Showing posts with label heykawan. Show all posts
Showing posts with label heykawan. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Kereta Dua Alam


Kreatif..... Kereta sport ini telah di ubahsuai untuk dijadikan amfibia car. Kereta dua alam.











Adakah ini ciri-ciri kereta masa depan?? Berapalah pula harganya?? Nak beli Toyota Altis pun aku tak mampu, apatah lagi kereta dua alam.

Pasni muungkin diorang akan buat kereta 3 alam pula kot, iaitu darat, air dan terbang. Hehehehe.... Terus semua orang boleh jadi PILOT. 


Tuesday, May 22, 2012

Evolusi



Evolusi dari AlFarabi Band
Layan jap.
Dulu dok dengar versi nasyid skang nasyid rock versi akustik plak.




Setiap umat manusia perlu lakukan evolusi ke atas dirinya. Evolusi kearah yang lebih baik.


Heykawan:  Jom kekawan, kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Thursday, May 17, 2012

Pemilihan Pemain Sukan kementerian pun Ada Politik ke?

Minggu lepas aku hantar la bini aku ke tempat pemilihan untuk pemain badminton bagi mewakilli satu Kuala Lumpur untuk sukan suatu kementerian. Ramai la juga lah yang pergi untuk pemilihan tu. Bini aku salah sorang.

Yang bestnya, pemilihan adalah untuk regu sahaja. Bila ditanya tiada pemilihan yang single ke? Jawapannya mudah saja. Single sudah ada player.

Untuk pemilihan regu pun best juga, regu yang juara akan mewakili Kuala Lumpur. Mungkin diorang ni terllau hebat kot. Pasal setahu aku kalau pemilihan player sepatutnya base kepada kualiti dan skill player tu bukan base pada regu. Regu boleh dibentuk dari dua player yang mantap untuk jadi lebih hebat.

Dah la pemilihan macam tu. Kata pukul 8.00 pagi sharp mula terus. Lambat disqualify. Aku sampai 7.45 pagi. Tengok sorang un tak de lagi. Tepat jam 8.00pagi, urusetia baru kelihatan dua tiga ketul. Player pun tiada lagi. Hampeh..... Dekat pukul 9.00 pagi baru mula game.

Kiraan mata bukan 21mata dan dua set. Tapi kiraan adalah 30mata untuk 1set dan tukar court pada mata ke-15. Pelik tapi benar. Sepatutnya untuk pemilihan untuk tournament sepatutnya ikut la international punye rule. Baru kita boleh lihat kualiti sebenarnya player tu.

Memang menyakitkan hati. Rupanya bila di tenung-tenung, game sudah disusun. Dan yang layak pun adalah regu yang mereka nak. Kalau dah ada regu tak yah la wat pemilihan. Buang masa orang lain je. 

Kalau takat nak formaliti kan saja. Tak payah buat. Buang karan dan masa orang lain je. Bangang.





Please Respect Other, No Matter Who You Are.


Heykawan : Kalau ada kelapangan jemputlah ke daddydee.net

Thursday, April 26, 2012

Duit Pinjaman Aku


Isu ni mungkin dah lama. Dah basi. Aku tak nak kupas pasal cakap-cakap pak menteri dan ahli politik dalam TV3, TV1 atau pun TV Awani pasal PTPTN tapi aku nak cakap pengalaman aku. 
Seingat aku, ada sorang ahli politik bercakap dalam TV3 dua tiga minggu lepas, begini bilangnya "Duit pinjaman yang kita bagi cukup. Memang cukup kalau bijak berlanja. Yuran IPTA baru RM700 - RM 1000. Tempoh belajar satu semesta 3 bulan saja"

Betul Pak, nak bayar yuran memang cukup. Terlebih cukup.

Macam aku pinjaman PTPTN aku dapat satu semesta RM3500. Yuran dalam RM800++ - RM1000, tengok pada jumlah jam kredit pada semesta berkenaan. Jadi bagi lebih kurang la dalam RM2500. OK.

