Thursday, March 1, 2012

Berdakwah Biar Kena Caranya


 Ni kejadian yang berlaku di ofis aku. Timbalan Pengarah (TP) aku adalah orang baru, baru masuk opis ni kira-kira 6 bulan. Banyak yang di tegur nya, itu ini yang tidak kena. Tapi yang terbaru aku dengar memang buat aku rasa terkilan sedikit.

Tengah-tengah semua orang dok buat kerja, tetiba TP aku lalu di kawasan workstation staff. Lalu berhenti dekat sorang staff perempuan ini.

"Ni kenapa tidak bertudung ini?? Orang lain semua bertudung"

TP aku sound terus kat staff tu. Staff tu hanya terdiam dan tunduk. Suara TP aku tu seluruh floor boleh dengar.

Niat TP aku tu memang lah bagus ingin berdakwah kot. Tapi bagi aku caranya salah. Kalau betul nak berdakwah gunakan metodologi yang sesuai. Jangan main sound je sampai mengaibkan orang lain.

Memang dalam ofis aku leh katakan dia  sorang je tidak bertudung. Dari aku masuk kerja sampai sekarang memang dia je yang tidak bertudung. Tapi kat tempat lain (bahagian lain) ada juga yang tidak bertudung. 

Aku bukan pandai sangat pun hal agama tapi cara TP aku tegur aku tidak berkenan. Kenapa tidak di panggil dan tegur one-to-one, tidaklah aib sangat. Ataupun semasa perhimpunan adakan ceramah pendek yang menyentuh soal aurat (bukan soal tudung tapi aurat). Aku rasa cara itu lebih berhemah...

Aku bukan nak tegur sesiapa. Aku pun banyak silap dan lemahnya. Aku hanya hamba. Apa yang aku tulis di atas ini hanya pandangan peribadi.


Dan bila sebut pasal tudung ni........Bila ditengok sekarang dah bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran ni. Pilih saja mana yang mahu. Memacam boleh pilih. Aku pun x reti sangat nama tudung ni yang aku tahu tudung bawal dan tudung turkey pasal penah tolong ma aku berniaga dulu.

Masyarakat sekarang ada yang bertudung kerana tutup aurat tapi ada juga yang bertudung kerana fesyen. Perubahan yang positif adalah suatu yang baik dan kalau boleh biarlah ikhlas dari hati nurani. Bukan kerana paksaan atau ikutan semata-mata.


Jadilah diri sendiri usah cuba jadi orang lain.

3 Pandangan Kekawan:

dear anies said...

pd sy, sy x la memilih sgt...asalkan dia baik hati sudah memadai...tp dlm ms yg sm, kite dakwah la jg kt dia

Eye_nee said...

Niat dia baik cara dia tak kena...TEPAT...jgn lah sampai mengaibkan org begitu...pelbagai pendekatan boleh dilakukan....

Razf said...

hmm.. kasihan die.. mengaibkan dia

tapi niat tu dah bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...