Thursday, April 30, 2009

Selamat Tinggal



Selamat tinggal blog Biar Kejam Jangan Keji

Maafkan aku.....Aku akan kembali seandainya masih ada jodoh antara kita.... Sekian terima kasih

Tuesday, April 28, 2009

Lara Tari Pencinta

Telahku lagukan
Irama yang suram ini
Gementarku memuja tarimu kasih
Tarian melara
Apakah erti..semua
Inginku cuba fahaminya

Telahku nyanyikan
Nada lagu hitam ini
Meremangnya kurasa
Menghantu jiwa..
Mogakan teruja Gemalai Sari
Bermula satukan lagu dengan irama

Kau yang terluka
Kerna cinta
Kerna fana asmara
Lagi terang
Lagi suram..terasa

Lepaskanlah segala
Wahai pelari cinta
Agarku bisa
Merasa pedih kau rasa

Akulah si pemuja
Kaulah lambang pendengar
Meronta tuk menari bersama
Telahku lagukan..
Lagu cinta..
Heyy..heyy
Kita..

[solo]

Kau yang terluka
Kerna cinta
Kerna fana asmara
Lagi kelam
Lagi suram..terasa

Lepaskanlah segala
Wahai pelari cinta
Agarku bisa
Merasa pedih kau rasa

Akulah si pemuja
Kaulah lambang pendengar
Meronta tuk menari bersama
Telahku lagukan..
Lagu cinta..
Heyy..heyy
Kita..





Aku


Aku bukanlah seorang lelaki hebat

Mempunyai wajah tampan seperti ‘Brad Pitt’

Yang mampu mengoda sejuta wanita

Yang menjadi sebutan umat manusia


Aku tiada punyai harta berjuta

Tidak empunya intan berlian bergedung

Tiada punya ‘skyline’ mahupun ‘evolution’


Aku hanya manusia biasa

Aku hanya punya seribu tekad

Tidak akan ku putus asa


Seribu kali ku jatuh

Seribu kali akan ku bangkit

Akan ku daki menara kejayaan ini

Matlamat ku hanya puncaknya


Akan ku tawan puncaknya

Akan ku ukirkan nama ku di atas sana

Akan ku bantu sesiapa jua

Biar nama ku di kenang kerana jasa

Bukan kerana dosa


Ku ingin menjadi manusia selamat

Selamat di dunia dan akhirat

Monday, April 27, 2009

Thank You

Minggu depan aku Insyaallah aku akan cuti 3minggu.(Tue pun kalo bos aku sign borang cuti. Permohonan kali ke-2.) Kepala hotak aku da xmampu lagi untuk memikirkan pasal keje lagi. Xmampu lagi aku nak mengira batu dan butiran pasir yang di tambak. Aku butuh rehat.

Walaupun kerja masih melambak. Tapi aku da xmampu nak fokus pada kerja yang diberikan. Memang da kepenatan sangat. Hari hari pun kerja. Mana lalu beb. Bangla pun cuti hari jumaat sabtu. Sempat lagi bawa awek ganu jejelan kat bandar. hurmmmm......

Aku nak jumpe kekawan blaja. Kekawan uni dan sekolah. Bebudak MRSM aku sibuk ajak pegi reunion. Aku teringin nak join, nak sangat jumpe kekawan lama yang memasing da ada life n keluarga sendiri. Tapi aku still xleh wat keputusan. Insyallah akan aku cuba mengisi borang dan buat muka x malu untuk mintak cuti. Hopefully time tue aku leh cuti. Pasal time tue jugak En. Karim cuti kawin.

Aku nak sangat jumpe geng-geng blaja dulu. Geng-geng yang melanggar Cikgu Saiful bila dikepung oleh Cikgu Saidi dan Cikgu Saiful kerana ponteng prep.(sebab Cikgu Saiful tue kecil.)

Ingat lagi pabila didenda oleh Cikgu Hamid berlari tanpa memakai kasut. Sebabnya xpakai stoking. Rela kutip entah stoking putih sesape tinggal ntah, janji xkena denda ngan cikgu Hamid. Cikgu yang brutal lagi ganaz tapi baik hati. Korang penah kena?




Kepada kekawan tidak kira sahabat alam maya (bloggers) mahupun sahabat di hadapan ku. Sesungguhnya kalian amat bernilai dalam hidupku. Terima kasih kerana sanggup menjadi sahabat ku. Aku doakan kalian berjaya dan bahgia selalu.



