Showing posts with label percintaan. Show all posts
Showing posts with label percintaan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Tanpa Cinta

Perkahwinan suatu yang indah dan sebolehnya biarlah mahligai impian yang di bina biarlah berkekalan sehingga akhir hayat kita. Mahligai yang dibina untuk kekal bukan untuk dirobohkan. Walaupun kalau ditengok tinggi kes perceraian sekarang namun itu bukan yang kita inginkan. 

Perkahwinan tanpa perasaan CINTA. Mungkinkah ia?? 

Kalau di tanya orang-orang tua, jawapan nya pasti 'YA'. Kerana kebanyakan orang-orang tua dijodohkan oleh ibu bapa mereka tanpa mereka mengenali pasangan mereka terlebih dahulu. (Tidak bercinta sebelum kahwin). Mahligai mereka tetap kekal walaupun PERCINTAAN DISEMAI SELEPAS KAHWIN. 

Apakah rahsianya?? Aku pun tidak tahu dengan jelas. Mungkin kalian yang berminat bolehlah tanyakan pada orang-orang tua. Tapi ada sedikit yang boleh aku kongsikan disini.

Kata orang tetua, bila berkahwin biarlah sorang jadi air, sorang jadi api. Apabila si api sedang menyala, si air siram untuk padamkan api itu. Bila air sedang bah, si api hangatkan air menjadi wasap yang berterbangan di udara. 

Apabila api sedang menyala jangan ditambahkan lagi api kerna itu akan lebih parah nanti. Apabila air sedang bah, jangan ditambah air lagi kerna pasti akan jadi tsunami. Apa yang dimaksudkan disini, apabila pasangan sedang marah, tenangkan ia, jangan bakarlagi kemarahan dia. Apa yang penting disini adalah tolak ansur dan beralah. Beralah bukan berarti mengalah tapi beralah demi kebahgiaan bersama.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan boleh menjadi satu punca pertengkaran. Terima pasang kita seadanya dan saling melengkapilah satu sama lain. Pasti perkahwinanan itu best.


Pandangan aku, dalam keadaan sekarang, Perkahwinan Tanpa Cinta tetap boleh menjamin kebahgiaan. Kerana perasaan Cinta Tetap Boleh Dipupuk Selepas Berkahwin. 

Itulah nasihat yang aku berikan pada sorang kawan. Bila dia berkata hatinya goyang selepas berkahwin kerana kahwin terpaksa tanpa cinta. Apa yang aku katakan padanya, cubalah mencintainya sebagai mana kamu ingin dicintai. Sayangi dirinya sebagaimana kamu disayangi. 

Aku juga katakan padanya, jangan mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempuna. Terima seadanya. Anggapkan ia adalah yang terbaik untuk kita sebagaimana telah tercatat di Luth Mahfuz.

Jadikan setiap hari yang kita lalui selepas berkahwin adalah 'Hari Kekasih'. Wujudkan suasana romantik antara kalian berdua sentiasa, bagaikan dunia kalian yang punya. Bukan hanya menunggu hari tertentu untuk mewujudkan suasana romantik. Sekiranya ini mampu dilakukan pasti kebahgiaan akan mendatang.

Ungkapan lafaz cinta. Jangan jemu ungkapkan lafaz cinta dan sayang. Bukan zaman bercinta je boleh ungkap 'I Love You' lepas kahwin tetap masih boleh juga. Malah lebih dari boleh. Orang perempuan memang suka dengar lafaz ini terutama dari suami mereka. Walaupun riak muka tidak memberi respon, hati mereka tetap berbunga. Betul tak duhai wanita di luar sana???

Thursday, January 5, 2012

Kau Dan Aku

Semasa Bercinta


"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
3 kali perkataan itu dilafazkan di telinga si dia. Si dia hanya mampu tersenyum mendengar luahan hati jejaka pujaan nya.

Setiap kali telefon pun kata sayang dan cinta tidak pernah lekang dari bibir, almaklum lah indahnya dunia percintaan bagaikan dunia kami yang punya. Apa pun halangan datang menduga, tetap ditempuhi dengan tenang.

Kesana kemari bersama tawa dan riang.


Selepas Berkahwin

Suatu hari Si Isteri bertanya "Kenapa awak cam lain je? Awak dah berubah..."

"Ye ke" pendek saja balas Si Suami. Sambil teruskan main PSP di tangan nya.

"Awak dah x sayangkan saya ke?"

Si Suami hanya diam.

"Awak dah x cintakan saya ke?"

Si Suami diam lagi.

"Awak dah x sukakan saya ke?"

Si Suami tetap membatukan diri. Masih bersama PSP nya bagaikan PSP adalah segalanya. Muka Isteri sudah berubah bagai kan tauchu masam.


"Atau awak sudah ada......" belum pun sempat Si Isterinya menghabiskan kata-kata, pantas Si Suami menutup mulut Isterinya.

"Kata-kata hanya luahan di bibir sahaja. Sejak saya melafazkan 'Aku Terima Nikahnya' sejak itu, awak bukan lagi di bibir tapi di sini." sambil Si Suami menunjukkan ke arah hati nya.

"Awak kekal selamanya di hati ini. Hingga akhir nyawa cinta ini hanya untuk awak" 

Haiqal dan Mama Haiqal


Heykawan : Entri khas buatmu, Isteri ku. Selamanya Papa sayangkan Mama dan Haiqal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...