Showing posts with label adik aku. Show all posts
Showing posts with label adik aku. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


Monday, June 13, 2011

Ulang Tahun

12 Jun 2010.....Hari sahnya kami sebagai suami isteri

13 Jun 2010....Hari persandingan kami

12 Jun 2011....Genap setahun kami sebagai suami isteri

Semoga jodoh kami kekal selamanya...

 

Tuesday, March 8, 2011

ZaMan Gelap Aku: Curi Rokok CIkgu

Aku masa remaja dulu nak kata skema x jugak. Nak kata jahat pun x jugak. Nak kata alim x jugak. Bak kata Iwan Dangdut dalam lagu dangdut dia yang aku xhingat apakah tajuknya tapi bunyi liriknya lebih kurang camni la 'yang sedang-sedang saja'.


Masa aku form 4 dan 5. Kelas agak banyak presentation kena buat. Terutamanya kelas biologi. Cikgu bio aku Cikgu Anuar. Terima Kasih Cikgu.

Ada satu hari tue. Aku and da' geng kena la present satu topik xsilap aku pasal usus dalam bentuk peta minta. Dalam group aku nie ada la 4orang. Suma laki. Cam biasalah bila last time present tue ada la sesi soal jawab.

'Ada sebarang soalan' tanya Daus.

Sepi kelas. Diam. Cam xde soalan nak tanya. Mesti ni pasal kami terer present jadi semua paham. Tue yang xde soalan. (Walhal, kompem sorang pun xpaham apa yang kami present. Sebab kami pun xpaham)

Dalam dok tunggu soklan tue. Tetiba Apis cuit bahu aku. Sambil memuncungkan mulut.

'Apa dia?' Tanya aku.

'Kat lantai tue. Mild Seven' jawab Apis.

'Kau nak ke?? Menda free jangan ditolak nenek aku pesan.' sambung Apis lagi.

Mild Seven tue adalah rokok cikgu Nuar yang cicir. Tapi kompem cikgu Nuar xsedar.

'Ok. Aku akan ejaskan' jawab aku dengan kompiden.

Oleh sebab xde soalan. Aku pun tanggal la kertas presentation tue. Sambil melipat-lipat kertas tue ngan lembabnya. Aku rasa siput sedut pun xselembab aku lipat ketas pada hari tue.

'Ok x presentation kami cikgu??' tanyak aku pada cikgu Nuar sambil merapatkan diri ngan cikgu Nuar.

'Ok. Tapi x cukup padat lagi. Kurang ummppphhhh lagi.' jawab cikgu nuar.

Apis pulak datang ke belakang cikgu nuar. Bawa buku rujukan konon nak tanya soalan yang x paham. Manakala, aku pulak nyepak rokok cikgu dan menggunakan kertas presentation untuk cover kaki aku.

Sretttttttttttt.....Rokok menggelungsur ke tepi dinding. Misi utama da berjalan lancar.

Abes je kelas Bio. Cikgu Nuar keluar. Laju je Apis gi amik rokok dan mintak aku cover line. Ade dua tiga orang budak kelas aku join sama. Almaklum la. Kenduri rokok free. hahhahaah.....



Dan yang bestnya. Malam sebelum exam bio SPM. Kami berempat pegi ke rumah Cikgu Nuar. Dia adalah warden asrama. Untuk mintak maaf pasal curik rokok cikgu.

Alhamdullillah.....Result bio SPM kami berempat adalah cemerlang. Dan skang suma da berjaya. 

Terima Kasih CIkgu


PSP: Aku bukan perokok.
PSP2: Buat salah dan mengaku kesalahan itu perlu. Jangan egois.

Thursday, November 18, 2010

Zaman dulu dulu

Bila dok syok main PS2 (masih gagal memiliki PS3) sesorang dalam bilik. Teringat aku zaman dok kat asrama sekolah. Sekolah aku kat pekan kecil je. Nak ke Kota Bharu pun dalam 30 minit naik bas. Zaman aku bukan zaman mat rempit, kami naik beskal tua je.