Saturday, April 25, 2009

Selamat Menonton

video

Tgk la kalo ada brani.... hehehhehe selamat menonton

Bola dan Islam


Federic Kanoute adalah seorang pemain bola yang menerima anugerah Pemain Bola Terbaik Afrika pada Tahun 2007. Pemain Sevilla ini berasal dari Mali dan di lahirkan di Sainte-Foy-lès-Lyon, Rhône, Perancis. Beliau di lahirkan 2 September 1977 dan merupakan seorang muslim.

Apa yang menarik tentang beliau ialah beliau telah dilayangkan kad kuning dan berkemungkinan didenda sebanyak US$4,000 oleh Spanish Football Federation (RFEF) kerana aksi beliau selepas menjaringkan gol ketika menentang Deportivo La Coruna dalam Copa del Rey. Sevilla menang 2-1 dalam perlawanan tersebut. Aksi beliau adalah:

Beliau menayangkan baju baju hitam yang bertulisan Palestin. Tindakan beliau ini adalah sebagai tanda menentang kekejaman Zionis yang menyerang Gaza sehingga menyebabkan kehilangan lebih 700 nyawa.

Salute la pada beliau yang ikhlas menyokong perjuangan Palestin. Dan Menentang kekejaman Zionis walhal beliau tahu akibatnya.

Aku respek beliau sebab beliau muslim dan memperjuangkan Islam. Dan satu lagi sebab date besday dia sama ngan aku.

Peringatan : Kelate mesti menang malam ni. Bawa pulang Piala FA.

Friday, April 24, 2009

Dalam Perut Orang Makan Khinzir

video

Aku xpasti kebenarannya. Tapi kalo geli baik jangan tengok.
Kalo ada brani, tengok la.
Selamat menonton.

Thursday, April 23, 2009

Tuesday, April 21, 2009

Art of Wildlife




So creative...Kalo bagi kat aku konpem hancur lebur....

Canopy Walkway


Click the picture to see the location of FRIM Kepong

Wanna get some green and fresh air in Kuala Lumpur? FRIM Kepong is one of the place which is really suitable place to enjoy yourself with familys or friends.



I has been there last year. This place so great and cool. When i there, i feel so peaceful. Free from traffic jam. At there we can enjoying flora and fauna which is so beautiful.

FRIM is surrounded by the Bukit Lagong Forest Reserve, a 600 ha jungle park at Kepong. It is only 10 minutes from Batu Caves by car.

For me the most special place at FRIM is the Canopy Walkway. This canopy walkway offer us to walk thru the bridge which is consists of 4 bridges suspended from tree to tree by an elaborate array of ropes.


The walkways are just planks hardly a foot wide placed on aluminium ladders supported by the ropes. (As i remember the width of plankis about 30cm.) These 4 bridges are connected by 3 platforms as high as 30m from the ground.

The walkway is open everyday from 9:30am until 2:30pm. The ticket is RM5 for adult and RM3 for child. For booking you can call this number 03-62797220.



Come on guy. Lets accept this green nature challenge. Love our world. Keep in Green.

Warning : Prepare your mental and physical before accept this challenge.

Monday, April 20, 2009

Tumpang Lalu

Hari cerah, datuk aku seperti biasa pergi menebas semak samun untuk dijadikan kawasan tanaman. Apa yang nak ditanam oleh datuk aku xdapat aku pasti kan. Setelah setengah hari menebas dan matahari telah terpacak tepat atas kepala datuk aku pun berehat kat bawah pokok besar.

Kawasan yang datuk aku kerjakan tue dekat dengan kawasan perkuburan. Terpisah dek jalan kecik yang menjadi laluan orang ramai.

Ketika datuk aku dok berehat kat bawah pokok tue. Datang la seorang ibu muda sambil memimpin tangan anak nya. Sampai je dekat dengan kubur tue, perempuan tu pun berhenti seraya berkata "Assalamualaikum tok. Minta maaf tok, cucu nak lalu".

Datuk aku pun berkata "Lalu la cu".

Perempuan itu yang terkejut mendengar seuara datuk aku terus mendukung anak dia dan langkah seribu cam lipas kudung. Memang selamat la sampai perempuan tue.

Agaknya dia ingat suara tue datang dari kubur kot. Hahahahha....

Moral: Jangan percaya pada menda karut camtu. Boleh jadi syirik. Allah je yang maha berkuasa.

Jom ke McDonalds

Kalo camni la restoran McDonalds kat Malaysia korang pegi makan ngan awek x???


p/s: Makan nasi ayam depan UMT lg best. Hahahaha

The Love

Two butterflies were in love........ .One day, they decided to play Hide n Seek.......
During the play.....
Boy Butterfly - "A small game within us"
Girl Butterfly - "OK"Girl Butterfly - "OK"
Boy Butterfly - "The one who sits in this flower tomorrow early in the morning is the one who loves the other one more....."

