Friday, April 10, 2009

Kesal

Malam Selasa lalu telah berlangsungnya perlawanan bola sepak yang cukup hebat. Perlawanan yang melibatkan 3pasukan yang menggunakan jersi warna merah sebagai jersi utama. Pelawanan antara Man Utd lwn Porto FC, Arsenal lwn Villareal dan Kelantan lwn Negeri Sembilan.

Man Utd 2 - 2 Porto FC
Arsenal 1 - 1 Villareal

Kelantan 0 - 1 Negeri Sembilan

Tapi ape yang mengecewakan adalah kekalahan Kelantan di tangan Negeri Sembilan 0-1. Dan apea yang paling mengecewakan adalah rusuhan penyokong pasukan Kelantan akibat kekalahan tersebut. Kalah dan menang adalah adat pelawanan. Bola itu bulat.
Bagi aku rusuhan itu tak patut berlaku dan suatu yang amat memalukan. Rusuhan tersebut tiada faedah kepada sesiapa pun malahan merugikan semua pihak terutamanya Negeri Kelantan sendiri.

FAM sudah pun buat keputusan untuk mengandakan perlawanan bola sepak bagi pasukan Kelantan FC di stadium berkecuali, Stadium Bukit Jalil. Bukan lagi Stadium Sultan Muhammad IV. Betapa merugikan Negeri Kelantan. Jualan tiket memang tak dapat dikutip.

Lembaga Tindakan Disiplin FAM telah memutuskan bahawa Stadium Sultan Muhammad IV digantung sehinggan 31 Disember 2009 dan KAFA didenda RM 100,000.

Kalo tak sekurang-kurangnya penyokong negeri luar yang datang tue ada juga la yang menyewa bilik-bilik hotel atau rumah tumpangan. Ini da membantu pengusaha-pengusaha tersebut. Peniaga-peniaga kedai makan pun dapat hasil sama. Pasal diorang yang datang mesti makan
punye. Tapi skang???

Dan ini pulak saudara Muhammad Huzaifah Mohd Nor yang buta di sebabkan kejadian tersebut. Yang merusuh pun bukan dapat pape. Ada la 2-3orang ditahan dan di sumbat ke lokap. Bukan dapat menda elok pun. Busuk nama je dapat.

Pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan semoga ia tidak berulang lagi. Menteri Besar Kelantan pun telah menyuarakan perasaan dukacita yang amat tehadap kejadian tersebut.

Semoga kejadian ini adalah kejadian terakhir yang berlaku di Malaysia. Wujudkan lebih semangat kesukanan yang mementingkan persefahaman dan perpaduan bukan atas dasar 'hero'.

Semoga Pasukan Kelantan akan berjaya dan terus berjaya.



0 Pandangan Kekawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...