Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Kaya Atau Bahagia : Mana kamu pilih???


Aku.....Dua-dua aku mahu, mahu kaya dan mahu bahagia. Yalah sapa tak nak kaya dan bahagia. Semua orang mahu. Betul x?

Tapi kalau aku diberi peluang untuk memilih satu sahaja dari dua ini akan aku pilih bahagia. Kenapa??? Kerana bagi aku kehidupan yang bahagia lebih memberi aku ketenangan dalam menjalani kehidupan ini walaupun dalam keaadaan sederhana. Bersama keluarga yang bahagia mampu memberi aku satu senyuman yang mampu membuatkan aku melupakan perih dan bebanan kerja. 

Walaupun aku tak mampu nak melancong ke Hollywood atau Bollywood, aku tetap bersyukur. Aku bahagia begini. 

Mungkin akan ada yang memilih kekayaan sebagai matlamat mereka. (Terpulang pada pendirian memasing). Bagi aku kalau lah kaya biarlah kaya yang bahagia. Kalau kaya rumah tangga porak peranda buat apa. Anak-anak terbiar tanpa kasih sayang. Wang berjuta belum tidak boleh membeli kebahgiaan. Kebahgiaan bukan dijual beli tapi dibina dan dipupuk.

Ini hanya pendapat aku, mungkin kalian berbeda. Sekian....


Kenapa aku tulis entri ini.....Akan aku ceritakan di entri selepas ini.

Wednesday, January 25, 2012

Aku Nak Isteri Yang Baik Saja

Semua orang laki nak Isteri yang baik. Sepanjang aku berkawan ngan ramai lelaki xkira di alam maya ataupun nyata semua mahukan Isteri yang baik saja. Tak kita selembut mana ataupun sekeras ataupun sesasa manapun lelaki tersebut pastinya mereka mahukan Isteri yang baik. Tanyalah seorang CEO, manager, buruh kasar, tukang kebun, gengster, samseng, penyangak, mat rempit dan lain-lain semunya mahukan Isteri yang baik.

Aku selalu berhujah dengan kekawan perihal seorang Isteri Impian. Ye lah, semua orang pastinya ada Impian dan pastinya ada Isteri Impian. (Alhamdulillah, Aku juga sudah memiliki Isteri Impian aku dan diceriakan lagi dengan Permata Hati, Afif Haiqal). 

Antara dialog biasa kau dan kawan.

Aku : Kalau kau kahwin isteri macamana kau nak?
Kawan Aku : Aku nak Isteri yang baik dan cantik. Dan pandai amik hati orang tua aku. Yang penting mesti DARA.
Aku : Dara? Mesti kena Dara ke?
Kawan Aku : Mesti lah Dara. Aku baru kahwin kali pertama mesti nak ANAK DARA. Aku xnak yang dah 'Ditepuk Tupai'. Lagipun, Laki yang baik pasangannya perempuan yang baik. Ye x?


Bagi aku pula. Aku tidak bersetuju dengan pendapat kawan aku. (Setiap orang ada pendapat mereka sendiri, kan??)  Memang benar, Laki yang Baik Pasangannya Perempuan yang Baik. Tapi makna perkataan baik itu terlalu abstrak untuk dihuraikan. Aku pun tak tahu nak huraikan perkataan BAIK itu. Mungkin kena tanya pada para Ustaz.

Bagi aku lelaki yang mengukur sangat status dara ini perlu lebih celik walhal selaput dara. Selaput yang nipis (pernah terbaca dikatakan senipis kulit bawang.) yang mudah terkoyak bukan sahaja melalui hubungan seks tetapi ada juga punca-punca lain seperti bersukan dan gaya hidup (ada lagi faktor lain tapi terlupa). Jadi bagi aku jangan terlalu menghukum.

Pernah aku dengan beberapa kes berlakunya penceraian dek kerana Isu Dara ini. Hal ini aku dengar dari kekawan dan keluarga bukan aku baca dimana-mana ruangan akhbar ataupun majalah Mastika (aku xpernah beli majalah ni).

Kes dimana perkahwinan atas dasar cinta dan suka sama suka, selepas malam pertama mereka bersama (melakukan hubuungan kelamin), sang suami mempersoalkan Status Dara isterinya. Ini kerana tiadanya darah atau pecah selaput dara pada malam tersebut. Sang Suami terus menghukum menuduh Isterinya sudah Ditebuk Tupai. Belum sempat Sang Isteri menjelaskan, dek kerana amarah dan kononnya untuk menjaga maruah sang suami terus melafazkan Talak. Sang Isteri hanya mampu berendam air mata. Walhal Sang Suami tahu yang Isterinya adalah bekas seorang atlet.

Sesetengah orang telalu mengharapkan kesempurnaan. Kekadang hanya mengharapkan yang sempurna saja walhal diri kita sendiri tidak sempurna. Dan sememangnya tidak Sempurna sebab kita hanya Hamba Allah swt. Yang Sempurna itu hanya Allah swt.

Bagi aku pasangan yang baik adalah pasangan yang menerima pasangannya seadanya. Kerana kita hidup suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah indahnya hidup berpasangan apabila saling menyempurnakan.



Heykawan : Aku pun bukanlah seorang lelaki yang baik tapi berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Monday, August 15, 2011

Bouncer


Semalam... Ahad, 14 Ogos 2011, kami merayau lagi ke Mid Valley. Tujuan utama adalah untuk mencari 'bouncer' atau ma aku selalu panggil 'kong'. Nama bahasa Melayu aku pun xtau. Ala alat untuk tidorkan babny tue. Bapak baby atau mak baby memang x sesuai menggunakan 'bouncer'.

Bukan 'bouncer' yang nie tau.


Kami angkat la se wat balik umah menda 'bouncer'  yang sesuai dengan budget. Cam biasa la barang cenggini brand Sweet Cherry la menjadi pilihan seperti mana yang di rekemenkan oleh kekawan yang da menjadi ibu dan bapa.

'Bouncer' untuk baby sahaja.


Skang ni tinggal stroller je belum beli lagi. Mungkin lepas baby lahir baru beli kot.


PSP: Semoga cinta yang kami semai akan mekar dari hari ke hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...