Sunday, June 21, 2009

Candat da'second

JALAN CERITA

Petang khamis aritue, aku, dino, apiz dan rizal pegi lagi mencandat sotong. Ni adalah kali kedua aku pergi mencandat. Pasal aritue pegi dapat sekor je. And total lebih kurang 10 ekor je dapat. Jadi kitorang x puas hati.

Kali nie dino jadi 'mastermind' dia yang deal ngan Pak Noor. Pak Noor yang carikan bot. Kawan Pak Nor punye. Dengan bayaran RM 200 untuk satu bot yang muat 7 orang.

Pukul 4.30 petang kitorang gerak gi Seberang Takir tempat yang di janjikan untuk naik bot. Semua pakai jeans kecuali rizal. Sebab semua pun ponteng keje. Kuar awal. Hehehhe.....Sorry boss. Patut pkul 7 petang baru time out.

TF 1145....Tue la no bot yang kitorang naik. Perjalanan nak pegi ke tempat mencandat memang mencabar. Nak nak kat depan muka 'breakwater' Seberang Takir, ombak agak tinggi. Dok dalam bot da rasa cam lanun dalam cite 'Pirates of Carrebean' dan. Memang di lambung ombak. Memang feel abes....Lagi best dari merempit. Di tambah pulak dengan angin laut yang menyapa lembut ke badan.

Selepas perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit, kitorang sampai ke lokasi mencandat. Memang da ramai dok mencandat kat sana. Lebih dari 10 buah bot da ada sana. Memang happening.

Dalam jam 7 malam, kitorang beralih ke arah barat dari sarang. Tempat yang menjadi lokasi kami mencandat. Perjuangan pun bermula.

Dok dalam 15minit. Dino bawa naik sekor. Panjang dalam 20cm. Lepas dok aku naik pulak sekor pendek sikit dari dino. Dok tak lama Pak Nor dan juruagan bawa naik sekorang sorang. Juruagan punye dekat seinci. Cam tue la. Dok gilir2 naik sotong. Memang best. Sotong semua besar-besar.

Yang paling best bila nak angkat sotong tu ada pulak sotong lain dok follow. Memang geram beb. Tercabar. Rasa nak je buang candat cepat dan bawa naik lagi.

Dari atas bot boleh nampak sotong dok main kat bawah cahaya lampu. Memang syok tambah ngan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.

Yang paling hampeh, rizal dapat sekor terus tido. Mabuk laut.

Paling sempoi bila tengok ikan lumba-lumba bermain kat laut. Buat pertama kali aku tengok ikan lumba secara 'live'. Biasa dok tengok dalam tv je.

Dalam pukul 5 pagi kitorang gerak balik. Pasal paginya kena kerja. Sampai kat pengkalan dalam pukul 6 pagi.


WATAK UTAMA

Rizal



Apiz


Dino

HASILNYA

4 Pandangan Kekawan:

AuraFIza said...

mencandat sotong kt ne nih?
org pn ade pnglman gak psal candat-mencandat nih ;)

~0~ said...

kat terengganu...
best kan pegi mencandat..

AuraFIza said...

aah..
best sgt..
tu 1st time org g..
smp ade bot karam..
kat blog org ade cite psal tu..

http://aurafiza.blogspot.com/2009/03/st-time.html

wahhh..siap promote sruh baca..
sowi..hehe

~0~ said...

no hal...kawan-kawan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...