Bagi aku penampilan penting bagi setiap orang. Lelaki pun sama je. Penampilan kena jaga biar kemas dan sedap mata memandang. Sebab dari penampilan orang akan buat penilaian kasar tentang diri kita. Contohnya, bila pergi temuduga. Kalau lah pakai baju t-shirt round neck, jeans ketat dan kasut sneaker untuk temuduga sebagai eksekutif jualan. Memang susah untuk majikan itu ambil kita berkerja. Tapi kalau kita berpakaian kemas seperti berkemaja lengan panjang, seluar slack, kasut serta dengan neck tie. Kemungkinan diterima adalah lebih tinggi.
Penampilan lelaki bagi aku adalah simple. Pertama sekali bagi aku adalah rambut. Rambut biarlah kemas. Rambut pendek pun kalau tidak di sikat akan nampak selekeh juga. Kalau berambut panjang pulak biarlah sentiasa di ikat kemas. Minyak rambut jangan di lupa. Biar rambut sentiasa kemas dan berkilat. Tidak lupa syampu rambut selalu bagi memastikan rambut kekal sihat dan tiada kelumumur.
Kedua, adalah misai dan janggut. Ramai lelaki suka simpan misai dan janggut. Ya, simpan misai dan janggut nampakkan lelaki itu lebih matang dan macho. Sebab ramai perempuan sukakan lelaki bermisai. Tapi biarlah misai itu di urus dengan kemas. Di jaga rapi. Kalau tak mahu jaga, usah di simpan misai dan janggut. Baik potong je. Lagi kemas dan menawan.
Ketiga, muka yang menarik dan berseri. Cuci lah muka selalu agar kulit muka kita adalah lebih berseri. Paling malas pun sekali sehari jadi lah. Janji cuci jangan tak cuci.
Keempat, dan yang paling penting bagi aku ialah bau badan. Elakkan bau badan. Bau badan boleh menyebabkan orang lain kurang selesa dengan kita. Gunakan deodorant. Penggunaan deodorant membuatkan aku lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Nak lagi konfiden sembur la sedikit perfume.
Jadikan
Project Alpha Season 2 is presented by




.jpg)
