Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kemalangan Di Malaysia

Dua hari lepas kalau tak silap, dalam Buletin Utama di TV3. Ada seorang pak menteri di soal mengenai kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini jawapan beliau :

"Kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak begitu membimbangkan. Ada negara yang mempunyai kadar kemalangan yang lebih teruk seperti India dan China."


Setahu aku China dan India mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi dari kita. (hentam je lah)

Apa yang aku perhatikan kemalagan di Malaysia ni banyak faktor nya. Tapi faktor yang paling utama adalah Atitud Pemandu itu Sendiri.  Ini adalah suatu yang paling sukar untuk kita ubah. Aku rasa kalau kesedaran kita tinggi, insyallah kita akan dapat kurangkan kadar kemalangan.

Seharian aku di jalan menaiki motosikal berulang ke tempat kerja, boleh tengok berapa ramai pemandu kereta yang mementingkan diri. Kau bawa moto kau kecik jadi hormatkan kami yang besar dan berbumbung - mungkin ini yang banyak bermain di fikiran pemandu kita.

Sehebat mana pun teknologi kejuruteraan digunakan untuk membina satu sistem jaringan jalan raya yang terbaik di dunia pun, tak kan dapat membantu mengurangkan sangat kadar kemalangan jalan raya selagi kita tidak mengubah atitud kita.



Please respect other not matter who you are. 


Saturday, December 24, 2011

Hampir mati dek kerna Kerusi..






Ni kejadian di China kot. Seorang perempuan hampir terbunuh dek kerana kerusi pejabat..

Heykawan : Kemalangan tidak pernah berbau.

Tuesday, December 6, 2011

Kemalangan Orang Kaya





 Kemalangan yang terjadi di Jepun, melibatkan 8 buah Ferarri, 1 buah Lamborgini, 3 buah Mercedes dan sebuah Skyline. Lihat gambar di bawah.










 Sumber: Acidcow


Tapi apa yang hebat kereta-kereta mewah ni. Bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang tidak terusik. Walaupun bahagian depan dan belakang kereta dah cam hancur relai. Kebanyakan kes kereta mewah accident mesti camni. Cuba perhatikan. 

Soal nyawa terselamat tu, adalah ketentuan Allah swt. Penah terjadi jiran aku, masa aku kekanak dulu di tembak dalam mulut dari jarak dekat oleh pembunuh upahan Thailand (Kes silap orang). Mangsa juga warga Thailand. Tapi Alhamdulillah, mangsa masih hidup, cuma peti suara mangsa rosak.



Heykawan: Aku ada wallpaper gambar kereta Ferarri je.



Wednesday, October 12, 2011

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh

RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.



Pandangan aku:

- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.




Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.

Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.

Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.

Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??

Wednesday, August 24, 2011

Safety

 Xpayah pakai gondola pun..Jimat kos.


 Pakai span je xyah safety helmet.


 Pakai kerusi je nak imbang ketinggian...kerja


 Face shield pakai wrapping plastik je...Jimat.


 Senang...Xyah nak pakai gondola.

 Gunakan kekawan jadi pemberat...hurm


Kretif...... Xayah pakai scaffolding yang akan menyusahkan.





Semua gambar kat atas adalah semua yang salah dari segi Safety dalam melakukan kerja.
Kalo ikut kan kerja mmg boleh siap jugak kalo pakai cara diorang nie. 
Tapi sekiranya berlaku kemalangan maka 
Cedera dan Maut je akibatnya.



Wednesday, December 9, 2009

Tragedi KB Mall



Ni just pandangan aku je la. Bukan ape pon.

Bila aku dok tengok banyak artikel pasal paper dan pelbagai pihak dok beri pandangan memasing. Dan ada gak komen dari VVIP. Tp aku tengok komen dari Tuan Guru Nik Aziz paling releven dan sempoi. Dimana Tuan Guru cakap
“Payah kita nak fikir, ini kuasa Allah, dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh dan jatuh. “Ini di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya ketika melawat tempat kejadian.

Boleh refer sini.

Bagi aku sebab komen beliau x menyalahkan sesape. Tapi menganggap ianya suatu kemalangan. Dengan kehendak Allah swt, semua boleh jadi. Mungkin ramai yang x menyangka dok dalam mall gitu pun leh maut. Maut xkenal masa dan tempat. Btol la orang tua cakap 'Malang tak berbau'.

Dan bila di tengok ada jugak la yang mengomen bahawa 'Kalo ade besi (rebar) dalam tue. Rempuhan tue x kan tembus ke bawah dan x kan terjadi kemalangan tue'.

Ok la ye. Sebenarnya dinding yang dilanggar tue adalah untuk Ventilation System iaitu Sistem Pengudaraan. Dan leh kata kebanyakkan bangunan, dinding ventilation system sebegitu hanya menggunakan brick wall (dinding batu bata). Xpernah lagi ade design guna Reinforce Concrete untuk dinding sebegitu atau pun guna Precast System.

Oleh itu leh kata la kalo keta langgar ngan halaju tertentu dinding tue leh roboh. Lagi satu bangunan xpenah di design mempertimbangkan faktor dilanggar kereta. Faktor beban angin ada la.

OK la xguna bebel panjang. Bagi aku semua nie adalah kemalangan dan terjadi kerna Kuasa Allah swt. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang boleh kita amik. Sama lah kita renungkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...