RM2500 ini akan aku gunakan untuk beli buku rujukan. Biasanya buku rujukan harganya RM50 - RM150. Tengok pada subjek. Dan satu subjek tidak semestinya 1 buku rujukan. Betul x?? Katakan lah total satu semesta itu aku beli 10 buah buku dengan harga RM100 untuk sebuah jadi RM 1000 jumlahnya. Baki akan tinggal RM1500.

RM1500 ini aku gunakan pula untuk kos photostat dan printing. Kos photostat dan printing kekadang boleh cecah sampai RM500 satu semesta. Aku kekeadang terpaksa printing dalam saiz A3 dan A1, tengok assignment la. Tengok la cam mana. Kekadang yang banyak adalah untuk print bahan rujukan tambahan biasanya untuk sesuatu assignment. Jadi tinggallah RM1000.

RM1000 ni lah aku akan gunakan untuk perbelanjaan seharian aku untuk semesta berkenaan. Termasuklah kos tranportation, kos sewa penginapan, kos internet, makan minum dan lain-lain. Aku bukan kaki jalan sangat. Nak joli lelebih tak dapat lah. Aku ni bukan jenis yang dapat subsidi PAMA (Pak dan Mak). Semua perbelanjaan aku adalah pinjaman PTPTN. Survivor skit lah.

Kalau orang lain kata masa belajar diorang banyak berjalan naik Genting pegi Langkawi lah. Aku tak de semua tu. Aku travel banyak pun Bangi ke Setapak (umah abang aku) begitu lah sebaliknya. Dan kekadang berjalan juga lah, berjalan balik ke kampung halaman lepas rindu kat Ma Abah. 

Aku lebih banyak berjalan masa kerja.

Tapi aku dulu masa belajar ada strategi. Aku duduk rumah sewa. Yang sewanya RM600 kongsi 10 orang. Sebulan lebih kurang bayar RM100 termasuk api air.

Apa yang aku buat. Aku buat duit tabung. Tabung peribadi dan tabung kongsi. Tabung peribadi ni syiling lah, leh guna time terdesak. Hehehehehe......Buat beli megi bagai. Tabung kongsi ni aku kongsi dengan 3 orang kawan aku. Tabung ni kami pakat beli barang dapur. Beli beras, sarding, teh, gula, garam dan lain-lain. Sesekali beli lah ikan, ayam atau daging bagi sedap mulut. Masak tak yah cerita. Suma pakat tayang skill masak. Masak main belasah je. Janji boleh telan dan kenyang perut. 

Apa yang aku leh cakap kat sini. Duit tu memang lah cukup. Tapi lebih tak de lah. Kurang tu banyak lah. Kekadang bila assignment banyak kena travel dan printing memang sakit skit. Kekadang terpaksa meminjam dengan kekawan. Aku bukan jenis merokok tau. 

Ok chow. Just kongsi pengalaman aku.

Aku orang kampung masuk U. Memang buta tuli je. Ikut je apa orang cakap. Masa sign PTPTN aku tak tahu pun ada servis caj yang sebegitu tinggi. Apa leh buat, dah nasib badan. Tanggung je la.




Heykawan : Sat lagi nak gerak ke Alor Star. Tinggal jap anak bini. Mesti rindu Haiqal dan mama dia pasni. Sayu hati ku.....

Friday, February 24, 2012

Jangan Pentingkan Diri Sangat

CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500


PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500)....
 Sumber Utusan Online. (untuk bacaan lanjut leh rujuk disini)


