Showing posts with label Safety. Show all posts
Showing posts with label Safety. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Hampir mati dek kerna Kerusi..






Ni kejadian di China kot. Seorang perempuan hampir terbunuh dek kerana kerusi pejabat..

Heykawan : Kemalangan tidak pernah berbau.

Monday, December 5, 2011

Main Api


 Tu dia baru btol btol tunjuk perasaan.
Kamikaze lagi.Siap main ngan api.
hehehe...


Hey Kawan: Orang tua selalu berpesan. Jangan bermain api, nanti terbakar diri sendiri.


Thursday, December 1, 2011

Habit : Unsafety act #1



 Ni gambar sorang brade ni btol kan menara jam...Ni di ambil kat Afrika.
 Nampak cam rilek je brade tu wat keje.
 Pakai 'Cat ladder' je.
 Xde 'Safety Harness' dan xde 'Safety Belt'.
Tapi safety belt pun da x selamat sangat. Sebab banyak kes yang jadi mangsa patah pinggang apabila jatuh.

Kalau ikutkan OSHA. 
Ketinggian lebih je dari 3m, kita da mesti pakai safety harness.
Tapi jarang yang ikut pun aku tengok.
Ramai yang jenis main belasah je.

 Tangga tu pulak siap sambung camtu je.
Main ikat-ikat je, cam bebudak pengakap main ikatan.

 Usha lah gambar seterusnya....





 









Heykawan: Safety adalah perihal nyawa kita sendiri. Pikirkan lah.

Wednesday, October 12, 2011

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh

RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.



Pandangan aku:

- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.




Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.

Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.

Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.

Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??

Wednesday, August 24, 2011

Safety

 Xpayah pakai gondola pun..Jimat kos.


 Pakai span je xyah safety helmet.


 Pakai kerusi je nak imbang ketinggian...kerja


 Face shield pakai wrapping plastik je...Jimat.


 Senang...Xyah nak pakai gondola.

 Gunakan kekawan jadi pemberat...hurm


Kretif...... Xayah pakai scaffolding yang akan menyusahkan.





Semua gambar kat atas adalah semua yang salah dari segi Safety dalam melakukan kerja.
Kalo ikut kan kerja mmg boleh siap jugak kalo pakai cara diorang nie. 
Tapi sekiranya berlaku kemalangan maka 
Cedera dan Maut je akibatnya.



Wednesday, October 14, 2009

Safety Harness

Safety Harness atau dalam bahasa Melayu nya 'abah-abah'. Kalo ikut undang Keselamatan dan Kesihatan, setiap kerja yang tinggi dari 2m da kena pakai safety harness nie. Biasanya kerja-kerja construction, pembersihan bangunan biasa pakai harness nie. Yang x pakai pun banyak jugak.Ni rupa safety harness. Hensem kan pakai menatang nie. Aku ingat kalo awek pakai pun cun jugak.

Tujuan harness ni adalah untuk mengelakkan pekerja dari terjatuh. Memang la kalo nak jatuh-jatuh juga tapi sekurang-kurangnya ada langkah pencegahan. Walau bagaimana pun, harness ni kena pakai dengan btol kalo salah pakai pun leh akibatkan kecederaan cam dalam gambar kat bawah.


Gambar dari risalah yang aku dapat dari emel.

Gambar nie adalah akibat salah cara pemakaian harness iaitu terlalu longgar. Oleh itu, sesapa yang terlibat tolong la check bebetol pakerja yang pakai harness. Sakit woo kalo jadi camni.

PSP: Aku minta maaf kalo ade yang tersinggung ngan picture kat atas. Mencegah lebih baik dari mengobati.

Thursday, July 23, 2009

Nilai Nyawa

Dua pekerja mengecat sedang melakukan keja mengecat di bangunan Mutiara Damansara, Bangsar. (gambar dari Berita Harian Online)

Hebat kan..Jika diperhatikan dalam gambar di atas kedua-dua pekerja tersebut tanpa sebarang alat keselamatan.

Adakah mereka terlalu berani?? Atau majikan yang tidak menyediakan peralatan??

Cuba fikirkan seandainya mereka tergelincir dan terjatuh ke bawah. Apa akan terjadi?? Seandainya nyawa mereka panjang mungkin mereka akan selamat dan mungkin akan berehat panjang di hospital. Kemungkinan untuk cedera parah atau mati amat tinggi jika terjatuh.

Mengikut peraturan keselamatan, pekerja yang melakukan kerja di aras ketinggian 3 meter dan ke atas mesti memakai 'safety harness' (abah-abah dalam bahasa Melayu)


Safety Harness @ Abah-abah (bukan gambar abah aku)

Kebiasaannya untuk kerja mengecat atau mencuci bangunan, gondola digunakan.

Kemalangan tidak berbau. Anda tidak mengetahui bila akan berlaku. Sebaiknya, siapkan diri anda sebelum ianya datang. Mencegah lebih baik dari menyesal tidak sudah.

Behave urself, love urself.

Dalam ape pun kerja yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa anda. Sayangi diri anda. Nyawa anda tiada nilai ganti.

Safety for life!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...