Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


15 Pandangan Kekawan:

Dr K said...

Saya pun teringin nak tgk movie ni. Saya mmg anti movie melayu yg meleret2 kisah cinta...Hope movie ni beri kelainan, yg macam saya expect..

pB said...

nok keno tengok nie

Kakzakie Purvit said...

Kakak belum menonton lagi.. biasa kakak tunggu vcd ajelah... harap boleh faham maksud tersirat ada mesej...

Masy said...

yessssss aku tgk kat wayang cite ni. mmg best. dgn syarat bila nk tgk cite ni jgn set minda utk bergembira. ini bkn cite ringan..

eMMe said...

eh! tak prasan la Jimmy Lor tu.. hehehe... nape dia lak dipanggil belakon, kan ramai org lain lagik, heheheeh

Unknown said...

@Daddy Ziyyad
Bagi saya cerita ni memang berat dan sarat dengan mesej....

Mungkin agak meleret skit. Tapi ada tujuan dia.

Hope cite ni boleh bagi kepuasan kat Dr jugak...

Unknown said...

@pB
Tgk Pb....Kecek Klate lagi..

Unknown said...

@Kakzakie

Harap begitu lah Kak.... Kalau kat astro first ada subtitle kot..

Unknown said...

@Masy
btol...cite ni berat dan padat dgn mesej....tp aku suka cite yg camni dari cite lawak kosong....

Unknown said...

@eMMe
Jimmy Lor dia ada dalam cite ni watak dia Jing iaitu sorang nelayan cina. Jing adalah kawan kepada Faizal Husin dalam cite ni.

Apa yang saya baca dalam website Bunohan. Dain Said ambil Jimmy sebab dia nak sorang lelaki Cina yang boleh berbahasa Kelate. Dan pertemuan Dain Said dengan Jimmy adalah secara kebetulan dan Dain telah mempelawa Jimmy untuk berlakon. Jimmy sebenarnya pernah berkerjasama dengan Faizal Husin sebelum ini.

Itu serba sedikit yang saya tahu la.

faraherda.razalan said...

Dah tgk ke? Teringin nak tgk...

Unknown said...

@Pok Amai-Amai
dah tengok....dah kuar dvd pun....kat speedy pun ado

puding roti said...

tengok doh. tp sygnya tgk dlm keadaan yg dh tau ending dia mcm mn. mmg tak syok la kan. hu

alien said...

yah!!
pada aku ia filem terbaik pernah aku tonton tahun ni selepas 'Songlap' pada tahun lepas..
Kudos!!

malaysia perlu bykn filem camni..
next.. "Chow kit" dger2 kata bes..

Prettywrite said...

nak tengok gop..kat youtube takdok ker?ramai kata tak best..tu jenis hok brehi layan crito ggewe2 la tuh..haha tokleh g..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...