sebab ada sijil mahal. Dan bila sudah jadi ketua mau semua orang bawah je hornat dia, dia xmahu respek org bawah. Sedangkan orang bawah tue lagi berpengalaman tapi sebab xde sijil dia xleh jadi ketua.

bagi aku, sesapa pun kita hormat. Kita hormat org, org akan hormat kita. Cara ni lagi harmoni. Kerja pun seronok.

Bagi aku setinggi awan pun kita terbang, jangan di lupa rumput di bumi.

Monday, October 11, 2010

ke Branang

Esok aku gerak ke Branang, selangor. Ada kursus selama 4hari 3malam. Aku meriderkan diri ke sana. Nak pakai keta bini aku pakai. So terpaksa la pakai moto rempit aku.

Entah la apa yang akan aku kena brainwash masa kursus nanti. Tengok tajuk kursus cam kursus leadership. Apa yang nak kena dengar aku xtau la. Pada hal aku memang malas nak kursus2 nie. Bosan dengar je. Tapi kekadang best gak dengar talk nie nak2 menda yang kita minat. Xminat mmg x la.

Papepun layan je la kursus nie kan..


PSP: takziah pada keluarga mangsa kemalangan bas ekspress di Melaka.

Saturday, October 2, 2010

esei

Tanggal 4 oct 2010, aku bakal memulakan kerja di tempat baru. Baru 5bulan aku di tempat skang, dan skang dapat plak offer baru yg xkan aku tolak. Tapi pasni aku xleh lagi g kerja pakai jeans dan tshirt, xleh nak meryau-rayau sesuka hati time keje. Pasni aku da kena pakai formal time keje, kemeja dan slack. Ada punch card lagi. Adoi....esok kena la gi mecari kemeja. Stock kemeja aku da kehausan.

Walaupun isnin ni baru aku memulakan kerja di tempat baru tapi aku da diberi assment..kena wat esei 5 years career plan. Dan aku blom selesaikan assment tue. Mati kutu aku nak wat esei. Wat entri blog masih bleh. Tapi nak wat esei aku da mati skill da.

Pasni kalo ada sesape g merayau kat sogo@pertma time lunch hour atau lepas opis hour leh la roger aku. Leh pekena air suam bersama-sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...