Showing posts with label pandangan aku. Show all posts
Showing posts with label pandangan aku. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Anak luar nikah : Bersama kita hindari


Terjebak pengaruh video, web lucah... 

Itu adalah tajuk berita harian 17 Nov 2011. Antara petikan dari artikel tersebut adalah sepeti berikut:


KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf. Bukankah ini suatu angka yang membimbangkan?? Apakah yang patut kita lakukan??

Dalam untuk mengurangkan angka ini semua kena mainkan peranan dari individu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin. Setiap anggota masyarakat perlu peka dengan permasalahan ini. Bukan hanya menunding jari pada orang lain sahaja.

Keperibadian diri seseorang bermula dari rumah. Suasana dalam rumah memainkan peranan penting. Ibu bapa sebagai ketua rumah haruslah mewujudkan suatu suasana indah di rumah iaitu 'RUMAH KU SYURGA KU'. Jangan jadikan rumah sebagai neraka dunia.

Sebaiknya wujudkan suasana harmoni. Berikan perhatian yang adil bagi setiap ahli keluarga. Buangkan sikap pilih bulu. Komunikasi berkesan harus di tekankan. Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak berkawan, kemana mereka pergi dan apakah masalah anak??

Jadikan anak sebagai teman atau kawan. Jangan gunakan kaedah pemerintah. Kalau kita berkawan dengan anak kita pastinya anak-anak tidak takut untuk berkongsi segala masalah mereka. Kerana mereka rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi dengan kita. Seperti mana yang kita tahu, pengaruh utama remaja/kekanak adalah rakan sebaya. 

Jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bau harum akan melekat pada kita.  Dan begitu juga jika kita berkawan dengan pembuat arang, pasti ada kotoran yang akan melekat pada kita.

Dan janganlah kita terlalu kejam pada anak sendiri sehingga mereka takutkan kita. Pernah aku dengar cerita dari kawan dimana ada ibu bapa memarahi anaknya kerana anaknya mendapat 95% dalam satu mata pelajaran. Sedangkan yang lain semua 100%.


Masyarakat sekeliling juga perlu mainkan peranan, sikap suka jaga tepi kain orang perlu di buang. Tapi sikap menegakkan kebenaran perlu diterapkan. Sikap suka jaga tepi kain orang yang aku maksudkan di sini adalah sikap masyarakat yang suka mengumpat dan mengata bila seseorang melakukan kesilapan. Bahasa mudah nya perasaan hasad dengki dalam masyarakat perlu di buangkan.

Menegakkan kebenaran yang dimaksudkan adalah menegur anak-anak jiran setempat yang melakukan hal yang tak patut mereka lakukan. Contohnya, menegur pasangan yang berduaan dalam gelap. 

Bukan apa yang aku lihat, ada masyarakat hari ini melihat saja masyarakat melakukan kesalahan dan hal itu dijadikan bahan umpatan. Bila di tanya kenapa tidak tegur, ini jawapan nya ' Bukan anak aku. Lantaklah.'

Dan bila ada yang mengadungkan anak luar nikah, mereka juga lah yang sibuk menjaja cerita. Mengumpat sana sini. Menghentam habis-habisan.

Ada jugak ibu bapa yang pantang anak mereka ditegur. Pantang di ajar. Kalau jenis camni, kita tegur juga. Kalau mereka tidak ingin berubah terpulanglah pada mereka.

Hentikanlah sikap ini, kerana setiap orang melakukan kesilapan. Yang pentin kita hidup dalam masyarakat perlu lah saling hormat-menghormati dan perihatin antara satu sama lain. 

Yang salah ditegur, yang benar kita contohi.
Tapi apa yang penting dalam menangani masalah anak luar nikah ini bagi umat Islam seantero dunia adalah kembali lah kepada ajaran Islam yang sejati. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.


Sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Sekian.

Monday, November 14, 2011

Facebook: perlu dedah dedah ke??