Kakitangan awam pasti gembira dengan tuntutan CUEPACS ini. Dan aku baca kat FB dah ramai yang update status pasal ni dan mengharap ia menjadi nyata, terutama kakitangan awam.
Memang bagus ada keniakkan gaji. Siapa tak suka kenaikan gaji tak kira sektor awam atau swasta. Tapi kenaikan biarlah releven dan berpadanan dengan prestasi serta juga usaha kakitangan tersebut.
Walaupun aku dalam golongan mereka juga (kakitangan awam tapi kontrak) aku tidak terlalu gembira. Apa yang aku lebih risaukan adalah trend kenaikan harga barangan keperluan yang akan melambung seiring dengan kenaikan gaji sektor awam. 
Apa yang aku risaukan adalah orang lain yang di luar bandar sana. Ramai lagi yang kat sana hanya kerja kais pagi makan pagi. Bagaimanakah nasib mereka nanti? 
Ahli keluarga aku (keluarga aku ramai yang kerja swasta dan kerja sendiri saja) pun akan terima nasib yang sama nanti. Keluarga korang akan rasa tak bahangnya nanti??
Ramai juga generasi baru yang tamat pelajar atau baru nak menempuhi alam pekerjaan yang menghadapi keperitan dalam mencari perkerjaan sekarang. Kata peluang kerja makin banyak tapi kekadang aku tengok ada ke peluang tu??? Ada juga kekawan aku yang dulu bekerja sebagai status kontrak sekarang telah bergelar penganggur. 
Aku harapkan nasib masyarakat luar bandar dan juga generasi akan datang difikir sama dalam keadaan sekarang. Jangan melihat dalam sudut yang sempit, buka kan pandangan pada angle yang lebih luas. Nilai guna hati bukan nafsu semata-mata.
Diharap akan ada pertimbangan yang jelas dan nyata. 

Heykawan : Kalau ada yang terasa dengan entri ini. Aku minta maaf. Ini hanya pandangan peribadi aku.






Wednesday, February 8, 2012

ORANG KAYA : David Choe

Brader ni adalah David Choe. Seorang pelukis grafitti yang peroleh  $200juta hasil dari lukis garafitti. Ni adalah hasil daripada lukisan grafitti beliau kat office pertama Facebook kat  Palo Alto, California.


Untuk detail leh click sini dan sini.




Kat bawah ni antara grafitti beliau.













Heykawan : Rezki ada dimana-mana yang penting usaha.

Tuesday, January 31, 2012

Nilai Sebuah Perkahwinan???

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??

Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar. 
 Gambar hiasan. Sumber google.com


Ada juga pasangan pengantin yang suka pilih nombor cantik contoh 8,888.88 atau 7,878.00 atau 11,111.11 dan lain-lain lagi. Ye la kahwin sekali je seumur hidup jadi mereka pilih lah nombor yang menarik bagi suatu kenangan yang terindah.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran mengikut tinggi nya pelajaran anak-anak mereka. Releven kah?? Sebagai contoh Diploma nilai hantaran 10k, Degree nilai hantaran 15k, Master nilai hantaran 20k dan kalau PHD nilai hantaran 30k. (Ini contoh sahaja.) Sebab ini ada terjadi dan pernah aku dengar, ibubapa letak hantaran yang tinggi sebab tinggi education anak mereka. Kalian pernah dengar??

Namun ada juga aku pernah dengar ibu bapa letakkan 20k sebagai nilai hantaran untuk anaknya yang lepasan SPM sahaja. Dan kerja di shopping complex. Bila ada orang tanya kenapa letak tinggi? Katanya anaknya menjadi rebutan orang ramai kerana cantik. Kalau tak mahu ramai lagi lelaki yang sanggup. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri?? Kalau dah sayang lelaki sanggup buat, sanggup tak korang???


Atau adakah nilai sebuah perkahwinan adalah terletak pada betapa besarnya majlis perkahwinan yang dia adakan. Adakah begitu?? Ada orang sanggup berbelanja tinggi bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemlilang. Mungkin di hotel lima bintang, tepi tasik atau menaikki cruise dan sebagainya.

Bagi aku tiada bezanya majlis perkahwinan dibuat dibawah flat dengan yang dibuat dihotel lima bintang. Tapi bagi aku baik lagi bawah flat tempat tinggal. Kerana niat asal majlis perkahwinan adalah untuk memberi tahu orang kampung bahawa pasangan ini telah sah menjadi suami isteri. Ini bagi mengelakkan fitnah di kedian hari.



Pada pandangan aku, semua yang di atas bukan nilai sebuah perkahwinan, tetapi nilai sebuah perkahwinan terletak pada kebahagian rumah tangga yang dibina. Kebahgiaan rumah tangga yang kekal adalah tunjang keharmonian rumah tangga. Kalua gaduh sikit-sikit tu biasa lah. Novel pun tak happy selalu, pasti ada sedih dan duka mencelah di antara bahagia. Tapi itu tidak bermakna tiada kebahgiaan di situ.

