Showing posts with label kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label kemasyarakatan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Tanpa Cinta

Perkahwinan suatu yang indah dan sebolehnya biarlah mahligai impian yang di bina biarlah berkekalan sehingga akhir hayat kita. Mahligai yang dibina untuk kekal bukan untuk dirobohkan. Walaupun kalau ditengok tinggi kes perceraian sekarang namun itu bukan yang kita inginkan. 

Perkahwinan tanpa perasaan CINTA. Mungkinkah ia?? 

Kalau di tanya orang-orang tua, jawapan nya pasti 'YA'. Kerana kebanyakan orang-orang tua dijodohkan oleh ibu bapa mereka tanpa mereka mengenali pasangan mereka terlebih dahulu. (Tidak bercinta sebelum kahwin). Mahligai mereka tetap kekal walaupun PERCINTAAN DISEMAI SELEPAS KAHWIN. 

Apakah rahsianya?? Aku pun tidak tahu dengan jelas. Mungkin kalian yang berminat bolehlah tanyakan pada orang-orang tua. Tapi ada sedikit yang boleh aku kongsikan disini.

Kata orang tetua, bila berkahwin biarlah sorang jadi air, sorang jadi api. Apabila si api sedang menyala, si air siram untuk padamkan api itu. Bila air sedang bah, si api hangatkan air menjadi wasap yang berterbangan di udara. 

Apabila api sedang menyala jangan ditambahkan lagi api kerna itu akan lebih parah nanti. Apabila air sedang bah, jangan ditambah air lagi kerna pasti akan jadi tsunami. Apa yang dimaksudkan disini, apabila pasangan sedang marah, tenangkan ia, jangan bakarlagi kemarahan dia. Apa yang penting disini adalah tolak ansur dan beralah. Beralah bukan berarti mengalah tapi beralah demi kebahgiaan bersama.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan boleh menjadi satu punca pertengkaran. Terima pasang kita seadanya dan saling melengkapilah satu sama lain. Pasti perkahwinanan itu best.


Pandangan aku, dalam keadaan sekarang, Perkahwinan Tanpa Cinta tetap boleh menjamin kebahgiaan. Kerana perasaan Cinta Tetap Boleh Dipupuk Selepas Berkahwin. 

Itulah nasihat yang aku berikan pada sorang kawan. Bila dia berkata hatinya goyang selepas berkahwin kerana kahwin terpaksa tanpa cinta. Apa yang aku katakan padanya, cubalah mencintainya sebagai mana kamu ingin dicintai. Sayangi dirinya sebagaimana kamu disayangi. 

Aku juga katakan padanya, jangan mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempuna. Terima seadanya. Anggapkan ia adalah yang terbaik untuk kita sebagaimana telah tercatat di Luth Mahfuz.

Jadikan setiap hari yang kita lalui selepas berkahwin adalah 'Hari Kekasih'. Wujudkan suasana romantik antara kalian berdua sentiasa, bagaikan dunia kalian yang punya. Bukan hanya menunggu hari tertentu untuk mewujudkan suasana romantik. Sekiranya ini mampu dilakukan pasti kebahgiaan akan mendatang.

Ungkapan lafaz cinta. Jangan jemu ungkapkan lafaz cinta dan sayang. Bukan zaman bercinta je boleh ungkap 'I Love You' lepas kahwin tetap masih boleh juga. Malah lebih dari boleh. Orang perempuan memang suka dengar lafaz ini terutama dari suami mereka. Walaupun riak muka tidak memberi respon, hati mereka tetap berbunga. Betul tak duhai wanita di luar sana???

Friday, February 24, 2012

Jangan Pentingkan Diri Sangat

CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500


PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500)....
 Sumber Utusan Online. (untuk bacaan lanjut leh rujuk disini)


