Showing posts with label taekwando. Show all posts
Showing posts with label taekwando. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


Monday, November 21, 2011

Seni Bela Diri : banyak kebaikan ke keburukan?

 Seni Silat Gayong Malaysia. 

Seni bela diri adalah seni mempertahankan diri adalah pergerakan tubuh badan pada tahap optimum untuk mempertahankan diri. Memaksimumkan pergerakkan badan.


 Capoeira berasal dari Brazil. 
Sumber: google.com



Seni bela diri banyak kebaikannya, selain dari mendapat ilmu bagi mempertahankan diri apabila dalam kecemasan atau keadaan yang terancam. Seni bela diri boleh mendapatkan tubuh badan yang sihat. Seni bela diri juga adalah sejenis senaman.

 Judo mementingkan teknik balingan dan jatuhkan lawan. 
Sumber: google.com

Bagi aku juga seni bela diri juga dapat mendisiplinkan diri kita. Kerana dalam latihan seni bela ketepatan masa dalam sesuatu pergerakan dan keseragaman. Lagi pun bila dah masa kita sibuk dengan aktiviti berpesatuan kita pasti tiada masa lagi ngan buat aktiviti yang tidak berfaedah cam penagihan dadah dan masalah sosial lain.
Muay Thai dari Thailand. 
sumber : google.com

Selain itu seni bela diri boleh juga jadi punca pendapatan tambahan. Caranya adalah dengan mengajar kelas seni bela diri dan juga dengan masuk pertandingan pertandingan.

Keburukan nya pula bagi aku adalah sekira nya ilmu seni bela diri itu disalah gunakan. Bila seni bela diri digunakan untuk aktiviti samseng dan lain-lain.  

Bagi aku, walaupun ada senapang atau pistol pun, seni bela diri adalah tetap penting. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, bermacam dugaan yang akan kita hadapi, sekurangnya dapat kita pertahankan diri. Menyelamatkan nyawa dari ancaman nyawa.
Karate. Sumber google.com
Baik silat, taekwando, karate, muay thai, judo, capoeira, mahupun kung fu semuanya sama sahaja. Basic dan tujuan adalah sama untuk memepertahankan diri dengan pergerakan badan yang optimum.

Singkirkan lah pendapat bahawa seni bela diri adalah ganas. Kerana ianya baik untuk badan.


Nota: Teringin untuk aktif kembali dalam seni bela diri yang dah bertahun ku tinggalkan.


Monday, April 12, 2010

Sehari Di Kepong

Kalo ikutkan perancangan asal nak ke Majlis Perkahwinan kawan tunang aku kat Kajang. Ajakan Jard ke Majlis Perkahwinan di Sungai buluh pun terpaksa aku tolak. Tapi lain dirancang lain jadinya. Rupanya adik aku datang ke Kepong ada perlawanan 1st Taekwando Kepong Open kat SMK Kepong Baru.

Pepagi Sabtu tue terus je ke Kepong. Pasal adik bongsu aku, Man lawan pagi. Tapi aku agak terlewat. Sampai je abang aku cakap Man da kalah. Lawan xsampai seminit. Man terpaksa tarik diri pasal cedera kat lutut kanan dia. Kalah awal. No hal la dik try lagi lain kali.

Pastu dok la melepak sementara menunggu adik aku yang sorang lagi main, Azim. Dia main lewat dekat pukul 5 baru lawan. Jenuh gak menunggu kat situ. Ke hulu hilir tanpa arah tuju. Dok usha orang berlawan. Kekadang kejar-kejar ngan anak buah aku.

Azim gak kalah gak pada lawan dia. Dapat pingat gangsa je. Abah aku da cakap ni perlawanan terakhir wat Azim. Pas PMR baru leh main balik.

Dekat pukul 6 baru aku gerak balik. Pasal ada hal lain nak aku setelkan. Xsempat nak tengok Azim amik pingat. Dengarnya 6pingat Emas diorang bawak balik.

Aku dulu pun xberpeluang nak wat menda sebegini. Diorang memang bertuah. Aku mungkin sebab kekangan ekonomi keluarga pada masa tue. Kalo ikut kan memang aku minat pada Martial Art terutama Silat.

Tahniah wat adik aku.

Monday, July 27, 2009

Keep On Moving Bro


25 dan 26 Julai 2009 iaitu Sabtu dan Ahad lalu, telah berlangsung ICTO 2009 kat Stadium Badminton Kuala Lumpur. Persatuan-persatuan taekwando dari perlbagai negara telah menyertainya termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, India, Australia, Jordan, Iran, Pakistan, Korea dll. Dari Malaysia terdapat beberapa persatuan telah menyertainya antaranya Persatuan Taekwando Kelantan, Pro Sport Taekwando, Speed Power Taekwando dan banyak nama lagi yang aku xingat.

Adik aku, Aziem salah seorang yang menyertai pertandingan ini dibawah Persatuan Taekwando Kelantan. Adik aku sampai sini pada hari Jumaat, 24 Julai. Kira-kira jam 11 pagi diorang semua kena mendaftar dan timbang berat kat Hotel Maluri. Diorang ada kategori memasing. Aku pun xarif sangat. Berat adik aku 36kg, so dalam katagori 36-38kg kalo xsilap aku.

Malam tue diorang menginap di Hotel Sentral kat Jalan Tun Sambathan 5.

Game adik aku adalah opening game pada 25 Julai. Aku pun xsempat tengok game dia. Lawan adik aku yang pertama adalah dari Pakistan. Lawan dia dari Pakistan nie tinggi skit dari dia. Adik aku menang game ni dengan KO.

Lawan kedua adik aku pada hari tue plak dari Iran. Game ni mula kira-kira jam 10pagi. Game ni sempat aku, abah aku dan adik aku yang bongsu, Loqman gi tengok. Lawan dia yang dari Iran nie memang tinggi gile. Lebih tinggi dari adik aku, sama tinggi ngan abah aku. Memang kesian gile kat adik aku. Nak dapat satu point pun susah. Terpaksa memerah kudrat. Xsilap aku adik aku paras dada budak Iran tue je. Game ni adik aku kalah 1 - 19.

Kesian aku tengok adik aku. Nak sepak kena perut kawan tue pun susah. Si budak iran nie plak asal angkat penyepak memang kena kepala adik aku. Untuk pengetahuan korang tendang kena kepala 2 point kena perut 1 point.

Kelab Taekwando Adik aku dapat bawa pulang 1 emas dan 4 gangsa. Adik aku xdapat medal sebab kalah di game kedua. Dia dapat pengalaman berharga dalam hidup dia. Aku pun xsempat merasa semua tue.

Papepun aku nak ucapkan tahniah kat adik aku. Dia da berkerja keras. Tapi adat perlawanan ada menang kalah. Semoga adik aku terus maju di masa depan.

Good Luck Bro....


P21: Kalo ada masa dan rajin nanti aku masukkan pic dan video nye.

Ps2: Aku tengok berita sukan kat TV dan paper xde pun pasal nie....kalo korang nak tengok leh beli majalah Click! @ www.clickgolive.com/ICTO2009

Ps3: Awek cun ramai woo main taekwando...wachaaaaaaaa....

Psp: aku da lapar...bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...