Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Siapakah Mustafa Kamal Atarturk yang sebenarnya??


Mustapha Kamal Artaturk sebagai mana yang kita tahu, beliau adalah presiden pertama Turki.  Dari seorang tentera kerajaan Uthmaniah kepada seorang Presiden. 

Mustafa Kamal Atartuk


Kalau dicari menggunakan khidmat ajen pencarian dalam internet seperti Yahoo, Google, Bing atau sebagainya pasti banyak maklumat yang kita dapati pasal sejarah Mustapha Kamal Artaturk. Dan apa yang pasti kebanyakan infomasi yang diberi adalah semuanya mengagungkan Mustapha Kamal Artaturk sebagai seorang wira yang membebaskan Turki. 

Kalau dari cerita yang aku dengar zaman kekanak dari orang tua pula pasti berbeza. Dan yang jelas apa yang ada di internet adalah satu propaganda Barat, iaitu mengagungkan seseorang yang telah menghancurkan kerajaan Uthmaniah dan membangunkan Turki mengikut acuan Barat, moden dan sekular.

Antara sifat Mustapha Kamal Artaturk adalah:
  • Penipu – mengadakan perang olok-olok dengan tentera barat dan melakukan perbincangan sulit dengan Barat dan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniah
  • Pengecut – mengarahkan tentera dibawah pimpinannya mengudurkan diri walhal mereka sudah hampir menang
  • Kaki perempuan – suka berfoya-foya dengan perempuan muda. Sanggup membayar apa sahaja nilainya untuk mendapatkan perempuan 
  • Licik – sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Seperti menyerahkan wilayah Mosoul yang kaya dengan minyak.

Secara ringkasnya aku senaraikan di sini antara yang telah dilakukan oleh Mustapha Kamal Artaturk:
  •  Menggantikan serban atau tarbus kepada topi koboi.
  • Melakukan perang olok-olok dengan Barat demi kepentingan peribadi dan menaikan pangkat dan menuntut  ganjaran yang tinggi dari kerajaan Uthmaniah.
  • Merupakan duri dalam daging yang menghancurkan perpaduan dalam kerajaan Uthmaniah
  • Menutup sekolah agama di Turki dan mengharamkan pelajaran Bahasa Arab. Pelajaran sains dan matematik diserapkan dan menerapkan sistem pendidikan moden dan sekular dalam sistem pendidikan Turki.
  • Hari cuti digantikan dari Hari Jumaat ke Hari Ahad. Menggantikan kelendar Hijrah kepada kelendar Masihi.
  • Menukarkan azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki.
  • Menjadikan Masjid Aya Sofea kepada Gereja.


Untuk lebih lanjut bolehlah dapatkan novel sejarah bertajuk Mustafa Kamal Ataturk (Penegak Agenda Yahudi) tulisan Abdul Latip Talib keluaran PTS.

Cover Novel tersebut

Bukan nak promote ke apa,  aku bukan ada share ngan PTS mahupun penulis. Tapi bagi aku novel ini cukup menarik untuk dibaca semua untuk menambahkan ilmu pengetahuan sejarah. Sejarah dalam bentuk novel memang tak bosan di baca. Bila baca novel ni korang akan nak tahu dan nak tahu lagi.

Selamat membaca. Yosh.

Friday, November 18, 2011

My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal


Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama, aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.

Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.

Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.

‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’

‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita buat operation’

Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.

Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu, minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan. Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali ke-2 pun sudah.

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu mertua  aku dari pagi bersama aku menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak sampai ke 10cm. 

Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.

Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.

‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak angkat ke?’

‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’

Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku. Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru berusia lebih kurang sejam pada masa tu.

‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’


 Hari pertama.

Saat pertama membuka mata melihat dunia.

Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi ikut aku kot.

Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.

Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat yang tidak terkata bagi aku. 

Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku. Dari seorang suami kepada seorang bapa.

Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...