Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Orang Kita: Kita Saling Membunuh # 2

Aku nak share pengalaman aku yang berkaitan dengan entri Orang Kita: Kita Saling Membunuh.

Dalam bulan April tahun ini, tempat kerja aku telah melakukan lawatan kerja sambil bermesyuarat di sebuah negeri luar dari KL. Tujuan utama adalah lawatan kerja untuk melihat usahawan-usahawan yang berpotensi di negeri tersebut untuk di bawa ke KL dan adakan expo bagi usahawan-usahawan tersebut.

Dan pertemuan telah di aturkan. Berlangsung lah pertemuan antara kami dan usahawa-usahawan negeri tersebut. Ingatkan usahawan tersebut wakil dari setiap daerah dan dari pelusuk negeri. Rupanya tidak. Hanya kroni mereka dan yang berdaftar bawah persatuan mereka. Bukannya usahawan dari seluruh negeri.

Bila di tanya mana usahawa lain. Jawab mereka mudah saja " Orang lain x minat"

Padahal matlamat asal adalah untuk bertemu dengan usahawan desa yang boleh dimajukan lagi. Oleh kerana, nama usahawan yang mengaturkan sudah famous di negeri tersebut dan seluruh Malaysia malah xsilap aku mereka telah bukak cawangan luar negara. Bangunan dia usah cakap, memang besar. Maklum lah usahawan berjaya.

Mesyuarat tetap kami langsungkan. Tujuan nya adalah untuk membawa mereka ke expo. Dan bila di tanya-tanya. Mereka hanya berminat sekiranya percuma. 
Perbincangan berlangsung hampir 1jam. Persetujuan dicapai, kami cuba untuk bagi percuma. Dan bila setuju percuma, mereka mohon kami menyediakan penginapan pula. Dan pihak kami mula merasa lain macam. Dan perbincangan pertama ditangguhkan dan akan disambung kemudian. Seterusnya lawatan ke premis-premis mereka.

Lepas pergi ke beberapa premis perniagaan ahli-ahli mesyuarat tersebut. Kami dibawa melihat produk-produk mereka dan cara pemprosesan. Tak dinafikan ianya memang berkualiti.

Bila dah melawat semua premis mereka, kami terlintas untuk melawat kompeni lain pula tapi tidak tahu jalan langsung kami bertanya "Kompeni xxx dan Kompeni zzz macam mana ye?? Boleh tolong bawa kami, kami nak melawat tempat mereka pula?"


"Tak payah lah melawat kompeni mereka. Produk mereka tidak bagus, kualiti teruk sangat. Lagipun mereka tak suka orang luar melawat dan jenis tak mesra." jawab mereka.

Dengar jawapan itu kami pun faham lah. Mereka goyang dengan pesaing mereka yang mungkin lebih bagus. Dan mereka rasa tergugat. Kerna hakikatnya kompeni xxx dan zzz tu adalah kompeni sedang meningkat naik walaupun belum segah mereka.



Mungkin inilah cara mereka berniaga, bukan ingin bersaing secara sihat tetapi ada unsur PHD di situ. Cuba melingkupkan pesaing dengan fitnah bukan cuba meningkatkan jualan produk sendiri. Sekian...






Friday, December 9, 2011

Jejalan Di Nogori #2

Trip kedua dalam jejalan di Nogori adalah melawat Rembau Crystal.
Ni lah bangunan Rembau Crystal. Lawakan....

Hasil yang menarik kat sini. Cantikan pasu ni.
Harga pun cantik jugak.

 Yang ni pun menarik.

 Tengkolok Melayu sebgai cendera hati.

 Dari Kekasih Kepada Kekasih.


 Naga Kristal.
Cantikkan. Orang Cina suka beli yang ni.

 Naga Kristal lagi Besar.
Harganya.....Xbrani nak tanya.
 Dan proses membuatnya adalah.
 Ni lah 'the maker'.
Perempuan tu. Tahniah kak.

 Ni bentuk angsa yang baru siap di buat.
 
 Yang panjang-panjang tu adalah bahan mentah untuk membuat kristal.

 Dan ini relau pembakaran kristal.


Heykawan : Negara kita kaya dengan seni. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati dan diterokai.

Friday, November 12, 2010

Ragam

Sedih....Kecewa...Hanya itu yang dapat aku luahkan. Bila kemudahan yang diberikan kerajaan diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Banyak yang salah gunakan semua ini.

Bukan salah kerajaan. Bukan salah masyarakat. Tapi salah diri sendiri. Terutama kaum aku, Melayu. Banyak kemudahan kerajaan berikan. Tapi tamak. Hanya mau mendapat duit mudah.

Korang bayangkan la. Bila nak mendapatkan premis perniagaan dari kerajaan datang merayu-rayu. Guna kan segala bapak kabel yang ada. Masa di temuduga sanggup apa saja. Terima apa saja. Kononnya berjiwa seorang peniaga berjiwa seorang usahawan yang sanggup terima segala cabaran.

Tapi bila sudah diberikan premis untuk berniaga. Diberikan pulak sewa kepada orang lain dengan harga sewa yang berlipat kali ganda. Yang dapat premis goyang kaki. Dok saja. Bebulan dapat duit sewa. Untung atas angin je.

