Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Tanpa Cinta

Perkahwinan suatu yang indah dan sebolehnya biarlah mahligai impian yang di bina biarlah berkekalan sehingga akhir hayat kita. Mahligai yang dibina untuk kekal bukan untuk dirobohkan. Walaupun kalau ditengok tinggi kes perceraian sekarang namun itu bukan yang kita inginkan. 

Perkahwinan tanpa perasaan CINTA. Mungkinkah ia?? 

Kalau di tanya orang-orang tua, jawapan nya pasti 'YA'. Kerana kebanyakan orang-orang tua dijodohkan oleh ibu bapa mereka tanpa mereka mengenali pasangan mereka terlebih dahulu. (Tidak bercinta sebelum kahwin). Mahligai mereka tetap kekal walaupun PERCINTAAN DISEMAI SELEPAS KAHWIN. 

Apakah rahsianya?? Aku pun tidak tahu dengan jelas. Mungkin kalian yang berminat bolehlah tanyakan pada orang-orang tua. Tapi ada sedikit yang boleh aku kongsikan disini.

Kata orang tetua, bila berkahwin biarlah sorang jadi air, sorang jadi api. Apabila si api sedang menyala, si air siram untuk padamkan api itu. Bila air sedang bah, si api hangatkan air menjadi wasap yang berterbangan di udara. 

Apabila api sedang menyala jangan ditambahkan lagi api kerna itu akan lebih parah nanti. Apabila air sedang bah, jangan ditambah air lagi kerna pasti akan jadi tsunami. Apa yang dimaksudkan disini, apabila pasangan sedang marah, tenangkan ia, jangan bakarlagi kemarahan dia. Apa yang penting disini adalah tolak ansur dan beralah. Beralah bukan berarti mengalah tapi beralah demi kebahgiaan bersama.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan boleh menjadi satu punca pertengkaran. Terima pasang kita seadanya dan saling melengkapilah satu sama lain. Pasti perkahwinanan itu best.


Pandangan aku, dalam keadaan sekarang, Perkahwinan Tanpa Cinta tetap boleh menjamin kebahgiaan. Kerana perasaan Cinta Tetap Boleh Dipupuk Selepas Berkahwin. 

Itulah nasihat yang aku berikan pada sorang kawan. Bila dia berkata hatinya goyang selepas berkahwin kerana kahwin terpaksa tanpa cinta. Apa yang aku katakan padanya, cubalah mencintainya sebagai mana kamu ingin dicintai. Sayangi dirinya sebagaimana kamu disayangi. 

Aku juga katakan padanya, jangan mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempuna. Terima seadanya. Anggapkan ia adalah yang terbaik untuk kita sebagaimana telah tercatat di Luth Mahfuz.

Jadikan setiap hari yang kita lalui selepas berkahwin adalah 'Hari Kekasih'. Wujudkan suasana romantik antara kalian berdua sentiasa, bagaikan dunia kalian yang punya. Bukan hanya menunggu hari tertentu untuk mewujudkan suasana romantik. Sekiranya ini mampu dilakukan pasti kebahgiaan akan mendatang.

Ungkapan lafaz cinta. Jangan jemu ungkapkan lafaz cinta dan sayang. Bukan zaman bercinta je boleh ungkap 'I Love You' lepas kahwin tetap masih boleh juga. Malah lebih dari boleh. Orang perempuan memang suka dengar lafaz ini terutama dari suami mereka. Walaupun riak muka tidak memberi respon, hati mereka tetap berbunga. Betul tak duhai wanita di luar sana???

Tuesday, January 31, 2012

Nilai Sebuah Perkahwinan???

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??

Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar. 
 Gambar hiasan. Sumber google.com


Ada juga pasangan pengantin yang suka pilih nombor cantik contoh 8,888.88 atau 7,878.00 atau 11,111.11 dan lain-lain lagi. Ye la kahwin sekali je seumur hidup jadi mereka pilih lah nombor yang menarik bagi suatu kenangan yang terindah.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran mengikut tinggi nya pelajaran anak-anak mereka. Releven kah?? Sebagai contoh Diploma nilai hantaran 10k, Degree nilai hantaran 15k, Master nilai hantaran 20k dan kalau PHD nilai hantaran 30k. (Ini contoh sahaja.) Sebab ini ada terjadi dan pernah aku dengar, ibubapa letak hantaran yang tinggi sebab tinggi education anak mereka. Kalian pernah dengar??

Namun ada juga aku pernah dengar ibu bapa letakkan 20k sebagai nilai hantaran untuk anaknya yang lepasan SPM sahaja. Dan kerja di shopping complex. Bila ada orang tanya kenapa letak tinggi? Katanya anaknya menjadi rebutan orang ramai kerana cantik. Kalau tak mahu ramai lagi lelaki yang sanggup. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri?? Kalau dah sayang lelaki sanggup buat, sanggup tak korang???