Next morning, the boy butterfly waits for the flower to open so that he can sit before the
girlbutterfly does......
Finally, the flower opened.....What did he see.....???? ?........
The girl butterfly had died inside the flower.....
She stayed there all night...... so that early in the morning..... .as soon as she sees him.......
She can fly to him and tell him how much she loved him.... ....

Moral of the story ;Tell ur loved ones that you love them before its too late!

Awas! Serunding daging Babi

Sumber Malaysiakini

 Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia .

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia , lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta .

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Sunday, April 19, 2009

Gulai Ikan Kering


Tetiba aku rasa seperti mengidam. Teringin sangat nak makan gulai ikan kering ma masak. Aku pun xtau nape aku teringinkan gulai ikan kering bukannya ayam golek, daging masak kicap atau ikan singgan. Kalo ikutkan ayam masak merah adalah masakan kegemaran aku.

Sudah lama aku tidak merasakan gulai ikan kering ma. Sudah hampir sepuluh tahun kot. Dulu masa aku di sekolah rendah, gulai ikan kering antara menu utama. Memang masa itu aku akui aku jemu ngan gulai ikan kering. Mungkin masa tue aku masih budak mentah. Belum mengerti erti kehidupan.

Bila di kenangkan kembali, semua ini kerana ma abah. Tanpa ma abah aku tiada di sini. Terima kasih ma abah kerana membesarkan aku. Jasa mu tidak dapat ku balas. Pengorbananmu tiada tandingan harganya. I love u, ma abah.

Bila la aku leh balik kampung nie? Aku sudah teringin sangat. Borang cuti sudah ku isi tapi bos belum sign lagi borang cuti aku. Kalo ikutkan due, aku sudah due. Sudah genap 3bulan. Ikutkan agreement kerja 3bulan then cuti dua minggu.

Harap-harap bos sign la borang cuti aku. Aku nak balik kampung. Aku sudah tepu untuk bekerja.

Malam ni member ajar gi candat sotong. Best tue.

Esok plak monthly progress meeting ngan JKR. Memang xbest.

Ku harapkan esok masih ada.


Tuesday, April 14, 2009

Kasut Ku di Rampas Cikgu

Kejadian yang berlaku ketika aku di tingkatan 3. Ketika aku masih memakai uniform putih dan seluar hijau tanpa tali leher serta berkasut putih. Kasut aku masa itu adalah kasut kung fu. Sarung aje xde tali pun. Senang di pakai senang di buang dan senang untuk melakukan aksi-aksi kung fu ala-ala Bruce Lee, Jet Li dan Eric Cantona.

Pagi itu kami sedang mengikuti kelas Sains pada waktu ketiga. Abes kelas Sains adalah waktu rehat. Yes, i like that. Makan keropok dengan sirap. Kelas sains cam biasa la dia adakan kat makmal sains yang penuh dengan haiwan-haiwan yang di awet. Macam-macam ada ular, tikus, katak, biawak dan sebagainya.

Buku log yang panjang dan berkulit tebal itu adalah tempat aku menulis segala ilmu yang dicurahkan oleh guru mengunakan tinta berwarna biru. Selain itu, buku itu juga la yang aku gunakan untuk membelasah member.

"Assalamualaikum". Satu suara garau memberi salam yang telah menganggu kekusyukkan aku menelaah ilmu sains pagi tersebut.

"Semua berdiri. Saya nak periksa kasut kamu semua" kata Cikgu Mamat yang bersuara garau dengan muka bengis ala-ala singa kebuluran sambil memegang guni untuk kutip kasut.

"Time camni la dia nak check kasut. Damnn" getus hatiku.

Ternyata target utama dia adalah pelajar lelaki. Dan kasut yang di cari adalah kasut kung fu seperti yang aku pakai. Memang dia jelous ngan bebudak yang pakai kasut kung fu yang amat mahal iaitu RM15 je.

Hasil dari pemeriksaan yang di lakukan. Kasut aku sebelah kanan telah di rampas. Dan beberapa member kelas aku juga telah dirampas sebelah kasutnya. Bangang btol da la amik sebelah je. Amik la dua-dua. Boleh berkaki ayam walau pun aku mempunyai kaki manusia.

Abes kelas sains aku pergi kepada member aku, Abe yang turut dirampas kasut nya.

"Belah mana kena rampas?" tanya aku sambil gelak.

"Belah kiri" jawab Abe.

"Aku punye belah kanan. Xpe la ko amik la aku punye" kata ku lagi sambil menanggalkan kasut kung fu kesayangan aku.