Untuk mencapai kebahgiaan pastinya sifat tolak ansur, saling menghormati, saling memahami dan tolenransi memainkan peranan penting. Semoga setiap masjid yang di bina akan selamanya di sinari sinar kebahgiaan dan keimanan. Sekian.




Heykawan : Lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri.

Monday, January 16, 2012

Surat Rasmi Buat Bos

Tuan,
Mohon Upgrade


Dengan segala hormatnya pekara di atas adalah dirujuk.


2. Mohon kerjasama bos untuk upgrade PC saya agar senang saya nak buat kerja dan tugasan hakiki saya.


3. Kerjasama dan keperihatinan bos saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian.





Yang Bertugas.


Kuli Mu yang Kecik.




Webpage pun dah ada yang pandai minta dalam HD.








Heykawan : PC aku x support semua perisian. Dan yang jenuh nya kalau aku nak buat drawing. Terpaksa aku restart pc kasi fresh dan on AutoCad saja. Tu pun drawing yang simple pun makan 1jam nak siap sebab hang. Adoiyai.


Kalau diupgade sedap skit nak skodeng blog......Dalam mimpi je la.

Heykawan 2 : Blog ini akan terbiar buat seketika. Tokey kedai sibuk nak cuti CNY. Err....Blom lagi. Minggu ini jadual penuh ngan mesyuarat je. Jadual melawat premis terpaksa tunda.

Thursday, January 12, 2012

Maafkan Aku Duhai KAMU

Dulu aku sering kali merasakan KAMU sentiasa tidak adil pada ku. Aku sering merasakan aku sering kurang mendapat segalanya dari  orang lain. Aku merasakan aku tidak guna di mata KAMU. Aku merasakan aku tiada ertinya di mata KAMU.

Kenapa orang lain boleh dapat pakaian baru, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh dapat kereta remote control, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh pergi bercuti dan melancong bersama, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain sentiasa mendapat hadiah, kenapa tidak aku? Kenapakah aku yang sering menjadi MANGSA? KAMU tidak adil adil pada ku? 

Pernah suatu ketika aku meminta kepada KAMU sebuah kereta remote kontrol. KAMU katakan KAMU akan membelikan nya untuk aku. Aku gembira tidak terkata. Aku katakan bahawa aku inginkan kereta remote kontrol yang tiada wayar. KAMU kata OK. Tapi bila tiba di kedai, KAMU katakan KAMU tidak mampu membeli yang tiada wayar. Alasan kamu duit tidak cukup. KAMU membelikan aku kereta remote kontrol berwayar sahaja. Aku terima hadiah itu. Tapi hatiku mencebik. Aku tidak gembira. Aku kata KAMU berkira.

Satu ketika aku meminta pada KAMU. Aku mahukan sepasang Roller Blade. KAMU meminta maaf kepada ku. KAMU katakan bahawa KAMU tidak mampu. Aku menangis sebab kawan-kawan aku semua ada roller blade. Seminggu aku tidak keluar rumah. Malu dengan kekawan.

Aku pernah meminta pada kamu sepasang But Bola Kulit. KAMU katakan ok, KAMU akan belikan. Sepetang aku menunggu KAMU pulang. KAMU pulang bersama satu beg plastik di dalamnya berisi But Bola Kain saja. Aku campakkan But itu. Aku menangis. Aku merajuk. Aku tidak pakai kerana malu dengan kekawan.



Kini, baru aku sedari bukan semua itu kereta remote kontrol, bukan roller blade, bukan But Bola yang menjadi ukuran. Malahan tiada ukuran bagi mengukur KAMU. Kerana Budi dan Jasa KAMU tidak akan dapat aku balas, walaupun dengan jutaan Ringgit ataupun Dollar.

  
KAMU marah bukan kerana benci.         
KAMU tengking bukan kerana geram.     
KAMU pukul bukan kerana dendam.      
Tapi KAMU buat semua itu kerana sayang.  
Mahukan aku menjadi MANUSIA dan bukannya Setan.

Sebenarnya KAMU memang sayangkan aku. KAMU adil pada ku. Banyak sebenarnya yang KAMU hadiahkan padaku tiada terbilang di sini.  



