Sedih....Kecewa...Hanya itu yang dapat aku luahkan. Bila kemudahan yang diberikan kerajaan diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Banyak yang salah gunakan semua ini.
Bukan salah kerajaan. Bukan salah masyarakat. Tapi salah diri sendiri. Terutama kaum aku, Melayu. Banyak kemudahan kerajaan berikan. Tapi tamak. Hanya mau mendapat duit mudah.
Korang bayangkan la. Bila nak mendapatkan premis perniagaan dari kerajaan datang merayu-rayu. Guna kan segala bapak kabel yang ada. Masa di temuduga sanggup apa saja. Terima apa saja. Kononnya berjiwa seorang peniaga berjiwa seorang usahawan yang sanggup terima segala cabaran.
Tapi bila sudah diberikan premis untuk berniaga. Diberikan pulak sewa kepada orang lain dengan harga sewa yang berlipat kali ganda. Yang dapat premis goyang kaki. Dok saja. Bebulan dapat duit sewa. Untung atas angin je.
Yang nak meniaga terpaksa la menyewa walaupun harga mahal. Ini lah yang terjadi sekarang.
Kalau itu premis sendiri x aku kisah. Tapi bila premis yang disediakan oleh pihak kerajaan disalah lakukan begini amat sedih. Patut nya bagi lah pada yang hak. Dan kalo xmahu jangan menyusahkan orang lain.
Aku menulis bukan untuk berlagak pandai. Bukan jugak untuk salahkan sesiapa. Aku hanya mahu berkongsi apa yang aku lihat didepan mata aku.
5 Pandangan Kekawan:
bila kerajaan tak bagi kang..kata kerajaan tak bertanggungjawab...tu laa ni laa...bila dah bagi tak dihargainya pula...
betul tuuuuuuuuuu
Mmg jenis tau nak duit je. Ade harta sikit jual. Nasib baik tangan ngan jari tak boleh jual. Kalo tak ramai yg kudung...
apa boleh buat..zaman sekarang ni macam2 org boleh buat semata2 nak untung besar..
bila dah tak dapat premis, melalak pula sampai berdemo bagai
bila dapat, camni jadinya lak
haih
Post a Comment