Kejadian ni jadi pada tahun 2008. Masa tu aku kerja dengan satu kontraktor dan ditugaskan menjaga tapak di Bandar Selesa Jaya, Johor. Dekat la dengan Nusajaya punya tapak pembangunan. Dan masa ni nama Ayam Penyek tak sefemes sekarang ni. Kat KL pun dah bersepah kedai Ayam Penyek.
Masa drive nak pergi ke pejabat tapak di Selesa Jaya, aku drive dan sebelah ada safety manager aku. Sampai satu simpang dekat dengan Petronas nampak la satu kedai besar tertulis Restoren Ayam Penyek.
Bos Aku : Menarik kedai ni. Cantik hiasan dia. Restoren Ayam Penyek. Ayam.
Aku : Ayam Penyek tu bos tau ke apa??
Bos Aku : Tak tahu la, di. Apa tu?? Kau tahu....
(akal jahat aku datang)
Aku : Sejarahnya dulu ada sorang pakcik ni. Dia sayang sangat kat ayam kampung dia. Dia tak de lauk nak makan pun dia tak sembelih ayam dia. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ayam dia telah kena gilis dengan lori. Dek kerana sayangkan sangat ayam dia, dia telah goreng ayam dia untuk makan. Katanya biar ayam tu sebati dengan nya buat selamanya. Tue la sejarah ayam penyek kalau bos nak tau.
Bos Aku : Dah di. Kau jangan nak ngarut. Kau bawak je hilux ni cepat. Geli tekak aku dengar cerita dongeng kau.
Aku : Baik bos...hahahahahha
Memang aku kelentong je bos aku masa tu. Aku pun tak tahu ayam penyek tu apa. Seb baik lepas tu bos aku bermurah hati belanja aku ayam penyek. First time, aku makan ayam penyek memang aku tak berapa suka.
8 Pandangan Kekawan:
Kalau betullah kisah tu, kakcik pun tak sanggup nak makan! :)
Kelentong menjadi sampai boss pun tak lalu nak makan. Tempat kakak sekarang dah banyak yg jual tapi ada yg eja PENYET ada yg eja PENYEK...
kalu cm tu sy x mo mkn lg la
Hahahahaha...
Sekurang2nye, sy gelak di pagi Isnin nie. Hehehe. Ayam penyet? Sy kureng sket. Entah nape eh? Maybe tak jumpe yg sedap g kot?
mungkin tgk kedai yg buat ayam penyek tu kot
hah..yg pnth itu bukan sejarah asalkan?? hihi.
nasib baik cerita dogeng, nanti ramai yg termuntah kalau betul. rasanya asak nasi ayam penyek ni dari indonesia.
saya pun tak suka ayam penyet tengok pun macam tak menyelerakan, lagi sedap nasi ayam...
Post a Comment