Heykawan.

Aku rasa  orang ada akaun facebook skang ni. Aplikasi internet yang memudahkan kita berhhubungan dengan sesiapa saja jauh dan dekat.

Penggunaan internet seperti yang kita tahhu banyak baik dan lagi banyak lah yang buruk nya.

Penggunaan facebook juga mungkin tiada perbatasannya. Aku juga paham setiap akaun facebook juga adalah hak individu. Tiada siapa yang boleh halang.



Walaupun begitu bagi aku,  sebagai pengguna kita perlu wujudkan batas nya. Bagi aku xsemua benda perlu kita letakkan dalam tu.

Tambahan pula kita orang Melayu yang beragama Islam.
Tak perlu rasanya letakkan video atau gambar yang x senonoh seperti gambar sendiri pakai bikini. Gambar atau video yang dedah sana sini xperlulah letak dalam tu, smpanlah sebagai koleksi peribadi sahaja.

Nanti kalau ada yang manipulasi kan gambar tu kita sendiri yang menanggung malunya.

Fikirkanlah, aku hanya menulis meluahkan pendapat. Kita bukan perfect jadi samlah kita ingat mengingatkan.Tidak berniat nak tegur hak personal korang. 

Friday, November 11, 2011

Isu : Remaja Terlanjur

Kalau kita tengok dalam paper. Banyak kes perlakuan sumbang atau maksiat yang berlaku dikalangan remaja belasan tahun. Yang leh kita katakan ingusan. Yang masih tak paham apa itu hubungan seks, kesan dan akibatnya. Apa yang mereka tahu keseronokan sahaja.



Dan apa yang lebih mengejutkan ada perlakuan ini di lakukan dalam rumah ibu bapa. Ada kes ianya disedari oleh ibu bapa tapi ianya amat terpencil. Di mana yang banyak adalah tanpa ibu bapa sedari. Apakah sebab gaya hidup masyarakat sekarang terlalu moden??
sekadar hiasan rupa. sumber : google.com


Mungkin zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Kalau di zaman aku sendiri, ma abah aku akan paksa anak-anak berada dalam rumah sebelum Maghrib. Dan siap mandi semua sementara menunggu semayang Maghrib. Kalau balik lambat sikit pun, sebab bermain bola di padang. Rotan akan menunggu. Dan akan hinggap di kaki.

Semua anak wajib berkumpul dan sembahyang berjemaah bersama. kecuali bagi alasan yang tak dapat dielakan. Contoh tinggal di asrama.

Tapi apa yang aku lihat pada zaman sekarang, berbeda. Pada waktu maghrib anak-anak masih lincah bermain di padang. Ada juga yang sibuk melepak dengan kekawan di mall-mall, panggung wayang dan sebagai nya. Ada sesetengah Ibu bapa tiada masalah selagi pulang sebelum jam 10 malam atau 12 malam. 

Kalau zaman dahulu, pukul 7 malam adalah maksimum waktu diluar rumah. Malam hanya waktu bersama keluarga dan menelaan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa waktu siang dijadikan bagi umat Islam melakukan kerja dan waktu malam untuk tidur. Maaf aku tak ingat ayat penuhnya. Ini kerana biasanya syaitan adalah aktif pada waktu malam. Dan bila hanya dua orang lelaki dan perempuan bukan muhrim bersama pastinya akan ada syaitan yang menghasut seiring dengan nafsu yang menggelora.

Disini aku tidak ingin menyalahkan ibu bapa atau remaja itu sendiri. Tapi hanya berkongsi pengalaman aku sahaja, mungkin kita patut balik kepada agama Islam dan tatacara hidup masyakat Melayu Islam yang penuh dengan keindahan, kesopanan dan kesusilaan.




Wednesday, October 12, 2011

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh

RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.



Pandangan aku:

- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.




Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.

Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.

Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.

Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...