Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Friday, November 18, 2011

My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal


Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama, aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.

Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.

Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.

‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’

‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita buat operation’

Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.

Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu, minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan. Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali ke-2 pun sudah.

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu mertua  aku dari pagi bersama aku menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak sampai ke 10cm. 

Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.

Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.

‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak angkat ke?’

‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’

Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku. Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru berusia lebih kurang sejam pada masa tu.

‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’


 Hari pertama.

Saat pertama membuka mata melihat dunia.

Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi ikut aku kot.

Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.

Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat yang tidak terkata bagi aku. 

Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku. Dari seorang suami kepada seorang bapa.

Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
 




Wednesday, March 3, 2010

Terlambat

Kita selalu cuai. Sehingga selalu terlambat.

Sesal. Mula rasa menyesal pabila ia mula hilang.

Hiba. Mula meratap kenang yang telah terjadi.

Airmata. Mula menjadi teman setia.

Masa. Yang berlaku tetap akan berlaku, masa tidak dapat kita undur lagi.

Sudah terlambat. Tiada lagi dapat diubah. Hanya menanti satu jawapan.

Pasrah. Redha pada ketentuan-Nya.




Hargai lah apa yang kita miliki hari ini, kerna esok belum tentu ia milik kita.

Thursday, November 12, 2009

Bagai

Selepas makan, aku berjalan ngan si dia. Si dia berjalan di sisi aku, aku toleh dan lihat si dia.

'Ehmm....Camne la kalo kawen nanti' kata aku.

'Nape plak??' tanya si dia

'Ye la. Gambar kawen kita nanti la. Camne?' kata aku lagi.

Gambar kawen, ala gambar yang biasa orang lain buat tue. Berposing2 dalam kandang kuda, dalam tasik, atas pokok bunga tue. Xdapat bayangkan lagi ek?? Ala..gambar yang cam ala2 filem hindustan tue la, yang berlari-lari pecut 100m, yang berguling-guling ala-ala tenggiling tue...Xpaham jugak ke??Abaikan.

'Aah la. Cam langit ngan bumi.' kata si dia.

'Bagai KLCC dengan....'

'Dengan Pertama Kompleks' laju aku menyambung.

Debish...dush..pang...Si dia keluarkan semua jurus judo, karate, silat, tomoi, ultramen dan jurus paling istimewa jurus pari membelah angin membelasah aku hingga terkulai layu.



PSP: Syukur alhamdulillah. Aku dan dia da ok skit. Terima kasih kekawan yang dok bagi petunjuk, panduan dan nasihat...Terima Kasih bebanyak. Jasamu akan ku kenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...