Showing posts with label keadaan kita. Show all posts
Showing posts with label keadaan kita. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Kawan : Kena Ikut Level ke????


Kalau dalam opis goverment, level A (41 dan ke atas) hanya boleh berkawan dengan level A je. Pergi makan minum ke apa dengan level A je. Kalau level A pergi minum atau makan dengan level bawah akan dipandang lain macam.
 
Begitu juga dalam opis swasta, kalau level pengurusan leh lepak ngan level pengurusan je. Tak boleh bergaul dengan level bawahan. Kat tempat korang ada tak?? (Tak semua)
 
Inilah situasi yang banyak terjadi. Di opis aku sekarang pun wujud situasi begini. Wujud berpuak-puak. Cam kaum nomad pun ada. Memang buat aku tak selesa.
 
Aku tak paham orang jenis camni. Walhal, kena ingat yang menaikkan kita dan buat kita berjaya dek kerana hasil kerja orang bawahan kita. Bukan usaha kita sorang. Kita kerja adalah berkumpulan. Bukan kerja berseorangan. Jadi kejayaan kita ada kaitan dengan orang bawahan kita.

Itu bagi situasi kerja.

Untuk berkawan pula bagi aku. Siapa pun kita boleh berkawan. Janji kita selasa. Tiada masalah. Walaupun kau seorang arkitek, walaupun kau cleaner, walaupun kau pomen, walaupun kau mat despatch, itu tidak pernah menimbulkan masalah. Kau selesa dengan aku, aku selasa dengan kau. Jadi kita kawan. 

Aku berkawan bukan pilih bulu.

Kawan bukan untuk kepentingan. Kawan bukan hanya ada hal atau kesusahan baru nak contact. Bukan macam tu. Kawan adalah kawan untuk susah senang. Bukan nak kawan time senang je.

Kawan biar untuk selamanya. Kawan sampai akhir nyawa. 






Heykawan : Korang semua adalah kawan aku selamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...