Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Cinta Remaja

Zaman aku masih belajar di sekolah dulu, tahun 90-an, ramai yang menyebut cinta remaja tu tak akan kekal lama. Ramai yang cakap cinta zaman sekolah hanyalah Cinta Monyet saja. Zaman aku tu tak ada lagi 'Cinta Muka Buku' macam sekarang.

Zaman tu nak cari kenalan yang luar kawasan, luar negeri atau luar negara mesti cari kat majalah dalam ruangan sahabat pena. Amik alamat dan tulis surat dan pos. Emel ada tapi tak brapa nak femes. Lagipun cyber cafe tak banyak lagi zaman tu (tempat aku le). Chatting ada juga tapi MIrC je la, masa tu takde lagi YM, Skype atau facebook (aku kenal MIrC tahun 2000 tu pun tak berminat sangat. Aku budak kampung je)

Zaman tu kalau call pun no telefon rumah je. Biasa siap bagitahu nak call pukul brapa. Biasa time lepas Isyak time balik dari surau. Kalau call, awek tu terus angkat, aku cakap. Kalau suara garau cam bapak atau mak dia memang aku letak. Bukan takut tapi hormat. Hahahah......Sebelum kena basuh kat mak bapak dia baik la aku letak.

Tu zaman dulu la, tapi zaman sekarang mudah. Budak sekolah rendah dah ada handphone. Phewittttt.... Dua tiga kali kat awek yang lepak tepi mall terus saja dapat no handphone. Call dan sms dua tiga ketul terus saja boleh ajak keluar. (bukan semua tapi kebamyakan)

Lagi mudah main kat facebook je. Search je nama, add jadi friends dan leave mesej atau komen sepum dua, leh la dapat no handphone. Kalau ayat power lagi cepat.

Dulu keluar dating pum tak brani nak gi jauh. Dekat-dekat saja. Kekadang dating tapi duduk jarak 1m. Cakap kau aku kekadang tu. Leh pegang tangan pun dah kira bagus.

Budak sekarang dating jauh-jauh aja. Ye la budak sekarang, banyak kemudahan, ada moto dan sesetengah tu dah ada kereta. Kalau setakat pegang tangan tu biasa sangat. Sesetengah tu tak ada malu segan berpeluk depan orang ramai.

Zaman sudah maju, banyak perubahan sudah berlaku. Memacam kerenah yang terjadi. Dan paling banyak melibatkan para remaja.

Dan kalau kita teliti kembali banyak laporan akhbar dan di tv-tv, menyatakan ramai remaja perempuan sanggup buat apa saja demi cinta. Sanggup serahkan segalanya.

Itu suatu yang merisaukan.

Tuesday, January 10, 2012

Muhammad Al Fateh # 1

Surau Muhammad Al- Fatih


Surau Muhamma Al- Fatih di Kampung Batu Muda Tambahan. Semalam buat kali pertama aku singgah di surau berkenaan untuk solat zohor berjemaah. Surau ni agak selesa dimana di ruangan solatnya adalah berhawa dingin. Dan aku tengok jadual kelas agama pun penuh. Kalau aku duduk kawasan ni mesti best.

Berbalik kepada tajuk Muhammad Al Fateh. Siapakah Muhammad Al Fateh? 

Aku pun sebelum ni tak tahu dan tak kenal siapakah beliau. Sebab aku jarang mendengar nama beliau. Tapi setelah tahu mengenai baginda. Barulah aku sedar Muhammad Al Fateh merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Islam.

Muhammad Al Fateh adalah Sultan Muhammad bin Murad, iaitu salah seorang Sultan dari kerajaan Islam Uthmaniah yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi. Gelaran Al Fateh adalah bermaksud 'Sang Penakluk'. Ayahanda Sultan Muhammad iaitu Sultan Murad yang mengelarkan Sultan Muhammad dengan gelaran Al-Fateh dengan harapan Sultan Muhammad akan berjaya 'Menakluk Kota Konstinanpel'. 

Baginda juga merupakan anak didik Syeikh Syamsudin (keturunan Abu Bakar As-Sidiq). Syeikh Syamsudin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa 'Bukan baginda yang akan menakluki Kota Konstinanpel tetapi anak di dalam buaian itu. (Iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh)'. Syeikh Syamsudin juga merupakan penasihat baginda dalam mentadbir negara.

Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya menakluk Kota Konstinanpel atau pun lebih dikenali sebagai Istanbul sekarang ini. Istanbul adalah bermaksud 'Islam Keseluruhannya'.

Penaklukan Kota Konstinanpel sebenarnya bermula dari zaman Khalifa Ar Rasyidin lagi. Ia bermula ketika Rasulullah SAW ketika mengali parit ketika perang Khandaq, baginda bersabda bahawa
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Hadis ini adalah 800 tahun sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Kota Konstinanpel. Sebelum kejayaan beliau, telah banyak serang dilancarkan bagi menawan Kota Kontinanpel oleh para sahabat dan juga pemerintah kerajaan  Islam sebelum Sultan Muhammad Al Fateh. 

Insyallah....Dalam entri berikutnya akan aku buat berkenaan Kronologi Serangan ke atas Kota Konstinanpel, Fakta Mengenai Kota Konstinanpel dan Keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh.


Heykawan : Sejarah Islam memang indah untuk dikaji dan didalami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...