Friday, November 25, 2011

Masyarakat Yang Prihatin

Satu hari aku bersembang dengan seorang akak, yang kerja kat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu karniival. Aku tanya lah dia pasal tugas dia.

Dia cakap sedih sangat bila tengok ibu tunggal muda kat negara ini. Perkahwinan di usia muda atas dasar cinta tapi tidak berpangsikan tanggungjawab. Berkahwin setahun dua dan dapat anak seorang lalu bercerai kerana terlalu masing-masing xpaham tanggung jawab.

Dalam usia yang muda dan sihat, ramai para ibu tunggal datang untuk menagih bantuan. Bila ditawarkan sumbangan modal untuk memulakan perniagaan kecilan tapi ditolak. Mungkin mereka lebih selesa untuk mendapat bantuan tetap setiap bulan dari mempunyai pendapatan sendiri atau perniaggan sendiri yang ada pasang surut.
Gambar hiasan. Sumber google.com



Apa yang menyedihkan adalah apabila melihat sesetengah golongan dalam masyarakat kita yang tidak ingin mengubah nasib diri dan keluarga.

Kalau kita lihat sekarang ramai pengemis di jalanan, pasar malam, pasar pagi dan lain-lain lagi. Kalau di lihat sekarang ini bukan sahaja orang kita je, malahan ada jgak pendatang asing yang meminta sedekah. Bermacam-macam cara dan modus operandi yang digunakan untuk menarik perhatian dan menagih simpati dari masyarakat. 

Berdasarkan laporan dalam surat khabar dan berita pengemis sesenang je dapat RM100-RM300 sehari. Mungkin kerana masyarakat terlalu prihatin. Ini satu sifat baik dan bagus. Tapi yang x bagusnya bila ada yang mengambil ksempatan. 

Yang paling aku x tahan adalah jenis yang mengeksploitasi kekanak. Kesian kekanak tersebut, mereka tidak patut di eksploitasi.


Perhatian: Penyanyi jalanan/penghibur jalanan bukanlah peminta sedekah tapi satu pekerjaan. Mereka menghiburkan kalian dan terpulang kalian mahu bagi duit atau tidak. Teringat AlBaladi di Kelantan.


Tak kenal Albaladi leh baca sini.


19 Pandangan Kekawan:

musang said...

sbb tu xhairan ramai pengemis kt masia nih...senang dpt duit..hanya perlu tebalkan muka minta duit dri org ramai

musang said...

tambah sket lgi...


aku salute albaladi walaupun buta tp dh jelajah hampir seluruh dunia cari rezeki dgn muzik....artis glemer lain xdpt peluang camtu

Yunus Badawi said...

Org kita ramai yg pemurah. Itu yg ramai suka jadi pengemis. Kerja senang.

Eye_nee said...

tak diberi kasihan bila diberikan bagai menggalakan pulak tumbuh pengemis2 bagai cendawan...

Fazleyatul Aini said...

diorang ni suka berharap je tapi malas berusaha, padahal tulang kederat kuat lagi

dear anies said...

golongan mcm ni bkn setakat mls tp x nk berusaha. bkn nyer papa kedana sgt or byk penyakit smpi x bleh nk membanting tulang empat kerat...

Masy said...

ni namanya kahwin ikut-ikutan.

org lain kawen, ko pon nak gak.
org lain beranak, ko pon nak gak.
org lain jaga laki jaga bini jaga anak, haaa apsal takleh nak pulak?

cepuk paler seko2 kang br tau T_T

Shukri Mohd Ali said...

penyanyi jalanan bukan pengemis! mereka bekerja.

p/s : pernah menjadi busker sebentar. ya ampun sangat seksa. tabik pada mereka yang mampu bertahan!

Benjy said...

Kadang2 ada yang betul2 susah tetapi rasanya lebih ramai yang mengambil kesempatan. Itulah manusia semua tak sama dan ia mewarnai kehidupan di malaysia.

titan said...

sebenarnya dari kerajaan aje. Kalau diorang mahu..dalam seminggu leh setel kes pengemis dan pendatang asing ni. Cuma biasalah..kalau buat cara drastik, orang kita dan orang luar tak boleh terima..

Unknown said...

@redza
Btol tu boh....Albadladi mmg legend...

Peminta sedekah lagi kaya dari kita kot boh...

Unknown said...

@Yunus Badawi
Memang senang sangat jadi pengemis...heheheh

Unknown said...

@Eye_nee
serba salah kita dibuatnya...

Unknown said...

@Lya Colours
tu la sikap yang susah nak di ubah

Unknown said...

@KhaiRin
sikap malas susah nak di ubah

Unknown said...

@Masy
tu la pasal...

Unknown said...

@Shukri Mohd Ali
btol tu bro...penghibur jalanan satu kerja...

Unknown said...

@Benjy
warna warni Malaysia...

Unknown said...

@titan
semua berperanan dalam hal ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...