Jangan Pentingkan Diri Sangat
CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500
PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3
juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga
RM2,500.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu
perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia
(SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16
sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred
40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga
gred 54 (RM2,500)....
Kakitangan awam pasti gembira dengan tuntutan CUEPACS ini. Dan aku baca kat FB dah ramai yang update status pasal ni dan mengharap ia menjadi nyata, terutama kakitangan awam.
Memang
bagus ada keniakkan gaji. Siapa tak suka kenaikan gaji tak kira sektor
awam atau swasta. Tapi kenaikan biarlah releven dan berpadanan dengan
prestasi serta juga usaha kakitangan tersebut.
Walaupun aku dalam golongan mereka juga (kakitangan awam tapi kontrak) aku tidak terlalu gembira. Apa yang aku lebih risaukan adalah trend kenaikan harga barangan keperluan yang akan melambung seiring dengan kenaikan gaji sektor awam.
Apa yang aku risaukan adalah orang lain yang di luar bandar sana. Ramai lagi yang kat sana hanya kerja kais pagi makan pagi. Bagaimanakah nasib mereka nanti?
Ahli keluarga aku (keluarga aku ramai yang kerja swasta dan kerja sendiri saja) pun akan terima nasib yang sama nanti. Keluarga korang akan rasa tak bahangnya nanti??
Ramai juga generasi baru yang tamat pelajar atau baru nak menempuhi alam pekerjaan yang menghadapi keperitan dalam mencari perkerjaan sekarang. Kata peluang kerja makin banyak tapi kekadang aku tengok ada ke peluang tu??? Ada juga kekawan aku yang dulu bekerja sebagai status kontrak sekarang telah bergelar penganggur.
Aku harapkan nasib masyarakat luar bandar dan juga generasi akan datang difikir sama dalam keadaan sekarang. Jangan melihat dalam sudut yang sempit, buka kan pandangan pada angle yang lebih luas. Nilai guna hati bukan nafsu semata-mata.
Diharap akan ada pertimbangan yang jelas dan nyata.
Heykawan : Kalau ada yang terasa dengan entri ini. Aku minta maaf. Ini hanya pandangan peribadi aku.
11 Pandangan Kekawan:
btol gak tu..
yg swasta ni,camne lak gayanya..
tak kira lg yg kerja sndiri tu..
gaji naik,suma pakat naik..aduhh.
kawe setuju denge demo boh...
Apalah ertinya kenaikan gaji bila harga barang yang naik menggila tidak disekat dan dikaji, kan? :(
yea la, patot bantu kite yg berpendapatan rendah, kene la fikir, yg gaji besar n berjawatan tinggi, semakin kaya...kita makin derita...
hrp da naik gaji tu jgn la ngular selalu...haram nnt duit tu jd nyer...
takde siapa nak perjuangkan hak uncle.... huuhu
Isu menjelang PRU je ni..
setuju tu, bila ada kenaikan gaji ktangan awan, selari dgn kenaikan harga barang, dah jadi trend n merupakan impak sampingan. beri kesan besar pd ktangan swasta yg berada kedudukan pertengahan. mungkin juga pihak majikan kena ada inisiatif mcm serupa, kena naikan gaji.
kalau lah lulus tuntutan ni....
tp akk keje swasta jer...siapa nak bela nasib pekerja swasta...
tuntut kene best2....hahaha...baru leh masuk paper ade faktor WOW..hahaha...
tak pernah piki tu bakal jadi realiti ponnnn
Post a Comment