Kakitangan awam pasti gembira dengan tuntutan CUEPACS ini. Dan aku baca kat FB dah ramai yang update status pasal ni dan mengharap ia menjadi nyata, terutama kakitangan awam.
Memang bagus ada keniakkan gaji. Siapa tak suka kenaikan gaji tak kira sektor awam atau swasta. Tapi kenaikan biarlah releven dan berpadanan dengan prestasi serta juga usaha kakitangan tersebut.
Walaupun aku dalam golongan mereka juga (kakitangan awam tapi kontrak) aku tidak terlalu gembira. Apa yang aku lebih risaukan adalah trend kenaikan harga barangan keperluan yang akan melambung seiring dengan kenaikan gaji sektor awam. 
Apa yang aku risaukan adalah orang lain yang di luar bandar sana. Ramai lagi yang kat sana hanya kerja kais pagi makan pagi. Bagaimanakah nasib mereka nanti? 
Ahli keluarga aku (keluarga aku ramai yang kerja swasta dan kerja sendiri saja) pun akan terima nasib yang sama nanti. Keluarga korang akan rasa tak bahangnya nanti??
Ramai juga generasi baru yang tamat pelajar atau baru nak menempuhi alam pekerjaan yang menghadapi keperitan dalam mencari perkerjaan sekarang. Kata peluang kerja makin banyak tapi kekadang aku tengok ada ke peluang tu??? Ada juga kekawan aku yang dulu bekerja sebagai status kontrak sekarang telah bergelar penganggur. 
Aku harapkan nasib masyarakat luar bandar dan juga generasi akan datang difikir sama dalam keadaan sekarang. Jangan melihat dalam sudut yang sempit, buka kan pandangan pada angle yang lebih luas. Nilai guna hati bukan nafsu semata-mata.
Diharap akan ada pertimbangan yang jelas dan nyata. 

Heykawan : Kalau ada yang terasa dengan entri ini. Aku minta maaf. Ini hanya pandangan peribadi aku.






Monday, February 6, 2012

Cinta Remaja

Zaman aku masih belajar di sekolah dulu, tahun 90-an, ramai yang menyebut cinta remaja tu tak akan kekal lama. Ramai yang cakap cinta zaman sekolah hanyalah Cinta Monyet saja. Zaman aku tu tak ada lagi 'Cinta Muka Buku' macam sekarang.

Zaman tu nak cari kenalan yang luar kawasan, luar negeri atau luar negara mesti cari kat majalah dalam ruangan sahabat pena. Amik alamat dan tulis surat dan pos. Emel ada tapi tak brapa nak femes. Lagipun cyber cafe tak banyak lagi zaman tu (tempat aku le). Chatting ada juga tapi MIrC je la, masa tu takde lagi YM, Skype atau facebook (aku kenal MIrC tahun 2000 tu pun tak berminat sangat. Aku budak kampung je)

Zaman tu kalau call pun no telefon rumah je. Biasa siap bagitahu nak call pukul brapa. Biasa time lepas Isyak time balik dari surau. Kalau call, awek tu terus angkat, aku cakap. Kalau suara garau cam bapak atau mak dia memang aku letak. Bukan takut tapi hormat. Hahahah......Sebelum kena basuh kat mak bapak dia baik la aku letak.

Tu zaman dulu la, tapi zaman sekarang mudah. Budak sekolah rendah dah ada handphone. Phewittttt.... Dua tiga kali kat awek yang lepak tepi mall terus saja dapat no handphone. Call dan sms dua tiga ketul terus saja boleh ajak keluar. (bukan semua tapi kebamyakan)

Lagi mudah main kat facebook je. Search je nama, add jadi friends dan leave mesej atau komen sepum dua, leh la dapat no handphone. Kalau ayat power lagi cepat.

Dulu keluar dating pum tak brani nak gi jauh. Dekat-dekat saja. Kekadang dating tapi duduk jarak 1m. Cakap kau aku kekadang tu. Leh pegang tangan pun dah kira bagus.

Budak sekarang dating jauh-jauh aja. Ye la budak sekarang, banyak kemudahan, ada moto dan sesetengah tu dah ada kereta. Kalau setakat pegang tangan tu biasa sangat. Sesetengah tu tak ada malu segan berpeluk depan orang ramai.

Zaman sudah maju, banyak perubahan sudah berlaku. Memacam kerenah yang terjadi. Dan paling banyak melibatkan para remaja.

Dan kalau kita teliti kembali banyak laporan akhbar dan di tv-tv, menyatakan ramai remaja perempuan sanggup buat apa saja demi cinta. Sanggup serahkan segalanya.

Itu suatu yang merisaukan.

Tuesday, January 31, 2012

Nilai Sebuah Perkahwinan???

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??

Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar. 
 Gambar hiasan. Sumber google.com


Ada juga pasangan pengantin yang suka pilih nombor cantik contoh 8,888.88 atau 7,878.00 atau 11,111.11 dan lain-lain lagi. Ye la kahwin sekali je seumur hidup jadi mereka pilih lah nombor yang menarik bagi suatu kenangan yang terindah.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran mengikut tinggi nya pelajaran anak-anak mereka. Releven kah?? Sebagai contoh Diploma nilai hantaran 10k, Degree nilai hantaran 15k, Master nilai hantaran 20k dan kalau PHD nilai hantaran 30k. (Ini contoh sahaja.) Sebab ini ada terjadi dan pernah aku dengar, ibubapa letak hantaran yang tinggi sebab tinggi education anak mereka. Kalian pernah dengar??