Tapi aku lebih suke ke Takbai, Thailand dari ke KB. Dekat dan lebih best. Best bukan sebab dia cam kat Danok tue. Yang ada pasar yang jual ayam banyak. Kat Takbai mmg ada, tidak dinafikan tapi aku ke sana bukan untuk ayam untuk main game je. Masa tue PlayStation je. Xde lagi PS2.

Walaupun gambar PS tue bukan lah dalam format HD. Aku dan kekawan tetap layan je. Memikirkan kebosanan yang amat. Jadi melepaskanlah gian kat game tue. Dengan bayaran RM2 sejam. Nak kata puas xde la puas sangat. Bukan la cam PS kat umah. Tapi lepas la layan gamTekken dan Winning eleven. Main pun stok main berkawan. sebab RM2 tue pun bayar Half-half. Nak bayar sorang xmampu.

Pasal kena budget skit. Balik kang nak beli Pulut Ayam @ Nasi Gomok lagi yang berharga RM1.50. Tue je la yang mampu dibeli. Nak beli KFc pun xde kat sana. KFC pun aku kenal time tingkat 4 je. Kelaskan??

Tapi tue dulu, nak ke Takbai tu xde gentarnya. Naik bas naik perahu wat selamba je. Xde pasport maupun border pass. Main reddah je. Sekarang jangan harap.

Bila teringatkan zaman tue, xde la cam zaman skang. Masa yang pantas berlalu pergi.

Tuesday, April 27, 2010

bila terlebih konfiden

Aku niat di hati nak call mak aku. Aku amik henpon aku. Terus dail no mak aku dengan konfiden nye. Dan tekap ke telinge. Al maklum la henpon aku x canggih dan xde menatang letak kat telinge yang xde wire tue.

Aku tunggu. Dekat 30saat. Nada tutttt-tuttt-tuttt pun tiada kedengaran. Sunyi je.

Dalam hati da mula rasa nak menyumpah si Biru. Seb baik hati masih bersabar.Tinggi jugak tahap kesabaran aku.

Aku tengok balik henpon aku. Rupanya aku xtekan butang hijau tue. Patut la xde bunyi tuttt-tuttt-tuttt. Aku kuciwa. Nyata aku amat sengal. Termalu bersipu-sipu aku.







PSP: Bila la Nokia, Blackberry, Sony Ericson, CSL ke mau wat henpon yang leh call pakai NIAT je. Aku mau beli sedozen.


Monday, April 19, 2010

Lagi Adik aku punye hal

Ari tue time dok bersenggol-senggolan kat umah my daddy and my mummy. Biasa la si pemalas cam aku, ape lagi nak di buat kan selain dari menambah lemak2 yang terkumpul di perut. Orang lain sibuk ke gym kejar 6pax aku rilek2 je kat umah kejar 3 layer je cukup. Xyah 6pax. Nyusahkan je.

Abang aku dok sibuk membersihkan kereta dia, Nak memvakum kan kereta, yang baru pas dicuci adik aku. Biasa lah balik umah rasuah adik skit baru la bersih keta tue. Ye tak??

'Dik, amik wayar extension jap?? Nak vakum kereta nie??' suruh abang aku.

'Wayar mana??' tanya adik Azim aku ngan muka blur.

'Wayar extension la. Nak vakum kereta nie. Tanya la ma' jawab abang aku.

Adik aku da xbanyak soal terus cari ma aku.

'Ma, wayar dok mana??' tanya adik aku pada ma aku.

'Wayar mana??' tanya ma balik.

'Ari tu kan ada wayar panjang warna kuning yang abang pie wat balik. Dok mana??' tanya adik aku lagi.

Aku da pelik. Bila pulak umah aku ada wayar extension warna kuning plak nie.

'Try cari kat dapur nuh. Kat mesin basuh??' jawab ma aku.

