Saturday, July 31, 2010

tiada jalan pintas

Dalam hidup ini perjalanan hidup kita tiada jalan pintas untuk berjaya. Tiada yang mudah. Tiada yang datang bergolek. Setiap kejayaan mesti dimulakan dengan usaha. Tiada jaya jika tiada usaha. Zaman sekolah dulu pun cikgu2 kerap kali laungkan 'usaha tangga kejayaan'. Malah dalam Islam sendiri kita diajar dengan usaha, doa dan tawakal. Dimana kejayaan dimulakan dengan usaha, ikuti dengan doa pada Allah swt dan bertawakal.

Bila terbaca dalam paper pasal skim cepat kaya yang heboh diperkatakan dalam akhbar kebelakangan ni. Antara mangsa kejadian ni adalah kekawan opis bini aku, ada ramai yang ditipu. Dek kerana ingin peroleh wang mudah. Dan dikaburi janji manis kononnya pulangan yang lumayan. Dan setahu aku pun ada jugak kawan opis bini aku dapar pulangan 11k. Wow..memang banyak kan?

Apa yang mereka perlu lakukan adalah perlu bawa masuk ahli baru. Dan pelaburan nya xsilap aku hampir 13k. Dan bukan mudah nak tarik org melabur byk tue. Tu sebab nya mereka target kakitangan gomen. Sebabnya org gomen mudah wat loan utk melabur. Ditambah pulak ngan leader2 diorang ada link ngan orang koperasi. Lagi mudahlah loan mau lulus.

dan yang terjadi ialah diorang tipu orang bawahan. Dipujuk org2 yang nak masuk tue wat loan sebayak 13k. Dan tanpa pengetahuan orang yang wat loan tersebut jadi lebih tinggi. Semaksimum yang boleh. Dan yang hebatnya org koperasi tidak pula menelefon org yang apply. Dan loan diluluskan dengan jumlah yang maksimum tanpa pengetahuan yang mengapply. Dan hasilnya yang mengapply perlu menanggung jumlah hutang yang tinggi.

Dan yang kesiannya ada yang kena sampai hampir semua gaji dipotong koperasi dek kerna hutang tersebut. Ada jugak yang tahap nak makan sendiri pun xcukup apatah lagi untuk beli susu anak.

Lahanat punye penipu. Bagi aku org camni jgn diberi muka. Rosak masyarakat. Rosak umat.

Bukan aku cakap MLM tue tipu. Tapi beringat la. Dan berhati-hatilah.

9 Pandangan Kekawan:

sayangsayangibu said...

setakat ni akak tak mudah tertarik hati
walaupun di janjikan pulangan yg lumayan..
jadi berhati hatilah kan.

jedi said...

Sayangsayangibu
Baik xyah tertarik hati kak

Shukri Mohd Ali said...

orang kita ni kalau dengar pasal 'kaya cepat', sanggup bergolok bergadai. usaha tak mahu. hish...

Webmaster@Echam said...

Pengalaman dulu2 dh mematangkan aku. Kalau ade yg dtg jumpa aku cakap ajak masuk benda2 camni mmg aku hambat keliling kampung...

jedi said...

Shukri mohd ali
Tu la org kita....mau mudah je..

Abg Echam
Hambat bang jgn xhambat.....

redNing said...

hohohoo...duit punya pasal ada menipu & ada yg kena tipu

deus X machina said...

MLM=member lanyak member
buat apa kaya dengan cara camtu,

she-G said...

ade blog ni..die cite pasal bnda gini la..MLM la kot..die sebut la name kompeni pe..tp beter tak payah mention kat sini la kot..pergi die nye seminar igt nak ajar camna leh dapat riban2 tu sgala..rupanya ajar menipu..kalo nak tarik downline tu suh sewa keta mahal2 lepas tu tunjuk cek yangd apat riban2..lepas org jadik downline trus snyap...yang si downline ni haru biru..kena bayar bulan2 pinjaman yang die buat almost 20k tu..ramai y kena..mmg ade y kaya..sbb diorang duk atas yang bawah ni seksa..kalo memula benda ni baru nak naik mgkin ok..pd saya,bnda y brekor2 ni..sampai satu mase akan abis gak..so kena pandai la...tak de duit yang datang cam hujan..

mirachantek said...

bagi aku MLM tu tak tipu...cuna hebat memanipulasi je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...