Sunday, March 29, 2009

Antara Aku dan Dia

Telah 25 tahun aku menikmati hidup di dunia yang penuh dengan suka dan duka. Aku hanya insan biasa, hanya makhluk Allah swt. Sama seperti kalian semua. Aku tiada istimewanya. Sama sahaja.

Sepanjang hidupku kekadang aku mengeluh dengan kejadian yang menimpa diri ku. Ku merasakan diri ku adalah insan yang malang. Pernah jua aku terasa terlalu kecawa dan merasakan diri ini terlalu tidak berguna dan tidak layak ada di bumi ini. Ku keji diri sendiri. Sedangkan aku adalah manusia yang lengkap anggotanya dan akal yang sihat untuk ku berusaha mencapai cita-cita.

Aku mampu melakukan segalanya. Hanya perlukan usaha, doa dan tawakal. Tetapi aku sentiasa mengeluh mengenangkan nasib diri ini. Sedangkan aku tau Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubah Nya. (Kalo salah harap maaf aku bukan pandai agama. Dan tolong betulkan.)

Bila dikenangkan, aku sebenarnya tergolong dalam orang-orang yang bertuah. Aku sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan bukan hanya mengeluh kerana sedikit ujian yang menimpa untuk meguji keimanan diri ini. Walhal, sebenarnya masih ramai insan diluar sana yang terpaksa menempuhi hidup dengan penuh keperitan dan dugaan. Tapi mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada. Kekadang mereka terpaksa meredah hutan untuk memdapatkan sesuap nasi. Kekadang mereka terpaksa berlapar kerana tiada apa untuk dinikmati. Tapi mereka sentiasa berusaha tiada kenal erti putus asa dan jemu.

Tapi aku.....



Bila di fikirkan balik aku merasakan aku ini tergolong pada insan yang tidak bersyukur pada segala nikmat yang diberikan Allah. Ya Allah ampunilah segala dosa hamba mu yang hina ini.


Saturday, March 28, 2009

Cakap senang buat tengok

Ape ko ingat aku dalam opis keje just untuk menjawab ape yang korang wat tanpa bagitau aku....Menjawab menda yang memeningkan pala aku...Aku tau korang nak cepat. Tapi xkan korang xtau step keje.

Skang bila da buat korang nak suh aku counting dengan consultant plak ek????Pala hotak ko. Mana ada orang counting pakai air liur. Kompeni nak bayar gaji pun susah ko nak suh aku counting. Bukan kata nak hulur seratus dua nak belanja makan pari celup tepung pun aku fikir 500 kali. Ko cakap senang. Suh wat camtu camni.

Hampeh btol.....Bila la aku nak dapat keje lain???Da cukup dengan segala penipuan dunia ini....

Empat Pekara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Thursday, March 26, 2009

Ntah....

Semalam aku tunggu untuk menonton talkshow kegemaran aku, Ally. Aku suke rancangan nie sebab cara dia lain skit dan kena pada masa sekarang. Iaitu membincangkan isu semasa. Dan semalam pun dia bincangkan tajuk yang best iaitu 'Poligami' dan jemputan dia ialah Salleh Yaakob. Sempoi gile...hahahhahahah....(jangan marah ye)

Tapi yang aku bengang sangat tue bila tengah syok dok tengok TV tetiba kuar pengumuman keputusan pemilihan UMNO. Damn....Memang potong. Penting sangat ke sampai terpaksa beri laluan untuk pengumuman tersebut. Kalo tulis ayat kat bawah pun boleh ape. Rakyat Malaysia skang tau membaca. Xbuta huruf pun. Ni nak jugak buat live.

Da la tue bila tengok yang pengumuman yang puteri aku tengok cam 'Akedemi Fantasia' pun ade. Xpun pemilihan ketua rumah sukan peringkat sekolah. Dengan menjerit tahap histeria, menyanyi lagu 'Aspalela la' lagu 'Wonderpet la'...Hampeh....Tepuk tangan tue normal la. Adoi yai...Yang aku bengangnya sebab diorang2 nie rancangan Ally lewat sejam. Siottttttttttt....

Papepun, aku ucapkan tahniah pada yang menang. Moga2 korang akan bawa perubahan pada UMNO. Jadi pemimpin untuk rakyat bukan pemimpin. Kepimpinan melalui teladan. Bukan cakap je. Pasal politik wang, hentikan la yobb....

Harap2 pasni ada la perubahan. Bantuan untuk yang layak akan tiba dulu sebelum rancangan 'Bersamamu'.

