Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Muhammad Al Fateh # 1

Surau Muhammad Al- Fatih


Surau Muhamma Al- Fatih di Kampung Batu Muda Tambahan. Semalam buat kali pertama aku singgah di surau berkenaan untuk solat zohor berjemaah. Surau ni agak selesa dimana di ruangan solatnya adalah berhawa dingin. Dan aku tengok jadual kelas agama pun penuh. Kalau aku duduk kawasan ni mesti best.

Berbalik kepada tajuk Muhammad Al Fateh. Siapakah Muhammad Al Fateh? 

Aku pun sebelum ni tak tahu dan tak kenal siapakah beliau. Sebab aku jarang mendengar nama beliau. Tapi setelah tahu mengenai baginda. Barulah aku sedar Muhammad Al Fateh merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Islam.

Muhammad Al Fateh adalah Sultan Muhammad bin Murad, iaitu salah seorang Sultan dari kerajaan Islam Uthmaniah yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi. Gelaran Al Fateh adalah bermaksud 'Sang Penakluk'. Ayahanda Sultan Muhammad iaitu Sultan Murad yang mengelarkan Sultan Muhammad dengan gelaran Al-Fateh dengan harapan Sultan Muhammad akan berjaya 'Menakluk Kota Konstinanpel'. 

Baginda juga merupakan anak didik Syeikh Syamsudin (keturunan Abu Bakar As-Sidiq). Syeikh Syamsudin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa 'Bukan baginda yang akan menakluki Kota Konstinanpel tetapi anak di dalam buaian itu. (Iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh)'. Syeikh Syamsudin juga merupakan penasihat baginda dalam mentadbir negara.

Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya menakluk Kota Konstinanpel atau pun lebih dikenali sebagai Istanbul sekarang ini. Istanbul adalah bermaksud 'Islam Keseluruhannya'.

Penaklukan Kota Konstinanpel sebenarnya bermula dari zaman Khalifa Ar Rasyidin lagi. Ia bermula ketika Rasulullah SAW ketika mengali parit ketika perang Khandaq, baginda bersabda bahawa
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Hadis ini adalah 800 tahun sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Kota Konstinanpel. Sebelum kejayaan beliau, telah banyak serang dilancarkan bagi menawan Kota Kontinanpel oleh para sahabat dan juga pemerintah kerajaan  Islam sebelum Sultan Muhammad Al Fateh. 

Insyallah....Dalam entri berikutnya akan aku buat berkenaan Kronologi Serangan ke atas Kota Konstinanpel, Fakta Mengenai Kota Konstinanpel dan Keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh.


Heykawan : Sejarah Islam memang indah untuk dikaji dan didalami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...