Selamat tinggal kasut ku. Kini aku berkaki ayam. Adoi yai. Dengan berkaki ayam aku berjalan menuju ke asrama dengan langkah yang penuh bersemangat. Sampai saje di asrama aku terus melabuhkan badan aku ke tilam yang empuk dan aku trus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Melepas aku untuk makan keropok dan air sirap. Aku ponteng semua kelas lain.

Monday, April 13, 2009

Man Vs Woman

Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.

After months of careful research, MALE &FEMALE Procedures have been developed. Please follow the Appropriate steps for your gender.'

*******************************
MALE PROCEDURE:
1.. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7.. Drive off.

*****************
**************

FEMALE PROCEDURE:
What is really funny is that most of this part is the Truth.!!!!

1. Drive up to cash machine.
2.. Reverse and back up the required amount to align car window with the machine.
3. Set parking brake, put the window down.
4. Find handbag, remove all contents on to passenger seat to locate card.
5. Tell person on cell phone you will call them back and hang up.
6.. Attempt to insert card into machine.
7. Open car door to allow
easier access to machine due to its excessive distance from the car.
8. Insert card.
9. Re-insert card the right way.
10. Dig through handbag to find diary with your PIN written on the inside back page.
11. Enter PIN.
12. Press cancel and re-enter correct PIN.
13. Enter amount of cash required.
14. Check makeup in rear view mirror.
15. Retrieve cash and receipt.
16. Empty handbag again to locate wallet and place cash inside.
17. Write debit amount in cheque register and place receipt in back of chequebook.
18. Re-check makeup.
19. Drive forward 2 feet.
20. Reverse back to cash machine.
21. Retrieve card.
22. Re-empty hand bag, locate card holder, and place card into the slot provided!
23. Give dirty look to irate male driver waiting behind you.
24. Restart stalled engine and pull off.
25. Redial person on cell phone.
26. Drive for 2 to 3 miles.
27. Release Parking Brake.


Jangan Marah daa....

Friday, April 10, 2009

Kesal

Malam Selasa lalu telah berlangsungnya perlawanan bola sepak yang cukup hebat. Perlawanan yang melibatkan 3pasukan yang menggunakan jersi warna merah sebagai jersi utama. Pelawanan antara Man Utd lwn Porto FC, Arsenal lwn Villareal dan Kelantan lwn Negeri Sembilan.

Man Utd 2 - 2 Porto FC
Arsenal 1 - 1 Villareal

Kelantan 0 - 1 Negeri Sembilan

Tapi ape yang mengecewakan adalah kekalahan Kelantan di tangan Negeri Sembilan 0-1. Dan apea yang paling mengecewakan adalah rusuhan penyokong pasukan Kelantan akibat kekalahan tersebut. Kalah dan menang adalah adat pelawanan. Bola itu bulat.
Bagi aku rusuhan itu tak patut berlaku dan suatu yang amat memalukan. Rusuhan tersebut tiada faedah kepada sesiapa pun malahan merugikan semua pihak terutamanya Negeri Kelantan sendiri.

FAM sudah pun buat keputusan untuk mengandakan perlawanan bola sepak bagi pasukan Kelantan FC di stadium berkecuali, Stadium Bukit Jalil. Bukan lagi Stadium Sultan Muhammad IV. Betapa merugikan Negeri Kelantan. Jualan tiket memang tak dapat dikutip.

Lembaga Tindakan Disiplin FAM telah memutuskan bahawa Stadium Sultan Muhammad IV digantung sehinggan 31 Disember 2009 dan KAFA didenda RM 100,000.

Kalo tak sekurang-kurangnya penyokong negeri luar yang datang tue ada juga la yang menyewa bilik-bilik hotel atau rumah tumpangan. Ini da membantu pengusaha-pengusaha tersebut. Peniaga-peniaga kedai makan pun dapat hasil sama. Pasal diorang yang datang mesti makan
punye. Tapi skang???

Dan ini pulak saudara Muhammad Huzaifah Mohd Nor yang buta di sebabkan kejadian tersebut. Yang merusuh pun bukan dapat pape. Ada la 2-3orang ditahan dan di sumbat ke lokap. Bukan dapat menda elok pun. Busuk nama je dapat.

Pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan semoga ia tidak berulang lagi. Menteri Besar Kelantan pun telah menyuarakan perasaan dukacita yang amat tehadap kejadian tersebut.

Semoga kejadian ini adalah kejadian terakhir yang berlaku di Malaysia. Wujudkan lebih semangat kesukanan yang mementingkan persefahaman dan perpaduan bukan atas dasar 'hero'.

Semoga Pasukan Kelantan akan berjaya dan terus berjaya.



Wednesday, April 8, 2009

Al Fatehah

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Tuesday, April 7, 2009

Dont Sleep



1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...