Friday, April 13, 2012

Berjinak Dalam Urusniaga Internet


Mungkin otai-otai blogger dah ramai buat urusniaga internet ni. Sakang memacam laman sesawang yang menyediakan urusniaga internet seperti mudah.my, lelong.com, ebay.com, dinodirect.com dan lain-lain. Itu tidak termasuk lagi dengan forum-forum yang menyediakan ruangan diskusi bagi urusniasa dalam talian ni.
 
Tapi bagi aku, aku amat jarang berurus niaga dalam internet kerana takut dan tak percaya pada sesetengah peniaga kat internet ni. Tapi sejak dua menjak ni, aku mula berjinak-jinak dengan urusniaga tersebut memandangkan pembelian dalam talian ini adalah lebih murah (sesetengah) dari beli terus dari kedai. Terutamanya bagi barangan terpakai.

Walaupun aku mula berurusan dalam talian, aku tetap nak COD. Cash on delivery je. Aku tak prefer sangat nak bank in dan pos. Pasal duit adik beradik pun sanggup membunuh. Btol x??


Alasan aku sebab nak COD :
  1. Elak Ditipu - Sebab ada kes yang kawan aku terkena di mana bila bank in duit. Barang tak pos. Bila di contact tak dapat. Tak di jawab. Kekadang cakap dah pos tapi tak pos pun. Itu yang merisaukan aku.
  2. Boleh test barang - Bila COD biasa kita boleh test barang tu dulu. Puas hati dengan kualiti baru bayar. Lagipun time ni lah nak nego kaw-kaw pun. Hehehehehe
  3. Tambah kenalan - Sekurang-kurang nya leh tambah kawan. Biasanya orang yang meniaga ni mesti mempunyai minat yang sama ngan kita. Sebab tu dia ada barang yang kita nak tu. Contoh : koleksi siling lama. Tak semua orang minat kumpul siling lama. 

Penagalaman aku juga. Ada juga peniaga bila nak COD tak datang. Janji dah di buat. Tarikh dan tempat dah set. Tunggu punya tunggu peniaga tak datang-datang. Memang lah hati panas dan amarah. Tapi sekurangnya duit kita tak terbang bersama masa kita.

Aku skang dah mula suka beli barang dalam internet. Sekurang-kurang leh save 100-200 jadilah.....hehehehehe

Urusniaga internet ni ada baik buruk nya. Tepuk dada tanya hati.


7 Pandangan Kekawan:

dear anies said...

pd sy tambah kenalan x pe tp nk berurusniaga sy masih x konfiden..even urusniaga bank online pon sy x berani nk buat

Unknown said...

@KhaiRin : anies
saya memula tak konfident jugak...tapi sekali buat rasa seronok pulak....

faraherda.razalan said...

Sy cume pnh beli brg dr internet dlm 2 kali je. Tak puas hati. Bukan sbb org tu tipu. Tapi sy lebih puas belek dulu then beli.

Denaihati said...

memang ada baik dan buruk pembelian melalui internet. juga tak semua barang sesuai pembelian kat internet.

Kakzakie Purvit said...

Memang mudah dan banyak juga yg menipu itu yg takut kan...

Kena bijak mengendali dan tahu yg mana patut dan tidak patut kalau tak alamat kena tipulah..

Anonymous said...

lagi suka COD tapi dek kerana M tu lagi besar selalunya teronline je.

Boneka Tak Sakit said...

aku pown tgh usaha juga nak build internet bisnes sendiri.. tak tau camner nak buat pelahan2 la kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...