Sunday, June 21, 2009

Candat da'second

JALAN CERITA

Petang khamis aritue, aku, dino, apiz dan rizal pegi lagi mencandat sotong. Ni adalah kali kedua aku pergi mencandat. Pasal aritue pegi dapat sekor je. And total lebih kurang 10 ekor je dapat. Jadi kitorang x puas hati.

Kali nie dino jadi 'mastermind' dia yang deal ngan Pak Noor. Pak Noor yang carikan bot. Kawan Pak Nor punye. Dengan bayaran RM 200 untuk satu bot yang muat 7 orang.

Pukul 4.30 petang kitorang gerak gi Seberang Takir tempat yang di janjikan untuk naik bot. Semua pakai jeans kecuali rizal. Sebab semua pun ponteng keje. Kuar awal. Hehehhe.....Sorry boss. Patut pkul 7 petang baru time out.

TF 1145....Tue la no bot yang kitorang naik. Perjalanan nak pegi ke tempat mencandat memang mencabar. Nak nak kat depan muka 'breakwater' Seberang Takir, ombak agak tinggi. Dok dalam bot da rasa cam lanun dalam cite 'Pirates of Carrebean' dan. Memang di lambung ombak. Memang feel abes....Lagi best dari merempit. Di tambah pulak dengan angin laut yang menyapa lembut ke badan.

Selepas perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit, kitorang sampai ke lokasi mencandat. Memang da ramai dok mencandat kat sana. Lebih dari 10 buah bot da ada sana. Memang happening.

Dalam jam 7 malam, kitorang beralih ke arah barat dari sarang. Tempat yang menjadi lokasi kami mencandat. Perjuangan pun bermula.

Dok dalam 15minit. Dino bawa naik sekor. Panjang dalam 20cm. Lepas dok aku naik pulak sekor pendek sikit dari dino. Dok tak lama Pak Nor dan juruagan bawa naik sekorang sorang. Juruagan punye dekat seinci. Cam tue la. Dok gilir2 naik sotong. Memang best. Sotong semua besar-besar.

Yang paling best bila nak angkat sotong tu ada pulak sotong lain dok follow. Memang geram beb. Tercabar. Rasa nak je buang candat cepat dan bawa naik lagi.

Dari atas bot boleh nampak sotong dok main kat bawah cahaya lampu. Memang syok tambah ngan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.

Yang paling hampeh, rizal dapat sekor terus tido. Mabuk laut.

Paling sempoi bila tengok ikan lumba-lumba bermain kat laut. Buat pertama kali aku tengok ikan lumba secara 'live'. Biasa dok tengok dalam tv je.

Dalam pukul 5 pagi kitorang gerak balik. Pasal paginya kena kerja. Sampai kat pengkalan dalam pukul 6 pagi.


WATAK UTAMA

Rizal



Apiz


Dino

HASILNYA

Tuesday, June 16, 2009

Jalan Mana??



Kiri, Kanan atau terus
Jalanan yang penuh berliku
Ku toleh ke kiri samar
Ku toleh ke kanan samar
Ku tenung di hadapan juga samar

Manakah haluan harus ku pilih
Semuanya samar, Semuanya kabur
Andai ku terus ke hadapan
Masih adakah cahaya menanti ku?
Atau cahaya itu menanti aku di kiri atau kanan?
Tahukah kamu, bantulah aku
Aku sememangnya buntu
Haluan mana mesti ku pilih

Tuhanku bantulah hamba mu ini
Agar pilihan ku buat adalah
Pilihan tepat dan terbaik
Kekawan doakan aku
Doakan kejayaan aku dan kamu
Semoga kita berjaya
Di dunia yang fana
Dan di akhirat yang nyata

Saturday, June 13, 2009

Penutup


Bulan ni adalah bulan terakhir aku bekerja untuk IKSB di Kuala Terengganu. Aku ingin me'resign'kan diri. Fuhhhhhhh......Aku pun xtau sampai bila aku akan terus mengembara mencari pekerjaan ini.

Terima Kasih pada kekawan kat IKSB. Memang banyak pengalaman aku bersama korang semua. Teramat indah sekali. Aku berharap persahabatan ini akan kekal selamanya. Bersahabat sampai mati. Aku doa kan korang akan berjaya dan terus berjaya

Kepada PM, RE, bos-bos lain serta kekawan yang banyak memberi aku tunjuk ajar dalam aku melakukan kerja sepanjang aku kerja di sini. Thanks a lots.

Aku berharap pengembaraan aku akan menjadi lebih indah dan bermakna. Aku sentiasa berdoa semoga setiap pilihan yang aku buat adalah yang terbaik.

Thursday, June 11, 2009

Belasah

Dikau datang disaat aku hilang arah
Tercari-cari erti kehidupan
Di dunia yang penuh ranjau berliku
Kesesatan dihadapan setia menanti ku

Aku telah alpha
Terlalai dalam kesesatan dan kemegahan dunia
Bagiku dunia segala-galanya
Sehinggakan aku terlupa kehidupan abadi di sana

Kedatangan mu bersama sinar cahaya bahgia
Membimbingku ke jalan yang lurus
Manarikku keluar dari kesesatan

Ternyata pintu taubat sentiasa terbuka
Menanti bersama kebahgiaan hakiki
Hanya aku tidak tahu membezakan
Antara kaca atau permata

Monday, June 8, 2009

Chandat sotong

26 May 2009, aritue kompeni aku ade wat chandat sotong bersama JKR. Berikut antara gambar-gambarnya.

Bot yang digunakan untuk mencandat.

Suasana ketika menchandat...Dari kiri aku, dino, pie dan PM.


PM aku dan sotong.

Sotong dan aku.

Berjaya jugak aku dapat sekor walaupun pertama kali pergi menchandat. Itu pun setelah 3 jam menchandat. Korang pun boleh bayangkan la betapa hampehnya. Inilah akibat salah timing. Hahahahha...

Walaupun sotong yang aku dapat adalah yang paling kecil antara 10 ekor yang dapat ditangkap. Memang memenatkan tapi menyeronokkan walaupun xdapat banyak.

p/s: Kalo mabuk laut jangan pergi.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan mizan Runtuh

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. - Utusan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...