Muhammad Afif Haiqal (5bulan) bersamaan 8.5kg.
Showing posts with label Afif haiqal. Show all posts
Showing posts with label Afif haiqal. Show all posts
Friday, March 16, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Berenang-Renang
Ni adalah gambar terbaru anak ku, Muhammad Afif Haiqal. Skang dia da pandai berenang-renang setempat (meniarap). Sekarang ni memang pantang letak je atas lantai, memang dia akan terus berpusing nak meniarap. Meniarap je sekejap akan menangis.
Sekarang aku dah benar-benar mengerti istilah "Bagai Menatang Minyak Yang Penuh". Terima kasih, Ya Allah atas kurniaan Mu yang tidak ternilai ini.
Heykawan : Pening memikirkan nak buat pilihan. Semalam dapat call dari seorang kawan lama, minta tolong aku join dia untuk monitor project dia. Sekarang aku tak tahu nak pilih, setia disini dengan status kontrak atau join kawan aku teroka benda baru (yang pasti bebanan kerja yang besar) ????
Thursday, January 19, 2012
Haiqal 3 bulan
Inilah wajah terbaru Afif Haiqal yang menghiburkan kami suami isteri
dengan tangisan, senyuman dan tawanya.
Semoga Haiqal membesar menjadi anak yang soleh. Amin.
Wednesday, January 4, 2012
Berguling-Guling Cam Tenggiling
Kat atas ni adalah antara gambar terbaru putera ku, Muhammad Afif Haiqal.
Semalam beliau terlah berjaya berpusing untuk meniarap sebanyak dua kali.
Satu berjaya dengan jaya nya meniarap.
Lagi satu gagal skit sebab tangan tertindih.
Dah makin membesar dan maju.
Lepas ni bersedialah Haiqal akan sedia untuk mengemas rumah.
Ada sesape nak Haiqal tolong kemas, roger aku? heheheheh.
4 Januari 2011- Genap 3 bulan usia Haiqal.
Semoga kamu sentiasa sihat sayang.
Dan membesar jadi anak yang soleh. Amin
Friday, November 18, 2011
My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal
Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari
dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama,
aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan
kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung
tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.
Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah
dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok
driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut
jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.
Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku
hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je
wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi
masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.
‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’
‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan
induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua
ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan
kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita
buat operation’
Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.
Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu,
minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan.
Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali
ke-2 pun sudah.
Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu
mertua aku dari pagi bersama aku
menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan
hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak
sampai ke 10cm.
Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu
isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka
telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.
Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam
berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya
melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.
‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak
angkat ke?’
‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’
Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku.
Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru
berusia lebih kurang sejam pada masa tu.
‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’
Hari pertama.
Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku
hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi
ikut aku kot.
Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku
mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah
kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.
Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat
yang tidak terkata bagi aku.
Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat
bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku.
Dari seorang suami kepada seorang bapa.
Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.
Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
Friday, October 21, 2011
CInta hati ku
Ni antara pic terbaru anakku, Muhammad Afif Haiqal. Pengubat bagi aku dan isteri.
Sekarang da pandai melonjak kan kaki dia dan tido pun nak berbuai kalo boleh.
Melihat Haiqal membesar bagaikan satu nikmat tidak ternilai.
Terima kasih Ya Allah.
Bagi ibu bapa yang ada anak jangan dok buat cam gambar ni ye.
Kang anak salah faham plak. hehehe
Thursday, October 6, 2011
My Generation
isteri ku telah selamat bersalin pada 4 oct 2011 jam 0002.
muhammad afif haiqal.
terima kasih pada isteri tersayang.
moga keluarga kami bertambah bahgia.
Subscribe to:
Posts (Atom)










