Lois Gibson adalah pemegang Guinesse Book Of Record apabila berjaya membantu pihak polis menyelesaikan lebih kurang 1,000 kes jenayah sepanjang 30 tahun beliau berkhidmat dengan hasil dari lukisan beliau. Jom tengok lukisan beliau.
Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Friday, July 27, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Thursday, May 24, 2012
Perempuan Kalau Marah Apa Pun Akan Buat
Orang perempuan kalau marah apa pun sanggup buat. Kalau sebelum ni kita dengar kes bini potong anu laki dia.
Kes yang ni pun best juga. Si laki kantoi dengan bini yang di menipu. Tengok apa dia buat. Dia bagi free semua barang laki dia dengan sebuah SUV yang dipancitkan tayar dan spray CHEAT. hahahahhahaah
Pesanan penaja dari HEYKAWAN.COM : Jangan takut bini tapi sayangilah bini (bini-bini sekiranya lebih dari satu) seadanya. Hargai orang yang tersayang. Sekian.
Thursday, May 3, 2012
Kawan : Kena Ikut Level ke????
Kalau dalam opis goverment, level A (41 dan ke atas) hanya boleh berkawan dengan level A je. Pergi makan minum ke apa dengan level A je. Kalau level A pergi minum atau makan dengan level bawah akan dipandang lain macam.
Begitu juga dalam opis swasta, kalau level pengurusan leh lepak ngan level pengurusan je. Tak boleh bergaul dengan level bawahan. Kat tempat korang ada tak?? (Tak semua)
Inilah situasi yang banyak terjadi. Di opis aku sekarang pun wujud situasi begini. Wujud berpuak-puak. Cam kaum nomad pun ada. Memang buat aku tak selesa.
Itu bagi situasi kerja.
Untuk berkawan pula bagi aku. Siapa pun kita boleh berkawan. Janji kita selasa. Tiada masalah. Walaupun kau seorang arkitek, walaupun kau cleaner, walaupun kau pomen, walaupun kau mat despatch, itu tidak pernah menimbulkan masalah. Kau selesa dengan aku, aku selasa dengan kau. Jadi kita kawan.
Aku berkawan bukan pilih bulu.
Kawan bukan untuk kepentingan. Kawan bukan hanya ada hal atau kesusahan baru nak contact. Bukan macam tu. Kawan adalah kawan untuk susah senang. Bukan nak kawan time senang je.
Kawan biar untuk selamanya. Kawan sampai akhir nyawa.
Heykawan : Korang semua adalah kawan aku selamanya.
Monday, April 9, 2012
aku dan salesman
Aku bukan anti-salesman, pasal aku pernah kerja salesman.
Ni cerita jadi dua minggu lepas. Aku dok melepak kat luar rumah sambil bermain-main dengan BamBam (Haiqal, anakku).
Dalam dok melayan dan mendukung BamBam datang la sorang mamat yang bergaya, siap ngan neck tie lagi. (Walaupun pada masa tu adalah panas......Normal bagi sorang salesman). Aku nampak tag Unifi, kompom 150% salesman Unifi. (takkan student Unifi plak kan....Studeng Uniten ada la...)
Mamat : Assalamualaikum....
(Dia bagi salam...Juruh budak ni...Boleh wat menantu..)
Aku : Walaikumusalam.
Mamat : Abang ada pakai internet kat umah tak?? Streamyx ke, unifi ke, broadband ke?? Kami tengah buat pemeriksaan sekarang ni.
(Pemeriksaan ke berniaga.....hurm...dah mula ayat salesman tu)
Aku : Tak de.
Mamat : Abang ada komputer atau laptop tak??
Aku : Ade. (semua orang pun kebanyakan ada la skang...Ye x??)
Mamat : hah..... elok benar lah tu. Sekarang ni kami Unifi tengah buat promosi. Kami buat pemasangan percuma. Abang tak perlu bayar RM1k untuk yuran pemasangan. Semua adalah percuma. Abang boleh isi borang sekarang.
Aku : Tak nak. Tak berminat.
Dalam hati aku......Adik usah lah dok tipu abang adik, yang bayar RM1000 tu bukan adik dan bukan kompeni adik pun. Tu semua memang offer dari TM. Dan lagi satu memang la Yuran Pemasangan dah cover, Tapi sape plak nak tolong cover yuran BULANAN.....Adik ke???
heykawan ; Aku tak leh jadi salesman. Aku tak berapa reti menipu sangat. Pada sesiapa yang pernah beli mesin jahit dari aku pada tahun 2001 dulu. Aku ucapkan terima kasih dan maaf......Cari makan bang...