"KAMU hadiahkan pada aku pelajaran yang membawa aku ke puncak jaya. 
KAMU hadiahkan pada aku ilmu agama yang membuka jalan untuk ke Syurga. 
KAMU hadiahkan pada aku makan minum yeng menjadi aku sihat sejahtera.       
KAMU hadiahkan aku kasih sayang yang membuat aku makin dewasa."


Dulu aku BODOH kerana tidak tahu menilai KAMU. Kini baru aku mengerti segala yang terjadi. Kini bila aku di posisi KAMU aku lebih mengerti, aku pahami. Inilah karma hidup. Dulu aku anak, kini aku ibu dan bapa.

Terima Kasih buat KAMU, Ma dan Abah aku. Yang mendidik aku menjadi seorang MANUSIA. Aku selamanya sayangkan Ma dan Abah.




Heykawan : Hargailah dan kasihilah ibu bapa kita.


Wednesday, January 11, 2012

Orange Cap Ayam


17 tahun lalu, inilah minuman yang aku suka amat minum.
Dulu harganya hanya 50sen sebotol.
Ni jugaklah minuman utama yang menjadi pilihan time ponteng puasa dulu.



Sekarang aku tengok label dia still sama.
Sama cam 17 tahun dulu.
Tapi harganya sudah berbeza iaitu RM2.30.


Heykawan : Sesekali megimbau kenangan lama.

Monday, January 9, 2012

Aku : Left Right Or.......? # 2


Cerita ini tiada kaitan dengan Aku : Left Right Or.....?

Kisah ni terjadi dalam 3 tahun lepas. Masa tu aku bekerja kat Kuala Terengganu Darul Imam atau secara speksifik dan lagi sainstifik kerja kat Pantai Tok Jembal. Banyak kenangan best aku kerja kat sana dan juga ngan kekawan yang memang best. Yang lagi best time memalam gi lepak kedai Tomyam kat depan UMT ngan harapan nak skodeng awek-awek UMT dan UDM yang best. hehehehe

Suatu petang yang hening dan panas tak terik sangat, aku mengularkan diri ke Pejabat KWSP yang dok dekat sebelah ngan MYDIN KT dan juga Perputakaan kalau tak silap aku. Ala dekat trafik light lepas jambatan nak menghala ke Kuala Terengganu kalau kita dari Seberang Takir. Hah....Belok kanan korang terus je jump KWSP kat situ.

Aku gi KWSP bukan nak wat aduan ke apa. Apatah lagi kalau nak beli apam balik. Sebab kat situ memang tak de jual apam balik. Aku nak gi nak amik penyata KWSP je. Saje je nak update tengok. Walaupun aku tau jumlah nya masih belum cecah 5 angka pun masa tu. hehehehe

Aku terus beratur je dekat kiosk automatik yang di sediakan. Skang zaman teknologi senang je semua menda. Memula aku masukkan IC pastu pilih bahasa. Dan terus je ikut arahan mesin tue. 

"Sila tekapkan cap jari kiri anda"

Aku pun tekap. Tak leh baca.

"Sila tekapkan cap jari kiri anda"

Aku tekap lagi. Gagal lagi.

"Sila tekapkan cap jari kanan anda"

Aku tekap lagi sekali. Gagal jugal. Badan dah berpeluh. Apesal tetiba tak jadi ni. Aku pun tak puas hati. Lantas gi ke kaunter pertanyaan untuk mintak bantuan. Tuah badan ada akak yang comel lote molek sungguh kat kaunter sudi layan aku.

"Kak, saya nak amik penyata tapi tak boleh kat kiosk tu. Boleh tolong tak?" 

"Jom ke Kiosk tu. Saya bantu awak" jawab akak tu ngan senyuman manis menawan. Aku pun ikut je la akak tu dari belakang. Dia mintak IC dan tolong buat suma. Mesin tu cam biasa mengarah je kejenya.

"Sila tekapkan jari kiri anda"

Aku pun angkat la jari aku nak tekap. Baru je nak tekap.

