Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Culture Shock

'Culture Shock' atau Kejutan Budaya suatu istilah yang telah lama aku dengar dulu. Sejak aku form 1 tahun 1997, istilah ini kerap bermain di telinga aku. Apa yang takutkan adalah bila peralihan persekitaran dan budaya membuatkan kita terpengaruh dan terjebak kedalam benda yang negatif seperti masalah sosial, dadah, arak dan sebagainya.

Dan aku lihat dalam Blog, Facebook dan Twitter dah banyak menyebut isu ini kebelakangan ini sebabkan dek kerana tersebarnya gambar Nur Amalina di internet. Dan yang aku lihat banyak yang tempelak beliau, tapi aku disini aku tak nak sentuh kes beliau. Sebab aku tak kenal sangat beliau dan aku tidak berhak menghakimi beliau. 

Kalau boleh hentikan semua ini, cukup menyalahkan orang lain. Cuba kita cari kekhilafan diri kita dan bersama kita perbetulkan diri sendiri. Aku sendiri banyak kurang nya, agama aku masih tunggang langgang, ilmu agama aku masih cetek dan aku juga masih belajar mengenal diri aku. Walaupun aku tidak tahu banyak, apa yang aku tahu aku suka kongsikan di Blog aku ini, agar ilmu aku makin bertambah.

Ramai yang berpesan kepada aku supaya jangan 'Culture Shock' terutama saudara terdekat.Tapi pesanan yang paling utuh adalah dari orang tua aku, iaitu 'Ingat mana asal kamu'. Ya, aku sentiasa ingat asal aku, aku hanya budak kampung dari Kelantan merantau ke ibu kota mencari rezki dan membina diri serta keluarga aku.

Orang tua aku pun takut aku kena culture shock. Tambahan aku lah dalam adik beradik aku je yang belajar jauh skit dari keluarga walaupun tak sampai ke oversea. Aku memang menjauh dari ibu bapa dan keluarga untuk belajar dan bekerja.

Tapi bagi aku culture shock ni kat memana pun boleh kena. Tak kira korang kat bandar ataupun desa. Cuma kat bandar lebih tinggi lagi risiko untuk terpengaruh sebab di bandar semua ada yang baik dan tidak baik. Korang pilih dan tentukan sendiri.

Sebenarnya kes culture shock ni banyak terjadi. Tanpa kita ketahui kemungkinan saudara terdekat kita pun telah terpangaruh benda negatif tapi kita tidak sedar. Sebab ini banyak terjadi. Sesetengah orang tu, di depan kita lain, di belakang kita lain. Sukar untuk kita membaca minda sesorang tapi boleh di analisa melalui gerak geri dan perlakuan sesorang. Tapi lepas analisa jangan terus terkam, siasat dulu.

Isteri aku pun pernah menceritakan kawan belajar dia. Masa mula datang belajar memang bertutup habis dan berbaju kurung. Satu semesta sahaja dah mula bukak tudung dan berpakaian ketat. Dan kemuncak yang jadi, dengar-dengar dah mula terjebak dengan Seks Bebas. Bila nak balik ke kampung dia akan mula berpakaian sopan.Wallahuallam, moga beliau kembali ke pangkal jalan.

Lima cara yang aku gunakan walaupun ke mana aku pergi. (Kalau berguna ambil lah. Kalau tak, tinggalkan saja di sini).
  1. Ingat asal usul kita -
  2. Tujuan asal kita - Tujuan kita berhijrah. Jika kita berhijrah ke tempat baru untuk sambung pelajaran kat universiti ke kolej ke, jadi tetapkan tujuan kita adalah untuk BELAJAR pelajaran yang baik saja. Usahlah nak belajar menda bebukan contoh belajar ke kelab malam ke, belajar isap dadah ke.
  3. Jadi Diri Sendiri - Usah nak jadi orang lain. Kalau engkau adalah Jenab, jadilah Jenab. Usah nak jadi Pamela Anderson.
  4. Teguhkan Iman Di Dada - Walaupun Ilmu keagamaan aku cetek. Tiang agama aku cuba tegakkan, solat lima waktu di jaga (Kekadang ada jugak aku terlalai)
  5. Sibukkan Diri - Jenis aku kalau aku x de kerja sangat pun aku akan sibukkan diri ngan main game atau baca buku. Aku cuba elakkan lepak tak tentu hala.
Apa yang penting adalah diri kita sendiri. Apabila kita tahu bezakan baik dan buruk dan berbekalkan pegangan agama. Insyallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.


Heykawan: Jalan hidup kita tidak pernah kita ketahui apa yang akan berlaku esok. Jadi jangan terlalu menghukum orang lain. Lebih baik kita perbaiki diri kita terlebih dahulu.

Thursday, December 15, 2011

Oh Abang: Awang Hitam


Seingat aku, pada tahun 2001, kes ‘awang hitam’ memang menjadi-jadi masa tu. Masa tu timbul kes sendiket pemalsuan wang yang didalangi oleh ‘awang hitam’ ni. Nama glamour kes tu pada masa tu kes ‘Black Money’.

Operasi besar-besaran oleh PDRM untuk benteras kes ‘Black Money’ ni. Setiap pelosok ada je operasi sana sini. Ada je roadblock sana sini. Bagi menagkap ‘awang hitam’ ni.

Pernah juga satu ketika aku naik bas menuju ke Ampang. Bas aku di tahan polis dalam satu sekatan jalan raya di kawasan Ampang. Polis masuk dalam bas. Dan semua ‘awang hitam’ dalam bas tu di angkut oleh polis. Yang ada IC lepas. Yang mana xde IC sekali lah kena tahan.

Sekarang kes yang di dalangi ‘awang hitam’ telah kembali. Kes-kes seperti dadah, penipuan internet dan juga jual perempuan. Banyak yang terjadi sekarang ini.

Dengan bermodalkan sedikit wang dan ayat manis, mereka menggoda anak gadis kita untuk dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka. Janji pendapat lumayan dicanang bagi mengaburi kegiatan sebenar mereka. Duit juta-juta, sape x mau.

Walaupun banyak pendedehan dibuat di TV, akhbar, majalah dan radio. Masih ramai yang tertipu dan ditipu. Masih ada yang rela mengikut arahan ‘awang hitam’ kerana mahu cepat kaya.  

Walhal bukan kaya yang menanti tapi bala yang menunggu. Silap hari bulan tali gantung menjadi kesudahannya.

Tidak kurang juga ada yang datang ke sini membuat onar. Habis anak gadis dan bini orang di ganggu. Kawasan perumahan jadi kawasan mereka berpesta liar. Tanpa menghiraukan sentiviti masyarakat sekeliling. Langsung tidak menghormati budaya kita. 

Tapi tidak semua yang datang kesini jahat. Ada juga yang datang ingin mencari rezeki dan ilmu di sini. Pernah aku bertanyakan salah seorang jiran aku dulu. Juga sorang ‘awang hitam’. Kenapa datang ke sini.

Jawabnya mudah saja ‘Kehidupan di sini jauh lebih baik dari di sana’. Jadi mereka datang menimba apa yang patut untuk dibawa pulang bagi memajukan tempat mereka. Itu yang baik la.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran. Berfikir lah, buat pertimbangan sebaiknya. Jangan kerna wang ringgit, diri kita tergadai. Pikir-pikirkan lah.

Patutnya kita bersyukur dengan nikmat aman yang kita kecapi sekarang. 

Heykawan: Tiada kejayaan tanpa usaha. Dan tiada kekayaan tanpa kesusahan.

 Brader ni aku suka. Skill dia memang hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...