Thursday, April 5, 2012
Jangan Di Tanam Di Hati
Aku ingatkan lama lega beban di kepala. Belum pun abes rasa bebanan yang lama bebanan yang baru pula menjelma. Tapi harap ia tidak seteruk yang lama. Sampai aku tak cukup rehat.
Program yang dulu banyak impak kepada pejabat aku. Yang paling nampak adalah impak negatif.
Di pejabat aku mula menampakkan puak-puak. Perselisihan faham antara individu dan penyokong mereka yang mengampu mula menampakkan kesan yang lagi ketara. Dua-dua puak aku masuk dan aku dengar. Dua-dua ada meluahkan kepada aku. Tak kurang yang takut bercerita kerana takut aku menyampaikan.
Aku tidak PRO memana puak. Aku di tengah saja. Aku tidak suka untuk melagakan orang apatah lagi menjadi punca pergaduhan. (Kalau nak gaduh ngan aku, aku on je. Tapi aku bukan BATU API)
Aku ada nasihatkan mereka. Aku katakan kalau semua aku nak masuk dihati, dah lama aku jadi musuh korang semua. Dan korang semua aku belasah je. Tapi aku anggapkan apa yang terjadi cam HANTU RAYA. Bukan selalu aku akan nampak, hanya sesekali saja, tu pun dalam masa yang sekejap. Jadi xperlulah aku nak berkenalan dengan Hantu Raya. Cukup saja dengan aku tau.
Masuk telinga kiri kuar telinga kanan atau sebaliknya. Tak perlu nak ambil port dan tanam dalam hati jadi dendam dan amarah. Kerana dendam dan amarah itu hanya akan merosakan diri kita sendiri.
Aku bukan pandai dan bukan mahu tunjuk pandai aku hanya mahu hidup aman bersama keluarga aku.
Tuesday, March 20, 2012
Kita Amat Bertuah
Industri Rokok Bidi dan Tenaga Buruh Kekanak. Itulah isu yang dikupas dalam salah satu segmen dalam Buletin Utama semalam. Hal ini terjadi di India, dimana dek kerana kesempitan hidup kekanak digunakan sebgai tenaga Buruh dalam Industri Penghasilan Rokok Bidi.
Gambar Rokok Bidi . Sumber google.com
Rokok Bidi ni kalau korang biasa pekerja dengan Bangla, India, Nepal atau Pakistan, korang pasti pernah tengok rokok ni. Diorang memang suka hisap rokok bidi ni dan harganya juga lebih murah dari harga rokok yang berada di pasaran.
Isu Tenaga Buruh Kekanak ini telah lama aku dengar terutama di negara yang bergolak atau miskin seperti India. Bukan saja dalam Industri Rokok Bidi malah yang aku dengar dalam Industri Pembinaan pun ada menggunakan tenaga buruh Kekanak. Yang mana upahnya adalah lebih murah.
Bayangkan kalau di Malaysia biasanya dalam usia kekanak yang berusia 13-15 tahun di negara kita sedang enak bermain dengan kekawan, pergi ke sekolah. Malah ada yang lebih mewah dengan handphone touch screen nya dan PSP sorang sebijik tidak dikira lagi dengan Walkman, MP3 atau MP4 lagi. Leh katakan mewah dengan gadget terkini. Dan hanya tahu bermain saja.
Tapi diluar sana ada kekanak yang seusia mereka sudah mula berkerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Bekerja 8 jam sehari dan 7 hari seminggu. Yang mana mereka terpaksa mengabaikan keindahan zaman kekanak mereka. Melupakan untuk belajar dan juga bermain dengan rakan-rakan. Mencari sesuap nasi untuk makan seisi keluarga.
Kalau dilihat di negara bergolak lain seperti negara Afrika, ada remaja berusia 13-15 tahun sudah mula memegang AK-47. Sedangkan kekanak di negara kita sedang enak hanyut dalam dunia imiginasi mereka. Enak dan nyenyak tidur berpelukan bantal yang empuk sedangkan mereka di luar sana tidur berpelukan AK-47.
Bukan nak dikatakan di Malaysia bila di tengok ramai yang berumur 18 tahun baru mula nak mencari kerja. Mula nak melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Malah ada juga yang berumur 20-an masih tidak mahu mencari kerja. Sedangkan di luar sana ramai orang luar yang sedang mengintai peluang perkerjaan di Malaysia.
Aku pernah tanya pada Bangla, India dan Indon, "kenapa mereka cari kerja di Malaysia??" Jawapan mudah saja "Gaji di sini lebih lumayan dan juga aman." Tiada pergolakan seperti di negara mereka.
