Dengan segala hormatnya pekara di atas adalah dirujuk.
2. Mohon kerjasama bos untuk upgrade PC saya agar senang saya nak buat kerja dan tugasan hakiki saya.
3. Kerjasama dan keperihatinan bos saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian.
Yang Bertugas.
Kuli Mu yang Kecik.
Webpage pun dah ada yang pandai minta dalam HD.
Heykawan : PC aku x support semua perisian. Dan yang jenuh nya kalau aku nak buat drawing. Terpaksa aku restart pc kasi fresh dan on AutoCad saja. Tu pun drawing yang simple pun makan 1jam nak siap sebab hang. Adoiyai.
Kalau diupgade sedap skit nak skodeng blog......Dalam mimpi je la.
Heykawan 2 : Blog ini akan terbiar buat seketika. Tokey kedai sibuk nak cuti CNY. Err....Blom lagi. Minggu ini jadual penuh ngan mesyuarat je. Jadual melawat premis terpaksa tunda.
Ada tiga orang sahabat. Abu, Yus dan Meon duduk kedai kopi. Sembang kosong. Order Teh-O ais segelas berharga RM1.20 tapi duduk nyembang ala YB dekat 3jam. Ketiga-tiga nie kawan lama, kongsi satu minat racing.
'Semalam aku gi merempit kat Shah Alam. Layang roundabout kayangan. Asah lutut beb.' cerita Yus beriya.
'Ade lebih x?? Past la kat aku sorang.' soal Abu yang banyak tanya.
'Member punye pasal xde hal la. HAh......Meon, ko nie pesal diam je dari tadi. Kata kaki racing. Ko xnak join aku ke Ahad malam nie.' tanya Yus pada Meon yang muka blur je sedari tadi.
'Moto kapcai aku xlayan sangat la. Rempit-rempit i don't like la. Aku layan superbike dan keta je' jawab Meon.
'Aih...........Bila plak ko pakai keta ngan superbike. Sape punye? Aku tengok kau ade Honda C70 je.' sampuk Yus plak.
'Ade.....Baik punye aku make-up. Xtunjuk kat korang je. Siap dah beribu-ribu dollar da aku menang. Biasa aku pakai Mitsubishi Evo IIV je. Takat Supra, RX-8 ke, Impreza ke. Rilek je aku tinggal lima tiang. Malas la nak sembang' cerita Meon ngan kompidennya.
'Ko biar btol, Meon??? Ko bawa moto pun cam siput sedut je. Camne lak ko leh race keta plak?? Lesen pun xde.....Siap menang dollar lagi. Mana kau Race???' tanya Abu yang tak puas hati.
'Btol. Aku race kat PS2. Need For Speed Carbon.' jawab Meon ngan muka x bersalahnya.
PSP: Janganlah x merempit kalau rasa nyawa anda x berharga. sekian
Aku niat di hati nak call mak aku. Aku amik henpon aku. Terus dail no mak aku dengan konfiden nye. Dan tekap ke telinge. Al maklum la henpon aku x canggih dan xde menatang letak kat telinge yang xde wire tue.
Aku tunggu. Dekat 30saat. Nada tutttt-tuttt-tuttt pun tiada kedengaran. Sunyi je.
Dalam hati da mula rasa nak menyumpah si Biru. Seb baik hati masih bersabar.Tinggi jugak tahap kesabaran aku.
Aku tengok balik henpon aku. Rupanya aku xtekan butang hijau tue. Patut la xde bunyi tuttt-tuttt-tuttt. Aku kuciwa. Nyata aku amat sengal. Termalu bersipu-sipu aku.
PSP: Bila la Nokia, Blackberry, Sony Ericson, CSL ke mau wat henpon yang leh call pakai NIAT je. Aku mau beli sedozen.
"Awak terlalu baik untuk saya. Saya x layak untuk awak"
Siyes ku rasa cam sial je orang yang suke guna ayat camni untuk memutuskan hubungan. Cilaka. Nape plak kalo lelaki yang baik perempuan xleh terima??? Kenapa?? Nak jaga hati???
Kalo putus tu da menghancurkan hati wat pe nak jaga hati lagi. Terus terang je la. Ape ke bangang......
Ayat camni memang pedih beb. Tolong la jangan guna ayat camni. Better guna la ayat cam kat bawah nie.
"Saya da ada orang lain. Jadi kita putus"
"Saya jumpe orang yang lagi kaya dan bagi kemewahan pada saya. Jadi kita putus"
"Awak x hensem. Dia lagi hensem dan kaya. Jadi awak sila nyah"
"Saya nak putuskan hubungan ini"
PSP: Ini bukan aku. Kawan aku meluahkan perasaan dia. Ada sape mau jadi calon dia???Hahahahhahaha