Atau adakah nilai sebuah perkahwinan adalah terletak pada betapa besarnya majlis perkahwinan yang dia adakan. Adakah begitu?? Ada orang sanggup berbelanja tinggi bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemlilang. Mungkin di hotel lima bintang, tepi tasik atau menaikki cruise dan sebagainya.

Bagi aku tiada bezanya majlis perkahwinan dibuat dibawah flat dengan yang dibuat dihotel lima bintang. Tapi bagi aku baik lagi bawah flat tempat tinggal. Kerana niat asal majlis perkahwinan adalah untuk memberi tahu orang kampung bahawa pasangan ini telah sah menjadi suami isteri. Ini bagi mengelakkan fitnah di kedian hari.



Pada pandangan aku, semua yang di atas bukan nilai sebuah perkahwinan, tetapi nilai sebuah perkahwinan terletak pada kebahagian rumah tangga yang dibina. Kebahgiaan rumah tangga yang kekal adalah tunjang keharmonian rumah tangga. Kalua gaduh sikit-sikit tu biasa lah. Novel pun tak happy selalu, pasti ada sedih dan duka mencelah di antara bahagia. Tapi itu tidak bermakna tiada kebahgiaan di situ.

Untuk mencapai kebahgiaan pastinya sifat tolak ansur, saling menghormati, saling memahami dan tolenransi memainkan peranan penting. Semoga setiap masjid yang di bina akan selamanya di sinari sinar kebahgiaan dan keimanan. Sekian.




Heykawan : Lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri.

Thursday, January 5, 2012

Kau Dan Aku

Semasa Bercinta


"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
3 kali perkataan itu dilafazkan di telinga si dia. Si dia hanya mampu tersenyum mendengar luahan hati jejaka pujaan nya.

Setiap kali telefon pun kata sayang dan cinta tidak pernah lekang dari bibir, almaklum lah indahnya dunia percintaan bagaikan dunia kami yang punya. Apa pun halangan datang menduga, tetap ditempuhi dengan tenang.

Kesana kemari bersama tawa dan riang.


Selepas Berkahwin

Suatu hari Si Isteri bertanya "Kenapa awak cam lain je? Awak dah berubah..."

"Ye ke" pendek saja balas Si Suami. Sambil teruskan main PSP di tangan nya.

"Awak dah x sayangkan saya ke?"

Si Suami hanya diam.

"Awak dah x cintakan saya ke?"

Si Suami diam lagi.

"Awak dah x sukakan saya ke?"

Si Suami tetap membatukan diri. Masih bersama PSP nya bagaikan PSP adalah segalanya. Muka Isteri sudah berubah bagai kan tauchu masam.


"Atau awak sudah ada......" belum pun sempat Si Isterinya menghabiskan kata-kata, pantas Si Suami menutup mulut Isterinya.

"Kata-kata hanya luahan di bibir sahaja. Sejak saya melafazkan 'Aku Terima Nikahnya' sejak itu, awak bukan lagi di bibir tapi di sini." sambil Si Suami menunjukkan ke arah hati nya.

"Awak kekal selamanya di hati ini. Hingga akhir nyawa cinta ini hanya untuk awak" 

Haiqal dan Mama Haiqal


Heykawan : Entri khas buatmu, Isteri ku. Selamanya Papa sayangkan Mama dan Haiqal.


Tuesday, September 13, 2011

Sehaluan



Kita sering mahukan orang lain memahami kita. Dan mengikut saja rentak dan irama kita.

Pabila mencari pasangan, kita mahu pasangan itu menghargai kita, menghormati kita. Tapi pernahkah kita menghargai orang lain, menghargai pasangan kita? Pernahkah kita cuba memmahami pasangan kita? Pernahkah kita menghormati pasangan kita? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Perhubungan memerlukan kedua-dua belah pihak. Perkataan 'SALING' adalah perlu. Baru dapat kita bentuk satu perhubungan yang harmoni dan sehaluan.

Dengan adanya perkataan 'Saling' juga insyallah kita akan dapat mengekalkan hubungan kita. Mempertahankan hubungan kita.

Masa bercinta, mungkin semua indah. Semua tampak sempurna. Semua tampak bagai di syurga. Ini kerana, jarang pasangan kekasih akan menonjolkan sikap sebenar mereka semasa bercinta. Bak kata orang tetua semasa bercinta 'Awek tersepak batu pun batu di marahnya'. Tapi sebaliknya pula terjadi bila isteri tersepak batu, dibilangnya isteri buta kerna xnampak batu di jalanan.

Menurut kajian, sifat sebenar suami dan isteri akan terserlah selepas 5 tahun berkahwin. Dan terpulang pada cara kita untuk mempertahankan perhubungan ini. Kalau ada kesabaran dan ketabahan berserta cinta yang ikhlas dari lubuk hati, insyallah semuanya akan dapat kita tempuhi. 

Itulah lumrah, tapi seandainya kita saling memahami, saling menghormati. Insyallah perhubungan yang terbina akan lebih bahagia. Serta tampak sehaluan.


PSP: Moga perkahwinan aku dan isiteri kekal bahgia selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...