"Dik, jari kiri dik." tegur akak tu yang comel. 
Baru aku perasan aku angkat jari kanan. Patutlah xboleh dari tadi. Bila mesin tue suh kiri, aku tekap kanan. Bila mesin suh kanan, aku tekap kiri. Patut la.

Bila dah selesai dapat penyata. Akak comel tu berlalu pergi. Seb baik akak comel melayan aku jadi tak la malu sangat. hehehehe...... Tapi untung juga silap. Boleh sembang ngan akak comel. heheheh


Heykawan : Ni lah kalu dah jenis degil. Lain yang di suruh lain yang di buat.

Wednesday, January 4, 2012

Berguling-Guling Cam Tenggiling



 Kat atas ni adalah antara gambar terbaru putera ku, Muhammad Afif Haiqal.
Semalam beliau terlah berjaya berpusing untuk meniarap sebanyak dua kali.
Satu berjaya dengan jaya nya meniarap.
Lagi satu gagal skit sebab tangan tertindih.
Dah makin membesar dan maju.
Lepas ni bersedialah Haiqal akan sedia untuk mengemas rumah.
Ada sesape nak Haiqal tolong kemas, roger aku? heheheheh.

4 Januari 2011- Genap 3 bulan usia Haiqal.
Semoga kamu sentiasa sihat sayang.
Dan membesar jadi anak yang soleh. Amin


Heykawan : Mama Haiqal cakap '2012, umur kita dah 28 tahun. Tapi Haiqal baru 3 bulan ini tak patut. Sepatutnya Haiqal dah setahun.'

Thursday, December 29, 2011

Orang Kita: Kita Saling Membunuh # 2

Aku nak share pengalaman aku yang berkaitan dengan entri Orang Kita: Kita Saling Membunuh.

Dalam bulan April tahun ini, tempat kerja aku telah melakukan lawatan kerja sambil bermesyuarat di sebuah negeri luar dari KL. Tujuan utama adalah lawatan kerja untuk melihat usahawan-usahawan yang berpotensi di negeri tersebut untuk di bawa ke KL dan adakan expo bagi usahawan-usahawan tersebut.

Dan pertemuan telah di aturkan. Berlangsung lah pertemuan antara kami dan usahawa-usahawan negeri tersebut. Ingatkan usahawan tersebut wakil dari setiap daerah dan dari pelusuk negeri. Rupanya tidak. Hanya kroni mereka dan yang berdaftar bawah persatuan mereka. Bukannya usahawan dari seluruh negeri.

Bila di tanya mana usahawa lain. Jawab mereka mudah saja " Orang lain x minat"

Padahal matlamat asal adalah untuk bertemu dengan usahawan desa yang boleh dimajukan lagi. Oleh kerana, nama usahawan yang mengaturkan sudah famous di negeri tersebut dan seluruh Malaysia malah xsilap aku mereka telah bukak cawangan luar negara. Bangunan dia usah cakap, memang besar. Maklum lah usahawan berjaya.

Mesyuarat tetap kami langsungkan. Tujuan nya adalah untuk membawa mereka ke expo. Dan bila di tanya-tanya. Mereka hanya berminat sekiranya percuma. 
Perbincangan berlangsung hampir 1jam. Persetujuan dicapai, kami cuba untuk bagi percuma. Dan bila setuju percuma, mereka mohon kami menyediakan penginapan pula. Dan pihak kami mula merasa lain macam. Dan perbincangan pertama ditangguhkan dan akan disambung kemudian. Seterusnya lawatan ke premis-premis mereka.

Lepas pergi ke beberapa premis perniagaan ahli-ahli mesyuarat tersebut. Kami dibawa melihat produk-produk mereka dan cara pemprosesan. Tak dinafikan ianya memang berkualiti.

Bila dah melawat semua premis mereka, kami terlintas untuk melawat kompeni lain pula tapi tidak tahu jalan langsung kami bertanya "Kompeni xxx dan Kompeni zzz macam mana ye?? Boleh tolong bawa kami, kami nak melawat tempat mereka pula?"


"Tak payah lah melawat kompeni mereka. Produk mereka tidak bagus, kualiti teruk sangat. Lagipun mereka tak suka orang luar melawat dan jenis tak mesra." jawab mereka.