Yang nak meniaga terpaksa la menyewa walaupun harga mahal. Ini lah yang terjadi sekarang.

Kalau itu premis sendiri x aku kisah. Tapi bila premis yang disediakan oleh pihak kerajaan disalah lakukan begini amat sedih. Patut nya bagi lah pada yang hak. Dan kalo xmahu jangan menyusahkan orang lain.

Aku menulis bukan untuk berlagak pandai. Bukan jugak untuk salahkan sesiapa. Aku hanya mahu berkongsi apa yang aku lihat didepan mata aku.

Monday, December 21, 2009

Suara Kubur

Penunggu. Orang melayu taksub ngan penunggu ni suma. Orang dulu-dulu la percaya menda ni suma. Busut anai-anai pun ada penunggu, kubur lama la, memacam. Orang skang xde la sangat dah kot. Ada lagi ke???

Berbalik pada cite penunggu nie. Kita tengok siapa yang terlibat.

Pada suatu pagi yang henig, langit cerah benderang. Udara yang nyaman. Ayam berkokok bersahutan. Kambing kambing mengembek. Kerbau dan lembu menguap. Decit-decit halus burung-burung berterbangan. Menjadi irama indah di pagi hari.

X cam KL ok. Ni kampung zaman dulu.

Orang kampung, cam baisa la. Bangun pagi pekana kopi O panas sama ubi kayu rebus cecah kelapa muda. Perghhh...memang cara beb. Duduk di beranda umah santai-santai sambil hirup kopi. Gulung rokok daun. Sedut asap itam pekat masuk dalam peparu. Rilek. Hembus asap wat bentuk bulat. Layan.

Da siap sarapan pagi dan hisap rokok daun. Bergerak la dia ke kebun dengan sebatang cangkul. Nak mengcangkul tanah. Buat benting tanah nak becucuk tanam. Tue la keje orang dulu, bertani. Berjasa pada tanah nak membesarkan anak cucu. Xde nye gi masuk opis ber'e-cond' dan ngadap komputer. Pastu main tekan-tekan keyboard je.

Sampai kat kebun dia pun mulalah kerja-kerja mencangkul tanah. Membuat batas-batas untuk di tanam sayur-sayuran. Untuk di beri makan anak dan bini. Lebih boleh la di jual di pasar. Sedang dok mencangkul xsedar matahari da tepat di kepala. Sudah tengahari. Rehat la sebentar dia di balik belakang pokok. Pekena rokok daun dan bekal yang di bawa sebelum solat zuhor dan sambung kerja.

Bersebelahan kebun ada sebuah kubur lama, terpisah oleh denai halus. Dalam dok melayan rokok, terdengar bunyi tapak kaki menghampiri. Seorang wanita dan anak kecil. Agak nya dari pasar. Banyak barang di bawanya.

Sampai di kawasan kubur tersebur. Wanita tu pun berhenti.

'Minta ampun, tok. Cucu mu nak lalu. Jangan di ganggu ye' kata wanita itu.

'Silakan lah lalu. Jangan segan' sahut dia yang dok rehat di balik pokok dengan buat suara sedikit garau.

'Yeeee....Baikkkkkkkkk' jerit wanita itu.

Di dukung anaknya, kain di selak paras lutut. Terus mula langkah seribu beliau. Pecutan yang mampu mengalahkan Watson Nyambek. hehehhe...

Dia yang duduk berehat. Tergelak melihat wanita itu lari. Agaknya di pikiran wanita itu, suara itu dari kubur.



PSP: Jangan la taksub pada menda x berfaedah nie. Allah Maha berkuasa.

Monday, August 31, 2009

Salam 1 malaysia

1 Malaysia sedang melalukan perarakan hari kemerdekaan. Baguih btol la depa nie...Bersemangat waja...Bersemangat patriotik....Ermmmm...Btol ke??Ke sebab terpaksa??Ke sebab duit??Bukan kerana patriotik...

Erhmm....Whatever lah....

1 Malaysia...Malaysia memang satu ok...Tiada dua atau tiga...Malaysia ke-2 pun xkan ade kot??Ke da ade??? Cuma rakyatnye je yang xpernah bersatu.


Bila ada pilihanraya kecil mula sibuk kata mengata, kat kedai kopi pun boley bertumbuk. Bila da kalah pilihanraya mula kata yang menang serang yang kalah..Btol ke nie???


Bila ada protes. Gile gila ko adakan demotrasi yek...Siap guna kepala lembu..Memang bodoh lebih bodoh dari lembu..Lembu tue lagi cerdik dari mereka-mereka yang buat semua ni. Mana maruah?? Hebah sana sini dok laung 1 Malaysia pastu gi golek kepala lembu....Bangang ape..

Bila Melayu nak bersatu??? Aku xpeduli kaum lain sebab aku tau diorang hanya di mulut bukan dihati. Melayu x, kekadang sampai dalam hati dok ade bendera parti. Sampai bawa mati perjuangkan parti. Jiran lain parti mati pun tidak di ziarah....Woit..woit...sudah la tue. Memang parti lain-lain kubur pun lain-lain tapi amalan di dunia jugak la jadi ukuran. Yang salah diperbetulkan. Yang betul diperhebahkan..

Pape pun, blogger tetap bersatu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...