Saturday, November 5, 2011

Selamat Berkorban

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan melakukan ibadah korban. 

Ibadah korban mengingatkan kita pada sejarah, bagaimana Nabi Ibrahim as sanggup mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail as kerana suruhan Allah swt. Tapi Allah swt telah menukarkan Nabi Ismail as dengan seekor kibas. Itulah secara ringkas sejarah bermulanya ibadah korban.

Mazhab Imam Syafie menyatakan ibadah korban adalah Sunat Muakad bagi yang mampu melakukannya.

Ibadah korban dilakukan dengan seekor kambing atau sebahagian dari 7bahagian Lembu atau Unta. Daging korban disunatkan dimakan 1/3 oleh org yang melakukan korban, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lag untuk diberikan kepada sahabat handai.

Ibadah korban juga bagi mengurangkan jurang antara orang yang mampu dan orang yang kurang mampu. Mengeratkan perpaduan ummah.

Sepertimana kita lihat, setiap kali hari raya korban kita dapat melihat masih wujudnya sifat gotong royong dan tolong menolong dalam masyarakat kita.

Semoga ibadah korban dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita bagi membantu orang kurang berkemampuan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Menjalankan Ibadah Korban.



PsP: Pada kekawan yang balik kampung berhati-hati lah di jalan raya. Elakkan jadi korban di jalan raya.

3 Pandangan Kekawan:

dear anies said...

salam aidil adha
beraya di mn?

Unknown said...

Khairin: tahun. Ni beraya ii. KL... Selamat hari Raya aidilaha..

ckLah @xiiinam said...

Masih ada raya lagi ni...Selamat hari raya ya Jedi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...