Terjebak pengaruh video, web lucah...
Itu adalah tajuk berita harian 17 Nov 2011. Antara petikan dari artikel tersebut adalah sepeti berikut:
KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).
152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf. Bukankah ini suatu angka yang membimbangkan?? Apakah yang patut kita lakukan??
Dalam untuk mengurangkan angka ini semua kena mainkan peranan dari individu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin. Setiap anggota masyarakat perlu peka dengan permasalahan ini. Bukan hanya menunding jari pada orang lain sahaja.
Keperibadian diri seseorang bermula dari rumah. Suasana dalam rumah memainkan peranan penting. Ibu bapa sebagai ketua rumah haruslah mewujudkan suatu suasana indah di rumah iaitu 'RUMAH KU SYURGA KU'. Jangan jadikan rumah sebagai neraka dunia.
Sebaiknya wujudkan suasana harmoni. Berikan perhatian yang adil bagi setiap ahli keluarga. Buangkan sikap pilih bulu. Komunikasi berkesan harus di tekankan. Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak berkawan, kemana mereka pergi dan apakah masalah anak??
Jadikan anak sebagai teman atau kawan. Jangan gunakan kaedah pemerintah. Kalau kita berkawan dengan anak kita pastinya anak-anak tidak takut untuk berkongsi segala masalah mereka. Kerana mereka rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi dengan kita. Seperti mana yang kita tahu, pengaruh utama remaja/kekanak adalah rakan sebaya.
Jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bau harum akan melekat pada kita. Dan begitu juga jika kita berkawan dengan pembuat arang, pasti ada kotoran yang akan melekat pada kita.
Dan janganlah kita terlalu kejam pada anak sendiri sehingga mereka takutkan kita. Pernah aku dengar cerita dari kawan dimana ada ibu bapa memarahi anaknya kerana anaknya mendapat 95% dalam satu mata pelajaran. Sedangkan yang lain semua 100%.
Masyarakat sekeliling juga perlu mainkan peranan, sikap suka jaga tepi kain orang perlu di buang. Tapi sikap menegakkan kebenaran perlu diterapkan. Sikap suka jaga tepi kain orang yang aku maksudkan di sini adalah sikap masyarakat yang suka mengumpat dan mengata bila seseorang melakukan kesilapan. Bahasa mudah nya perasaan hasad dengki dalam masyarakat perlu di buangkan.
Menegakkan kebenaran yang dimaksudkan adalah menegur anak-anak jiran setempat yang melakukan hal yang tak patut mereka lakukan. Contohnya, menegur pasangan yang berduaan dalam gelap.
Bukan apa yang aku lihat, ada masyarakat hari ini melihat saja masyarakat melakukan kesalahan dan hal itu dijadikan bahan umpatan. Bila di tanya kenapa tidak tegur, ini jawapan nya ' Bukan anak aku. Lantaklah.'
Dan bila ada yang mengadungkan anak luar nikah, mereka juga lah yang sibuk menjaja cerita. Mengumpat sana sini. Menghentam habis-habisan.
Ada jugak ibu bapa yang pantang anak mereka ditegur. Pantang di ajar. Kalau jenis camni, kita tegur juga. Kalau mereka tidak ingin berubah terpulanglah pada mereka.
Hentikanlah sikap ini, kerana setiap orang melakukan kesilapan. Yang pentin kita hidup dalam masyarakat perlu lah saling hormat-menghormati dan perihatin antara satu sama lain.
Tapi apa yang penting dalam menangani masalah anak luar nikah ini bagi umat Islam seantero dunia adalah kembali lah kepada ajaran Islam yang sejati. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.Yang salah ditegur, yang benar kita contohi.
Sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Sekian.
4 Pandangan Kekawan:
dunia akhir zaman...
Jemput join
Gadget Impian Eyriqazz dan Contest 5 in 1 Worth RM500+
semakin takut jadinya sekarang ni
dunia da smpi ke penghujung
http://wanwidget.com/
isu ini seperti tiada tindakan diambil sedangkan ini isu besar yg melanda negara
Post a Comment