Friday, February 10, 2012

Rencah Dunia : Pengalaman aku jadi cashier


Aku tengok kat Facebook dan Blog kecoh pasal kes pergaduhan kat KFC. Aku pun belum sempat nak tengok video tu. Dan bagi aku tak tahu lah nak salahkan siapa. Apa pun yang terjadi aku berharap bekas majikan aku, KFC akan bijak menangani kes ini.

Aku sendiri pernah bekerja kat restoren fastfood, bukan 1 tapi 3 restoren fastfood pernah aku berkerja. Aku kerja suka-suka, nak cari pengalaman dan nak cari dana sikit untuk tampung masa belajar kat universiti dulu. Apa yang aku leh cakap ketiga-tiga restoren ni sama saja prinsip dia, iaitu Costumer Always Right. Mereka akan didik staff untuk beri perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka.

Costumer Always Right..... Betul ke?? Tapi kita sebagai manusia ada tahap kesabaran dia. Bila sabar mula hilang amarah akan menguasai diri. 

Pengalaman aku sendiri bila jadi front liner untuk restoren fastfood ni memang mencabar, iaitu bila aku jadi cashier kat McDonalds Macro Cheras (Sekarang ni dah tukar jadi Tesco Extra). Memang tugasan ini amat mencabar bagi aku sebab nak melayan 1001 kerenah pelanggan yang bermacam-macam.

Tugasan cashier bukan setakat ambil order, tekan-tekan, ambil duit dan pulangkan baki pada pelanggan. Bukan itu saja. Kita kena pastikan produk yang pelanggan order itu ada atau tiada. Jika produk itu sedang dimasak, dressing atau etc kita kena tanyakan berapa minit produk akan siap dan beritahu pelanggan. Jika pelanggan sanggup tunggu ok lah. Jika tidak kita minta lah pelanggan tukar order.

Bila produk tengah masak ni agak perit lah. Sebab kita kena ingat pelanggan tu order apa dan hantar kepada mereka. Dan biasanya kita akan janji berapa lama masa yang diambil contohnya 10minit atau 15minit. Kalau kena pelanggan jenis tepati masa, sedialah kena marah kalau makanan lambat.

Aku sendiri pernah beberapa kali kena marah dengan pelanggan sebab lambat. Kekadang ada problem kat dapur tu yang jadi lambat skit. Dan memang dah biasa sangat kena marah. Yang kena marah dah tentu cashier, kitchen crew akan kena marah dengan manager je la nanti. Manager marah biasa tak seteruk pelanggan.


Pernah satu kes, pada malam new year, ada satu family pelanggan Melayu (4 orang, mak ayah dan 2 orang anak lelaki dan perempuan). Mak dia yang order ngan anak dia. Bapak dia duduk je kat meja. Umur mak bapak dia aku rasa dah cecah 50-an masa tu. Tapi bapak dia steady, still pakai short pant dan cap. (orang kaya gamaknya). Diorang order Ayam Goreng Spicy dan beberapa makanan lain, tapi ayam goreng baru tengah goreng. So, dia janji lah nak hantar ke meja dia nanti. Tapi pada masa yang sama permintaan ayam malam tu agak tinggi untuk serve in, tapau dan delivery.

Kami amalkan first in first serve. Jadi ayam untuk pakcik tu agak lambat la skit. Sebab kena siapkan order orang lain yang lebih dulu. Pakcik ni bila dah cukup 10minit, dia datang kat kaunter aku dengan muka menyinga. Terus tanya aku 
 
"Mana Ayam aku?". 

"Jap Pakcik. Tengah masak. Lagi pun banyak order malam ni"

"Apa punye servis macam ni. Kata fastfood. Dah 10minit aku tunggu, dah lambat....Bla....bla...bla...Mana manager kau ?"

"Maaf ye pakcik. Jap saya panggil"

Dia terus pergi jumpa manager aku. Dan panjang juga manager aku kena bebal dengan pakcik tu. Aku tengok muka manager aku pun dah merah padam masa tu. Untuk elakkan kes jadi lebih panjang manager aku suruh pakcik tu duduk dulu. Pastu dia ambil order orang lain (delivery punye) dan bagi pada pakcik tu.
 
Aku bengang jugak ngan pakcik tu tapi tak de lah nak marah balik. Aku leh marah dalam hati je la.


Banyak lagi kes yang jumpa masa aku kerja kat situ. Ada kes order sampai beratus-ratus ringgit pastu tukar order jadi 50 ringgit je. Ada juga yang kes order 10 biji burger, siap buungkus, pastu time nak bayar baru cakap duit dalam kereta, suh tunggu kejap nak pergi ambil duit tapi dah tak datang dah lepas tu. 

Apa aku leh cakap, selagi kita berdepan dengan pelanggan kita kena banyak sabar. Dan yang menjadi pelanggan juga kena sabar. Baru best dunia ni. Peace no war.



8 Pandangan Kekawan:

Eye_nee said...

Apa saja jenis yg berkaitan perniagaan..Prinsip lebih kurang sama jer bro..PELANGGAN SELALU BETUL..sbb tu Pelanggan naik lemak kan..akk dah tgk Video tu...Brgkali ada words yg digunakan customer tu menyakitkan hati..

musang said...

kes hilang sabarlah tu smpai bergaduh huhuh

Unknown said...

tak pernah rasa kerja sbb time study memam study jer(baha ma tak aksi part time)..lepas tu tak dan tanam kurma trus masuk gomen.

suka dgr pngalaman kawan2 y pernah kerja...sbb nak lalui sendri dah tak rasa. cuma amik iktibar kan??

pernah kene dgn budak McD genting sempah(pggil budak walopon tua dari saya) sbb tak nak bagi no tepon die curah garam banyak gile dalam fries...memem dasar bingung...hahaha

suzie rahman said...

biasa lh.dh die taw customer owes rite.die pon naik tocang r.ce ltk diri die kt tmpt kite br die rs.

dear anies said...

sy bkn jd cashier tp frontliner kt hosp kutip bil2 perrghhh mmg terseksa jiwa raga..kena plak org yg xleh bertolak ansur...4 bln je thn pastu cha alif buttt...

Kakcik Seroja said...

Tahap sabar kena betul2 tinggi, kan?

Anonymous said...

aku pun penah jadi cashier . kena mare dengan customer tu perkara biasa . kalau betul slah aku , aku takkan melawn. tapi kalau bukan salah aku , terima lah balasannya balik :) cashier mare customer , boss takkan masuk campur sebab boss pun dh tau perangai customer . hahahahha selalunya , pakcik dan makcik yang tua yang paling banyak kerenah . bukan nak kurang ajar , tapi diorang yg buat org kurang ajr dengan dorang .

Unknown said...

@Anonymous

Yang pernah jadi cashier pasti tau renah dia....hahhaahha

tp itulah suatu yang menyeronokkan sebenarnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...