5minit kemudian adik aku keluar. Ngan wayar warna kuning. Aku tengok dia memabawa getah paip. Tapi malas aku nak tegur. Biar je. Hahhahahaha

'Nah' adik aku bagi wayar pada abang aku.

Abang aku tengok adik aku dari atas ke bawah.

'Ni nak wat pe dik oit?? Ni getah paip air. Abang nak wayar extension. Ni nak guna cam na nak vakum. Hahahhahaah' jawab abang aku. Sambil gelakkan adik aku.

'Owh...xleh ke?? Lain kali cakap awal-awal.' Balas adik aku yang bermuka blur lagi xpuas hati kena gelak reramai.

Monday, April 12, 2010

Sehari Di Kepong

Kalo ikutkan perancangan asal nak ke Majlis Perkahwinan kawan tunang aku kat Kajang. Ajakan Jard ke Majlis Perkahwinan di Sungai buluh pun terpaksa aku tolak. Tapi lain dirancang lain jadinya. Rupanya adik aku datang ke Kepong ada perlawanan 1st Taekwando Kepong Open kat SMK Kepong Baru.

Pepagi Sabtu tue terus je ke Kepong. Pasal adik bongsu aku, Man lawan pagi. Tapi aku agak terlewat. Sampai je abang aku cakap Man da kalah. Lawan xsampai seminit. Man terpaksa tarik diri pasal cedera kat lutut kanan dia. Kalah awal. No hal la dik try lagi lain kali.

Pastu dok la melepak sementara menunggu adik aku yang sorang lagi main, Azim. Dia main lewat dekat pukul 5 baru lawan. Jenuh gak menunggu kat situ. Ke hulu hilir tanpa arah tuju. Dok usha orang berlawan. Kekadang kejar-kejar ngan anak buah aku.

Azim gak kalah gak pada lawan dia. Dapat pingat gangsa je. Abah aku da cakap ni perlawanan terakhir wat Azim. Pas PMR baru leh main balik.

Dekat pukul 6 baru aku gerak balik. Pasal ada hal lain nak aku setelkan. Xsempat nak tengok Azim amik pingat. Dengarnya 6pingat Emas diorang bawak balik.

Aku dulu pun xberpeluang nak wat menda sebegini. Diorang memang bertuah. Aku mungkin sebab kekangan ekonomi keluarga pada masa tue. Kalo ikut kan memang aku minat pada Martial Art terutama Silat.

Tahniah wat adik aku.

Thursday, April 8, 2010

100plus adik aku

Ari tue balik kampung, melepak reramai kat ruang tamu. Walaupun kecik masih membahgiakan keluarga aku. Aku cam biasa berguling-guling cam dugong kenyang baru pas tibai ayam pusing. Suma ada, abang aku dok sibuk kejar-kejar 3heroin dia yang ligat tue. Adik-adik aku dok tengok tv cite ape ntah. Ma cam biasa layan blues kat dapur abah plak layan blues kat beranda sambil menghitamkan peparu.

'Dik, gi beli air 100plus ko kakak' suruh abang aku pada adik aku.

'Ok. Bak duit. Orang pegi jalan kaki je.' cakap adik aku.

'Bawa lah kakak skali' sambung abang aku.

Adik aku x membantah. Bawa la dia, anak abang aku tue. Berjalan beriringan bersama-sama menuju ke kedai.

Aku masih dok cam tue. Bergolek sana sini. Sesekejap gi nyakat mak aku kat dapur.

'Nah.....' Adik aku menghulurkan barang yang abang aku pinta beli tadi.

'Ape nie??' tanya abang aku. Muka da nak tergelak.

'Tadi suruh beli' jawab adik aku lagi.

'Hahahahhahah.........Ni ape dia dik oi???? Suruh beli 100 plus la. Air 100plus. Hahhahhaha' abang aku bantai gelakkan adik aku.

Adik aku da muka merah padam. Muka cam xbersalah je. Kami pun turut tergelak tengok adik aku.




Ni la yang adik aku beli.........

Handyplast
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...