Sesungguhnya betapa bertuah nya kita lahir di Malaysia. Sebuah negara yang aman. Bersatulah kita untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi hari ini untuk generasi yang akan datang.
Thursday, March 1, 2012
Berdakwah Biar Kena Caranya
Ni kejadian yang berlaku di ofis aku. Timbalan Pengarah (TP) aku adalah orang baru, baru masuk opis ni kira-kira 6 bulan. Banyak yang di tegur nya, itu ini yang tidak kena. Tapi yang terbaru aku dengar memang buat aku rasa terkilan sedikit.
Tengah-tengah semua orang dok buat kerja, tetiba TP aku lalu di kawasan workstation staff. Lalu berhenti dekat sorang staff perempuan ini.
"Ni kenapa tidak bertudung ini?? Orang lain semua bertudung"
TP aku sound terus kat staff tu. Staff tu hanya terdiam dan tunduk. Suara TP aku tu seluruh floor boleh dengar.
Niat TP aku tu memang lah bagus ingin berdakwah kot. Tapi bagi aku caranya salah. Kalau betul nak berdakwah gunakan metodologi yang sesuai. Jangan main sound je sampai mengaibkan orang lain.
Memang dalam ofis aku leh katakan dia sorang je tidak bertudung. Dari aku masuk kerja sampai sekarang memang dia je yang tidak bertudung. Tapi kat tempat lain (bahagian lain) ada juga yang tidak bertudung.
Aku bukan pandai sangat pun hal agama tapi cara TP aku tegur aku tidak berkenan. Kenapa tidak di panggil dan tegur one-to-one, tidaklah aib sangat. Ataupun semasa perhimpunan adakan ceramah pendek yang menyentuh soal aurat (bukan soal tudung tapi aurat). Aku rasa cara itu lebih berhemah...
Aku bukan nak tegur sesiapa. Aku pun banyak silap dan lemahnya. Aku hanya hamba. Apa yang aku tulis di atas ini hanya pandangan peribadi.
Tengah-tengah semua orang dok buat kerja, tetiba TP aku lalu di kawasan workstation staff. Lalu berhenti dekat sorang staff perempuan ini.
"Ni kenapa tidak bertudung ini?? Orang lain semua bertudung"
TP aku sound terus kat staff tu. Staff tu hanya terdiam dan tunduk. Suara TP aku tu seluruh floor boleh dengar.
Niat TP aku tu memang lah bagus ingin berdakwah kot. Tapi bagi aku caranya salah. Kalau betul nak berdakwah gunakan metodologi yang sesuai. Jangan main sound je sampai mengaibkan orang lain.
Memang dalam ofis aku leh katakan dia sorang je tidak bertudung. Dari aku masuk kerja sampai sekarang memang dia je yang tidak bertudung. Tapi kat tempat lain (bahagian lain) ada juga yang tidak bertudung.
Aku bukan pandai sangat pun hal agama tapi cara TP aku tegur aku tidak berkenan. Kenapa tidak di panggil dan tegur one-to-one, tidaklah aib sangat. Ataupun semasa perhimpunan adakan ceramah pendek yang menyentuh soal aurat (bukan soal tudung tapi aurat). Aku rasa cara itu lebih berhemah...
Aku bukan nak tegur sesiapa. Aku pun banyak silap dan lemahnya. Aku hanya hamba. Apa yang aku tulis di atas ini hanya pandangan peribadi.
Dan bila sebut pasal tudung ni........Bila ditengok sekarang dah bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran ni. Pilih saja mana yang mahu. Memacam boleh pilih. Aku pun x reti sangat nama tudung ni yang aku tahu tudung bawal dan tudung turkey pasal penah tolong ma aku berniaga dulu.
Masyarakat sekarang ada yang bertudung kerana tutup aurat tapi ada juga yang bertudung kerana fesyen. Perubahan yang positif adalah suatu yang baik dan kalau boleh biarlah ikhlas dari hati nurani. Bukan kerana paksaan atau ikutan semata-mata.
Jadilah diri sendiri usah cuba jadi orang lain.
Tuesday, February 28, 2012
Mak Saya Tak Marah Pun.....
"Mak Ayah saya tak marah pun. Apa pulak abang nak sibuk"
Itulah alasan yang di beri sorang budak perempuan yang aku kira umur nya bawah 12 tahun. Walaupun umur belum lagi capai 12 tahun tapi menjawap cukup petah cam dah umur 21 tahun. Bila ditanya pada kekawan aku, dia kata itulah budak zaman sekarang.