Sunday, March 22, 2009

blur

Kepala aku btol2 masuk air ari nie. Sudah hampir seminggu aku pening pasal keje yang xterbuat tapi xde la seperti hari nie. Hari nie kepala aku blur gile. Biol abes. Aku xleh nak fokus pada menda pun sama ada kerja atau pun game. Menda ni xde kaitan pun dengan kekalahan Man Utd dan Chelsea, xde kaitan pun dengan kemenangan Asenal. Kalo nak kata aku 'period' memang x la.

Perlukah aku berpegang pada motto client ku 'Jangan Kerja Rajin'????

Wednesday, March 4, 2009

Janji


Janji 1
Janji nak jumpe pukul 11.30 pagi tapi mesti sampai pukul 12.00 tengah hari. Alasannya jalan jam.

Janji 2

Masa mula2 nak melafazkan perkataan cinta. Tak kira la camne cara penyampaian nya sama ada 'I love U' atau 'Saya cintakan awak' ke. Dan kemudian mesti di susuli janji2 manis cam 'Awak la satu-satunya dalam hati saya'. Btol ke???

Bila melintas awek lagi cun dari awek sendiri mesti terdetik di hati 'Kan best kalo aku dapat awek tue'. Mana janji manis tadi???? hahahhahahaha..

Janji 3
Wakil rakyat selalu berjanji setiap kali nak pilihanraya. Quote yang biasa kita dengar ialah 'Kalo saya menang saya akan bla...bla...bla....'

Tapi bila menang batang hidung pun xnampak.

Janji 4
Masa interview selalu akan cakap 'Kalau saya dapat kerja ni saya akan kerja dengan penuh komitmen'. Tapi bila da dapat kerja suka tangguh kerja, pecah amanah, mencuri dan lain2.

Duit kompeni masuk dalam poket sendiri. Harta kompeni bawa balik umah untuk pakai kat umah. Xke bagus namanya camtu???

Petikan syair arab (petikan dari La-Tahzan)
Berilah perhatian kepada dunia
kamu akan mendapat balasannya
tetapi ketahuilah, dunia itu akan lenyap


Sebagai manusia kita memang sering terlupa atau lalai. Tetapi itu bukan lah alasan. Sebolehnya tepatilah janji yang di lafazkan. Berpeganglah pada janji.

Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji



Monday, March 2, 2009

Buli ke????

Kecoh kat Serawak ada kes buli pelajar sekolah. Pelajar yang dok asrama. Bangangkan. Kalo buli pun xyah la sampai nak rekod dan sebar kat orang. Ape ke bangang??? Menda camtu nak bangga ke??? Ke sebab pelajar sekarang terlalu maju, moden..........Kalo tengok skang budak kecik da pakai handphone siap ada 3G lagi bleh tatap lubang hidung walaupun jauh, kalkulator pun da leh pkai kalkulator saintifik dulu kalkulator biasa je ada darab, bahagi, tambah dan tolak je. Nak lebih lagi kena la belek buku sifir.

Dulu aku pun dok asrama jugak dan selalu jugak gaduh tapi kitarang dulu xpanggil buli panggil bergaduh je. Dan xde la rakam. Pasal masa kitorang ada Nokia 3210 je tue pun orang kaya je mampu pakai. Biasanya masa tue kalo yang mampu hanphone Ericson yang gedabak kalo baling kat anjing pun mampus dan hanphone Sagem yang bentuk comel ala2 buah mangga akan menjadi pilihan hati sebab murah skit. Tapi ape barang pakai handphone aku pakai public phone je (sebab xmampu nak beli handphone). Public phone yang aku slalu pakai besh tau masuk seposen je leh gayut sampai pitam, siap seposen kuar balik plak tue. Besh kan???

Masa belajar dulu ada jugak la yang main belasah membelasah nie. Tapi yang paling teruk adalah belasah sorang member yang curi duit yuran SPM member aku. Ni kes teruk sebab 12 member aku kena buang sekolah atau tukar sekolah. Sabar je la. Sebab bapak mamat yang kena belasah tue anak orang berpengaruh dan yang kena buang tue cuma anak orang kampung.

Tapi kitorang ada prinsip bila membelasah orang. Belasah je takat mau jangan belasah muka. Sebab bila belasah muka takut cikgu detect bila muka da lebam. hehehhehe......

Tapi bila dikenangkan balik alangkah indahnya masa sekolah. Nak je aku ulang zaman yang indah itu. Belajar makan tido je. Xyah stress pasal nak tipu client......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...