Friday, February 24, 2012

Pagi Yang Hangat


Pagi Jumaat, patut semua orang pakat tenang dan gembira pasal esok nak cuti hujung minggu. Lagipun hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang dikatakna baik untuk beramal ibadah. (hari lain pun kena ibadah juga)

Tapi pagi ni dah memulakan kerja dengan spoil kan habis mood aku di hari ini. 

Esok sebenarnya ada satu program kat sekolah. Ok tak masalah untuk join program tapi yang jadi masalah bila person in charge (PIC) ambil sambil lewa menda yang nak di buat. Kalau program dalaman ok. Tapi ini program melibatkan orang awam dan VIP. 

Semalam bila meeting pengarah tanya PIC ni jawab cantik je. Semua dah standby. Macam dah cun je.

Tapi bila pagi ini, masuk bilik aku cakap itu ini tak setel lagi. Esok nak program. Minta unit aku setelkan. Memang tak de masalah tapi kami dah merancang benda lain. Di tambah pulak menda lain patutnya menda ni PIC cakap semua dah serah pada kontraktor. Alih-alih kami kena buat. 

Serius buat aku hangin satu badan hari ni. Ni susah bila kerja nak buat sesorang dan ambil mudah semua benda. 

Aku memang tak suka kalau hangin di pagi hari.



Aku bukan hebat sangat. Tapi common lah........Walk the talk.



Berjalan Biar Ke Depan. Bersama dengan Otak dan Pemikiran. Jangan hanya mulut dan perut saja ke depan.

9 Pandangan Kekawan:

faraherda.razalan said...

Sbr...sbr! Aku pun tak suke mood rosak pepagi. Sbb boleh efek sampai ke mlm t. Adehh!

dear anies said...

sabar2...

piNky LuCiA said...

Kalau nak marah, senyum.. Lepas marah, senyum = Mood insyAllah baik. Senyum..... =)

Yunus Badawi said...

Tarik nafas panjang2 .... hembus.

Ok rilek dan banyakkan sabar.

Kalau tensen2pun kita juga yg tak pasal2 kena darah tinggi. Either awak take over atau serahkan balik pada PIC tu. Pandai2lah dia.

eMMe said...

saya pun marah! hangin je,
cakap tak serupa bikin
geram lak saya Jedi, heeee~

cool man..

musang said...

betul2 marah nih

Eye_nee said...

ko buat lah apa yg patut...nak sound balik semula ker..Yg memula apsal bila tanya jwb dah setel...ego kemain memuncak...buat keje byk terpacak dari bergerak...cam ni lah jd nya...

vidadarisakura said...

sabar jak lah. aku pun selalu kena benda macam ni. bikin panas.

Denaihati said...

PIC tu berlakon ke bro, sabor jelah, memang ramai org mcm tu kat mukabumi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...