Sebenarnya budak ni aku tegur pasal bawak moto ke hulu ke hilir bonceng kawan pula. Kaki bila naik moto tak cecah tanah pun. Tapi dia punya bawa moto kemain lagi aku kira ada dalam 80km/h dalam kawasan taman. Langgar bumper kemain lagi melayang lagi cam stuntman lagaknya.
Memang betul apa yang budak tu cakap Mak Ayah dia tak kisah. Aku pun tak kisah pun sebenarnya tapi bila dah bawah moto melulu je hampir nak melanggar orang lain terpaksa lah aku kisah. Pasal nyawa bukan leh wat main bukan leh diganti.
Walaupun mungkin mak ayah dia kaya setakat moto harga RM 5ribu - 7ribu tu boleh je beli cash on the dot. Tapi harga nyawa tiada galang gantinya. Pikirkan lah wahai mak bapak, jangan dok bagi sangat anak bergaya ngan moto sakang. Pastu merempit bagai pro dalam taman perumahan.
Kalau budak tu accident siapa susah?? Korang jugak yang mak bapak yang susah. Lagi susah kalau melibatkan harta dan orang lain.
Mungkin sesetengah orang terlebih mampu dengan membenarkan anak mereka yang bawah umur dan tiada lesen memandu, memandu kereta atau menunggang moto mereka. Itu memang hak mereka. Tapi ingat hanya harta itu hak mereka. Jalan raya dan lebuh raya adalah hak bersama semua orang bukan hak dia sorang. Jadi hormati hak orang lain sama.
Pikir-pikirkan. Sekian.
Wednesday, January 25, 2012
Aku Nak Isteri Yang Baik Saja
Semua orang laki nak Isteri yang baik. Sepanjang aku berkawan ngan ramai lelaki xkira di alam maya ataupun nyata semua mahukan Isteri yang baik saja. Tak kita selembut mana ataupun sekeras ataupun sesasa manapun lelaki tersebut pastinya mereka mahukan Isteri yang baik. Tanyalah seorang CEO, manager, buruh kasar, tukang kebun, gengster,
samseng, penyangak, mat rempit dan lain-lain semunya mahukan Isteri yang
baik.
Aku selalu berhujah dengan kekawan perihal seorang Isteri Impian. Ye lah, semua orang pastinya ada Impian dan pastinya ada Isteri Impian. (Alhamdulillah, Aku juga sudah memiliki Isteri Impian aku dan diceriakan lagi dengan Permata Hati, Afif Haiqal).
Antara dialog biasa kau dan kawan.
Aku : Kalau kau kahwin isteri macamana kau nak?
Kawan Aku : Aku nak Isteri yang baik dan cantik. Dan pandai amik hati orang tua aku. Yang penting mesti DARA.
Aku : Dara? Mesti kena Dara ke?
Kawan Aku : Mesti lah Dara. Aku baru kahwin kali pertama mesti nak ANAK DARA. Aku xnak yang dah 'Ditepuk Tupai'. Lagipun, Laki yang baik pasangannya perempuan yang baik. Ye x?
Bagi aku pula. Aku tidak bersetuju dengan pendapat kawan aku. (Setiap orang ada pendapat mereka sendiri, kan??) Memang benar, Laki yang Baik Pasangannya Perempuan yang Baik. Tapi makna perkataan baik itu terlalu abstrak untuk dihuraikan. Aku pun tak tahu nak huraikan perkataan BAIK itu. Mungkin kena tanya pada para Ustaz.
Bagi aku lelaki yang mengukur sangat status dara ini perlu lebih celik walhal selaput dara. Selaput yang nipis (pernah terbaca dikatakan senipis kulit bawang.) yang mudah terkoyak bukan sahaja melalui hubungan seks tetapi ada juga punca-punca lain seperti bersukan dan gaya hidup (ada lagi faktor lain tapi terlupa). Jadi bagi aku jangan terlalu menghukum.
Pernah aku dengan beberapa kes berlakunya penceraian dek kerana Isu Dara ini. Hal ini aku dengar dari kekawan dan keluarga bukan aku baca dimana-mana ruangan akhbar ataupun majalah Mastika (aku xpernah beli majalah ni).
Kes dimana perkahwinan atas dasar cinta dan suka sama suka, selepas malam pertama mereka bersama (melakukan hubuungan kelamin), sang suami mempersoalkan Status Dara isterinya. Ini kerana tiadanya darah atau pecah selaput dara pada malam tersebut. Sang Suami terus menghukum menuduh Isterinya sudah Ditebuk Tupai. Belum sempat Sang Isteri menjelaskan, dek kerana amarah dan kononnya untuk menjaga maruah sang suami terus melafazkan Talak. Sang Isteri hanya mampu berendam air mata. Walhal Sang Suami tahu yang Isterinya adalah bekas seorang atlet.
