Wednesday, August 6, 2008

Berani Kerana Benar

Berani kerana benar....Takut kerana salah....

Tidak ramai yang berpegang pada prinsip ini pada hari ini.Kebanyakannya sanggup melakukan ape saje untuk kepentingan diri sendiri dan kekadang sampai sanggup mempergunakan orang lain sebagai mangsa.Mengapa ini semua berlaku??kerana tiada keberanian dalam dirinya untuk menghadapi kebenaran.

Hadapilah kebenaran itu walaupun pahit.Mungkin kita akan di kecam kerana kebenaran.Tetapi teguhkan hati mu.Berdiri lah!!!Hadapi semua itu dengan tenang dan tabah.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama pihak yang benar.

Sekiranya kita bersalah, maka berani lah menanggung akibat dari kesalahan itu.Jangan terima akibat atau hukuman itu sebagai sesuatu yang negetif.Tapi sebaliknya terima dengan perasaan terbuka dan sentiasa berfikiran positif.Anggaplah hukuman tersebut adalah sebagai pengajaran.Ambillah kesalahan itu sebagai teladan hidup yang mematangkan diri kita di masa hadapan.Janganlah sesekali mengulangi perbuatan yang salah buat kali kedua.

Kesilapan adalah satu langkah awal untuk kita berjaya...Dalam perlawanan bukan pemenang yang penting tetapi bagaimana kita berusaha untuk menjadi pemenang...

Bangunlah...Jangan bersembunyi seperti tikus.Hanya keluar apabila lampu dipadam.

Jangan la menjadi teropah buruk.Berbunyi kuat ketika berjalan tetapi hanya dipakai ke tandas.

Suarakan hatimu.Buka minda mu.Curahkan idea mu.Demi untuk kemajuan diri,agama,bangsa dan negara.

0 Pandangan Kekawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...