Wednesday, July 21, 2010

hujung sana

Aku melihat berlalunya dikau,
Jauh pergi tinggali daku,
Di ceruk sana aku terkaku,
Bersendiri dalam gelap gelita,
Tiada sedikit pun cahaya bagiku,
Tiada lagi harapan bagiku,
Bagai telah tamat segala.

Di saat aku longlai lemah termangu,
Di hujung sana aku memaku,
Setitik sinar cahaya,
Satu tangan dihulur pada ku,
Memberi petunjuk pada ku,
Membebaskan diriku dari kegelapan,
Ternyata pintu bercahaya itu,
Senantiasa menunggu,
Hanya aku yang buta hati,
Buta menilai, buta mentafsir,

7 Pandangan Kekawan:

deus X machina said...

wow

Masy said...

va va va vaaaaaaaaa

Eye_nee said...

Sekaliiii kuar bahasa puitis ko...Pintu bercahaya itu tidak pernah tetutup untuk setiap insan yg sedar keujudannya....

¶A.K.I¶ said...

haha!!
deus pong terpaku~
zedi dl dan sekarang adalah beda!!

mirachantek said...

hati kelabu
cuba jernihkannya dengan ayat suci. mungkin berjaya jika bersungguh hati

syaf said...

wah...ayat kaw sungguh meyayat hati,
puisi mu itew penuh makne dok...

aku taw ade cahaye tuh, tp skung ni aku susah nk kuar dlm gelap r..cam ne ha

Shukri Mohd Ali said...

pasti ada cahaya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...