Sesetengah orang telalu mengharapkan kesempurnaan. Kekadang hanya mengharapkan yang sempurna saja walhal diri kita sendiri tidak sempurna. Dan sememangnya tidak Sempurna sebab kita hanya Hamba Allah swt. Yang Sempurna itu hanya Allah swt.
Bagi aku pasangan yang baik adalah pasangan yang menerima pasangannya seadanya. Kerana kita hidup suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah indahnya hidup berpasangan apabila saling menyempurnakan.
Heykawan : Aku pun bukanlah seorang lelaki yang baik tapi berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Wednesday, November 23, 2011
Anak luar nikah : Bersama kita hindari
Terjebak pengaruh video, web lucah...
Itu adalah tajuk berita harian 17 Nov 2011. Antara petikan dari artikel tersebut adalah sepeti berikut:
KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).
152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf. Bukankah ini suatu angka yang membimbangkan?? Apakah yang patut kita lakukan??
Dalam untuk mengurangkan angka ini semua kena mainkan peranan dari individu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin. Setiap anggota masyarakat perlu peka dengan permasalahan ini. Bukan hanya menunding jari pada orang lain sahaja.
Keperibadian diri seseorang bermula dari rumah. Suasana dalam rumah memainkan peranan penting. Ibu bapa sebagai ketua rumah haruslah mewujudkan suatu suasana indah di rumah iaitu 'RUMAH KU SYURGA KU'. Jangan jadikan rumah sebagai neraka dunia.
Sebaiknya wujudkan suasana harmoni. Berikan perhatian yang adil bagi setiap ahli keluarga. Buangkan sikap pilih bulu. Komunikasi berkesan harus di tekankan. Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak berkawan, kemana mereka pergi dan apakah masalah anak??
Jadikan anak sebagai teman atau kawan. Jangan gunakan kaedah pemerintah. Kalau kita berkawan dengan anak kita pastinya anak-anak tidak takut untuk berkongsi segala masalah mereka. Kerana mereka rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi dengan kita. Seperti mana yang kita tahu, pengaruh utama remaja/kekanak adalah rakan sebaya.
Jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bau harum akan melekat pada kita. Dan begitu juga jika kita berkawan dengan pembuat arang, pasti ada kotoran yang akan melekat pada kita.
Dan janganlah kita terlalu kejam pada anak sendiri sehingga mereka takutkan kita. Pernah aku dengar cerita dari kawan dimana ada ibu bapa memarahi anaknya kerana anaknya mendapat 95% dalam satu mata pelajaran. Sedangkan yang lain semua 100%.
Masyarakat sekeliling juga perlu mainkan peranan, sikap suka jaga tepi kain orang perlu di buang. Tapi sikap menegakkan kebenaran perlu diterapkan. Sikap suka jaga tepi kain orang yang aku maksudkan di sini adalah sikap masyarakat yang suka mengumpat dan mengata bila seseorang melakukan kesilapan. Bahasa mudah nya perasaan hasad dengki dalam masyarakat perlu di buangkan.
Menegakkan kebenaran yang dimaksudkan adalah menegur anak-anak jiran setempat yang melakukan hal yang tak patut mereka lakukan. Contohnya, menegur pasangan yang berduaan dalam gelap.
Bukan apa yang aku lihat, ada masyarakat hari ini melihat saja masyarakat melakukan kesalahan dan hal itu dijadikan bahan umpatan. Bila di tanya kenapa tidak tegur, ini jawapan nya ' Bukan anak aku. Lantaklah.'
Dan bila ada yang mengadungkan anak luar nikah, mereka juga lah yang sibuk menjaja cerita. Mengumpat sana sini. Menghentam habis-habisan.
Ada jugak ibu bapa yang pantang anak mereka ditegur. Pantang di ajar. Kalau jenis camni, kita tegur juga. Kalau mereka tidak ingin berubah terpulanglah pada mereka.
Hentikanlah sikap ini, kerana setiap orang melakukan kesilapan. Yang pentin kita hidup dalam masyarakat perlu lah saling hormat-menghormati dan perihatin antara satu sama lain.
Tapi apa yang penting dalam menangani masalah anak luar nikah ini bagi umat Islam seantero dunia adalah kembali lah kepada ajaran Islam yang sejati. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.Yang salah ditegur, yang benar kita contohi.
Sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)