Namun ada juga aku pernah dengar ibu bapa letakkan 20k sebagai nilai hantaran untuk anaknya yang lepasan SPM sahaja. Dan kerja di shopping complex. Bila ada orang tanya kenapa letak tinggi? Katanya anaknya menjadi rebutan orang ramai kerana cantik. Kalau tak mahu ramai lagi lelaki yang sanggup. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri?? Kalau dah sayang lelaki sanggup buat, sanggup tak korang???


Atau adakah nilai sebuah perkahwinan adalah terletak pada betapa besarnya majlis perkahwinan yang dia adakan. Adakah begitu?? Ada orang sanggup berbelanja tinggi bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemlilang. Mungkin di hotel lima bintang, tepi tasik atau menaikki cruise dan sebagainya.

Bagi aku tiada bezanya majlis perkahwinan dibuat dibawah flat dengan yang dibuat dihotel lima bintang. Tapi bagi aku baik lagi bawah flat tempat tinggal. Kerana niat asal majlis perkahwinan adalah untuk memberi tahu orang kampung bahawa pasangan ini telah sah menjadi suami isteri. Ini bagi mengelakkan fitnah di kedian hari.



Pada pandangan aku, semua yang di atas bukan nilai sebuah perkahwinan, tetapi nilai sebuah perkahwinan terletak pada kebahagian rumah tangga yang dibina. Kebahgiaan rumah tangga yang kekal adalah tunjang keharmonian rumah tangga. Kalua gaduh sikit-sikit tu biasa lah. Novel pun tak happy selalu, pasti ada sedih dan duka mencelah di antara bahagia. Tapi itu tidak bermakna tiada kebahgiaan di situ.

Untuk mencapai kebahgiaan pastinya sifat tolak ansur, saling menghormati, saling memahami dan tolenransi memainkan peranan penting. Semoga setiap masjid yang di bina akan selamanya di sinari sinar kebahgiaan dan keimanan. Sekian.




Heykawan : Lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri.

Friday, December 30, 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Tadi balik dari kenduri bersama biras aku kat Sungai Siput (25 Disember 2011), terdengar ceramah dari sorang Ustaz, xpasti namanya sebab dengar pun dah separuh jalan jadi tak la clear sangat. Tapi ceramah dia menyentuh pasal 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' dan aku rasa ianya baik untuk aku kongsikan bersama korang. Dan kalau aku tesilap jangan malu untuk tegur dan kita bahaskan.


Orang kita terutama orang Melayu selalu menggunakan alasan 'Kita Merancang Tuhan Menentukan'. Dalam banyak perkara kita gunakan alasan macam tu. Kekadang dalam keadaan yang tidak sesuai.

Seingat aku, Ustaz tu kata 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' adalah bermaksud kita telah merancang serta berusaha yang terbaik dan seterusnya kita bertawakal kepada Allah swt. Dan apa yang plaing penting dan perlu ditekankan di sini adalah PERANCANGAN dan USAHA kita itu barulah diikuti TAWAKAL. Bukan hanya berserah pada nasib dan takdir semata-mata.

Sebagai contoh, kita datang lewat ke tempat kerja. Dan kita menyatakan kepada bos bahawa 'Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan, itu yang menyebabkan saya terlambat.' 

Hal ini boleh diberikan alasan sebegitu sekiranya kalau kita telah bergerak awal tetapi terlambat kerana terlibat dalam kemalangan, kereta/moto breakdown dan lain-lain halangan. Tetapi sekiranya sememangnya kita lewat bangun dan selalu begitu, itu bermakna kita tiada perancangan. Itu boleh dikatakan habit kita yang suka datang lewat.

Sama juga dalam hal belajar, kekadang kita selalu mendengar pelajar biasa bercakap 'Berserah sahaja lah, aku telah berusaha'. Ucapan itu memang sesuai sekiranya kita telah berusaha sehabis baik. Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan. Bukan hanya masuk exam, dan jawab soalan tanpa berlajar dan ulangkaji secara bersungguh-sungguh. Tapi jangan dilupa untuk berdoa dan tawakal. 

Oleh itu, apa yang penting disini ialah dalam kehidupan harian kita. Kita memerlukan perancangan yang terperinci dan disertakan usaha yang setimpal bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Barulah kita berdoa, tawakal dan berserah kepada Allah swt untuk menentukan. 


Sempena akhir tahun ini, samalah kita merancang untuk tahun depan. Merangka kejayaan yang ingin kita capai di tahun depan.

Sekian.


Heykawan : Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...