Dengar jawapan itu kami pun faham lah. Mereka goyang dengan pesaing mereka yang mungkin lebih bagus. Dan mereka rasa tergugat. Kerna hakikatnya kompeni xxx dan zzz tu adalah kompeni sedang meningkat naik walaupun belum segah mereka.



Mungkin inilah cara mereka berniaga, bukan ingin bersaing secara sihat tetapi ada unsur PHD di situ. Cuba melingkupkan pesaing dengan fitnah bukan cuba meningkatkan jualan produk sendiri. Sekian...






Tuesday, December 27, 2011

Aku: Left Right or....????


English aku boleh dikatakan agak teruk. Terutamanya dalam 'speaking', memang aku agak lemah kerana kurangnya 'confident level'. Tambahan pula dengan urusan seharian aku yang boleh dikatakan menggunakan 100% bahasa Melayu. Dulu masa kerja kontraktor dulu memang la speaking agak berterabur walaupun grammar, vocab dan pronouns nya ke laut. Aku taruk je.
 Gambar dari Google.com

Suatu hari aku dalam perjalanan pulang dari ofis ke rumah. Biasanya aku ikut jalan Kuching sebab tiada traffic light tapi hari tu aku gatal skit, jadi aku ikut jalan TAR (Jalan Tengku Abdul Rahman).

Nanti ada pula yang cakap jalan kat KL ni semua jalan tar. Padahal jalan kat Malaysia ni pakai Asphalt dan ada juga jalan kat Malaysia ni pakai interlocking pavement, cam kat depan dataran tu.

Sampai je kat traffic light kat dataran tu, lampu tukar jadi merah. Jadi aku stop la. Walaupun ada yang berkata lampu merah kita sondol je selagi boleh. Tapi aku tak nak kena saman. heheheh....

Dalam dok seronok menikmati asap kereta dan bas yang hitam legam. Datang sebuah  superbike dok sebelah aku. Penunggan nya adalah sorang lelaki cam Pak Arab skit muka nya.

"Excuse me, sir". Pak Arab tu bersuara sambil memandang kat aku. Takkan aku nak wat tak tahu pulak kan. Orang Melayu kan kaya dengan budi bahasa. Jadi aku senyum je la.

"How to go to KL Sentral??" tanya Pak Arab tu. 

Ah...Sudah. Aku dah la jenis fail skit dalam bagi direction terutama kiri dan kanan selalu tertukar. heheheh....Tapi xpe kan janji muka confident. heheheheh

"From this point you go straight. Still on the left. Till you find the roundabout near KTM Station then you take 6 o'clock, then you straight till you find KL Sentral on your left. Take that exit to KL Sentral". Dengan confident aku menjawab. Mulut cakap kiri tapi tangan tunjuk ke kanan. Mulut cakap kanan tangan tunjuk ke kiri.

"Left??" Tanya Pak Arab tu lagi. Sambil tangan dia menunjuk ke arah kanan. Ahh....Sudah confirm aku da bagi salah direction. Aku jawab balik dan perbetulkan semua yang aku tunjuk arah tangan tadi. Mulut cakap dah betul tapi tangan tunjuk ke laut. heheheh.....

Lampu da hijau. Pak Arab tu dah jalan dulu almaklum la dia pakai 'SuperBike', aku pulak 'SuperKapcai' mana den nak kejar. Tengok Pak Arab tu cam terkial-kial cari jalan dan bawak lagi slow dari basikal. Aku potong Pak Arab tu dan hon dia sambil cakap "Follow Me".....Cam iklan syampu Follow Me plak. hahahahah

Pak Arab tu follow la aku. Dah sampai kat exit ke KL Sentral aku bagi signal kat dia suh amik exit situ. Dari site mirror aku nampak Pak Arab tue amik exit yang aku suruh. Lega hati aku dapat tolong Pak Arab tue. 

Ada sesapa rasa nak sesat larat sila la minta tunjuk arah dari aku. heheheheh

Ni la akibat masa Tingkatan 3 dulu suka memonteng kelas English. hehehehehe


Heykawan : Belajar sampai mati. Kita tak akan rugi dan menyesal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...